………………………
Woii..tido lah sana siket, ambik
semua side al-mansor ini, tak padan dengan kecik, sepet pulak tu. Marah incik
mull yang juga kecil molek seperti al-mansor ini. Tapi musykil marah sambil
bergurau. Sweet bukan aiwahhh. Tidur satu bantal, selimut , tilam dan mungkin
juga satu mimpi. Suasana riang dalam bilik study ini seling bertukar-tukar
ganti situasinya walaupun stress memandangkan hari peperiksaan SPM semakin
hampir. Bertimbun buku latihan latih tubi yang diberikan oleh cikgu. Itu belum
yang dikira soalan peperiksaan yang lepas. “huhhh, bnyak lagi soalan-soalan
yang belum disetelkan nih”,keluh mirul sambil menguap menahan ngantuk. Matanya yang
sudah kelihatan merah namun masih lagi teguh study sambil bertemankan air Nescafe
mild yang sangat disukainya. Inilah akibat jarang berada didalam kelas semasa
tingkatan 4 dahulu, monolog mirul sendirian. Mirul dizaman honeymoon semasa
tingkatan 4 dahulu memang digunakan sebaik yang mungkin, tidak cukup dengan
bermain hoki, kriket, dikir baratnya, nasyid dan banyak lah lagi. Boleh dikira
berapa kali sahaja kelihatan didalam kelas setiap minggu. Itu belum diceritakan
dengan jenayah asrama yang gemar dilakukannya di malam hari. Wahh siapa tidak
kenal dengan abang senior yang paling langkah kanan terbang keluar pagar semasa
tingkatan 4 dahulu. Namun tidak pernah sesekali ditangkap oleh warden asrama. “relaxlah
mirul, aku ada untuk temankan ko nih”, sapa afiq yang berada disebelahnya. Afiq
seorang pelajar pintar lagi genius dan memang teramat mahir dalam semua subjek
sains. Beliaulah yang sering membantu pelajar yang nakal dan tidak berapa rajin
study seperti mirul ni. Nak diceritakan, semasa zaman junior dahulu, mirul ni
memang teramat anti dengan si afiq ni. Setiap kali beliau bersuara melontarkan ketidak
puas hatian semasa conference batch. Mana tidaknya asyik fire dan memancarkan
laser dari lidahnya terhadap kumpulan-kumpulan alien nakal sahaja. Memang panas
telingalah sang empunya nama mirul ini. Tetapi siapa tahu, Allah empunya
rancangan segalanya, didekatkan hati mereka berdua tatkala zaman seniornya.
………………………
Lahh, aku ingat kenapalah
tergopoh sangat Irfan tadi, haishhhh keluh mirul sambil menaikan kening sebelah
walaupun tidak beberepa nak jadi seperti uncle the rock tuhh. “haha, dia nak
mintak tolong belikan nasi lemak dekat koperasi jer”, sambung afiq. Dikoperasi memang
terkenal kehebatah nasi lemak cik puan kak nor ni, tidak tahu apekah ramuan
rahsia yang diciptakan olehnya. Memang first come first serve lah, kalau lambat
makanya dapat bau sahajalah. “Heyy kata nak buat sahur nasi lemak tu”,tegur
aiman. “ehh ambik bau jer nih, hehehhh kantoilah pulak”, balas irfan sambil
melipat semula lipatan bungkusan nasi lemak. Begitu gembiranya kami ditemukan
ramadhan al-mubarak semasa musim peperiksaan. Tiada yang lebih gembira daripada
bangun sahur dan qiamullai sekali. “ Hmmm tenang jer kan hari ni, matahari
terik tapi seakan diselindung dengan awan”, kata mirul sambil membetulkan tali
lehernya. “malam semalam lailatuqadar ker??”, tanya Irfan. Hmmm..wallahualam,
kalau yer Alhamdulillah, moga-moga apa yang didoakan kita dimakbulkanNya, Amin.
Menyambung perjalanan ke perhimpunan pagi. Apa perlu dirisaukan semua pelajar
lelaki, ada sesetengahnya tiba pavilion baru mengemaskan diri. Gadis melayu
pilihan pun tiada.
………………………
![]() |
| kredit |
bersambung

^_^
ReplyDelete