Tuesday, 4 December 2012

henshin!!..aiwahhh

Conference riang..aiwahh apekah itu..bulatan gumbira..ho oiii..bendealah apekah itu. Hmmm..musykil pulak aku, namun seakan-akan menyeronokkan. Ade ape er dalam benda-benda ni semua. Tanya seorang kawan.

Hehehh..sesungghuhnya tiada apa yang benar-benar gembira selain anda berada dalam kalangan manusia yang hati-hatinya berlumba-lumba membina bangunan dakwah demi mengejar redhaNya. Dengan berhati-hati menyusun ayat. Maklumlah ada sesetengah manusia yang sudah tertanam dalam benak fikrahnya betapa anti akan nama usrah. Mana tidaknya mungkin usrah yang pernah dialaminya dulu usrah yang membosan, skema, tidak open minded, tidak berkembang pengisiannya. Dan ada juga yang menganggap group usrah ni untuk geng-geng masjid sahaja mungkin, malu untuk menyertainya. Sekiranya ada manusia disekeliling menganggap “usrah” itu adalah sebegitu rupa bentuknya. Maka adalah tanggungjawab anda untuk mengubahnya. Sekiranya anda antara golongan yang menyebabkan nama usrah itu nampak sebegitu bosan dan tidak menarik untuk disertai. Maka itu juga adalah satu tanggungjawab anda untuk mengembalikan seri dan indahnya sebuah kumpulan yang bernama halaqah dan liqa’ ini.

Apa yang pentingnya berada dalam bulatan gembira ni, beriye-iye pulak gayenya. Kadang-kadang berana enta lah bagailah. Wakaka..menjawab dan menerima dengan penuh sabar dan bergembira. Kerana manusia yang sebegini perlu dijaga, mungkin Allah telah menggerakkan hatinya untuk disentuh dan dibajai dengan ayat-ayat chentanya jua makna hakiki ukhuwah.
...........................

kredit
Bulatan gembira ini diwujudkan sebenarnya adalah kerana untuk membina individu muslim yang sebenar kerana disinilah kita akan dibelai dan dididik oleh sang murobbi tercinta. Walhal yang sebenarnya sejarah telah membuktikan dari kumpulan-kumpulan kecil inilah akhirnya tertegak Negara Islam yang pertama iaitu Madinah. Dari sebuah lembah padang pasir yang tidak pernah dihiraukan oleh sesiapa, mahupun tamadun yang gemilang Rom dan Parsi dan akhirnya memegang dua pertiga dunia. Dari seorang dan akhirnya menjadi sebuah angkatan perang Islam yang pertama. Siapakah gerangan manusia yang tersangat hebat itu. Ohh siapa lagi kalau bukan rasul junjungan, Nabi Muhammad SAW. Bagaimanakah baginda mampu membentuk angkatan perang dan akhirnya tertubuh Negara Islam pertama. Ehemm!, dari kumpulan-kumpulan kecil inilah bermulanya dan akhirnya terciptanya insan-insan hebat dan menjadi sebutan hingga kini seperti Musab bin Umair, Umar al-Khattab, Abu Bakar, Saad dan ramai lagi. Dengan kumpulan kecil ini mereka dibina dengan acuan sebenar Al-Quran dan penanaman akidah serta fikrah yang teramat dan tersangat mantap. Mantap bukan, bersinar-sinar mata mendengarnya. Sekiranya diimpikan kemenangan Islam dalam hati kita. Mungkin anda perlu berjinak-jinak dengan bulatan gembira ini. Carilah sehingga anda mendapati bulatan gumbira mana yang paling berkenan dihati anda. Mana tau ditakdirkan Allah anda dipilih menjadi syuhada dimedan perang mahupun dimedan dakwah. Mana mungkin kerana gerakan dan buah fikiran anda menjadi sumber kemenangan kepada Islam suatu hari nanti. seandainya suatu hari nanti anda telah bertemu dengan bulatan gembira ini, namun leadernya atau naqib serta naqibah anda membosankan, langsung tidak tergambar kegembiraan bulatan ini. Anda ada hak untuk bersuara. Jangan malu dan segan kerana tugas naqib dan naqibah itu adalah untuk menggembirakan bulatan ini, disamping tertanamnya fikrah-fikrah Islam yang subur didalam jiwa. Ukhuwah Islamiah yang digembar-gemburkan selama ini mungkin anda akan faham setelah anda berada dalam bulatan gembira ini, sekiranya dahulu anda tidak pernah kisah akan saudara-saudara Islam kita diserata dunia, Palestin,Syria, mahupun dalam kawasan komuniti kita, sudah pasti selepas dari hari itu, anda akan memahami apakah ukhuwah fillah abadanabada yang diceritakan selama ini.

Sungguh setiap Muslim itu adalah bersaudara.. (al-hujarat:10)

Sejauh manakah bersaudaranya kita sesama muslim, insyaAllah anda akan memahaminya nanti. dan sudah pastinya anda akan merasai kemanisannya. Seceria nama bulatan gembira itu..aiwahhhh..hehehh. masa anda telah tiba, anda mungkin Musab bin Umair dizaman ini, mungkin juga Umar untuk ummat ini. Ayuh bergerak pastas menjiwai kemanisan iman dan Islam ini. Jom berlumba-lumba menjadi hero-hero yang menyelamatkan ummat. Jangan risau perlahan-lahan, “from zero to hero, HENSHIN!!” . mungkin tatkala ini apabila berdiri dihadapan cermin terasa ingin flying kick orang yang berada didalam cermin itu. Rasa ingin starlight jer dahi apabila disoal kepada apakah jasaku terhadap ummat dan agamaku ini??. .sekiranya dia menjawab ada, tanya lagi. Diterima oleh Allah ker oiii. Hmmm pasti terasa laju dan deras seakan terkena percikan bawang. Henshin!! Yeahh,saya yakin andalah orangnya. Ayuh from zero to hero. Saya sudah terkena dan merasai kemanisannya. Anda bila pula??.sudah bersedia..mari mulakannya...aiwahhhh..sungguh bersemangat sekali..hehehhh

kredit

Sesungguhnya bumi ini Allah yang punya, diwariskan kepada sesiapa yang dikehendakinya dari hamba-hambanya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa (al-araf:128)

(^_^)..berwarna warni entry..begitu berwarna warni didalam hati dek kerana cintanya akan bulatan gumbira ini. tiada yang lain demi maradhatillah nya..

No comments:

Post a Comment