Tuesday, 4 December 2012

Ukhuwah antara Benua (episod 1)

Ehh..ada nampak afiq tak? Tanya Irfan yang tergesa-gesa seakan-akan ada sesuatu yang begitu penting. Maklumlah afiq seorang manusia yang power disekolah yang memegang jawatan penting dalam organisasi pengawas sekolah, memang hotsetap habis beliau. “manalah aku tau”, kata mirul yang sedang memusingkan 390 degree pen biru kesayangannya itu sambil membuat muka pelik. Rakan-rakan study lain juga seakan-akan musykil dengan apa yang berlaku ini. Inilah mereka yang digelar Gb5 dalam sebuah sekolah yang ternama ini. Wahhh..siapa tidak mengenali sebuah kumpulan ini, bisapun dikelas yang berlainan tetapi waktu tidur dan perkara lain adalah sentiasa bersama.
………………………
Woii..tido lah sana siket, ambik semua side al-mansor ini, tak padan dengan kecik, sepet pulak tu. Marah incik mull yang juga kecil molek seperti al-mansor ini. Tapi musykil marah sambil bergurau. Sweet bukan aiwahhh. Tidur satu bantal, selimut , tilam dan mungkin juga satu mimpi. Suasana riang dalam bilik study ini seling bertukar-tukar ganti situasinya walaupun stress memandangkan hari peperiksaan SPM semakin hampir. Bertimbun buku latihan latih tubi yang diberikan oleh cikgu. Itu belum yang dikira soalan peperiksaan yang lepas. “huhhh, bnyak lagi soalan-soalan yang belum disetelkan nih”,keluh mirul sambil menguap menahan ngantuk. Matanya yang sudah kelihatan merah namun masih lagi teguh study sambil bertemankan air Nescafe mild yang sangat disukainya. Inilah akibat jarang berada didalam kelas semasa tingkatan 4 dahulu, monolog mirul sendirian. Mirul dizaman honeymoon semasa tingkatan 4 dahulu memang digunakan sebaik yang mungkin, tidak cukup dengan bermain hoki, kriket, dikir baratnya, nasyid dan banyak lah lagi. Boleh dikira berapa kali sahaja kelihatan didalam kelas setiap minggu. Itu belum diceritakan dengan jenayah asrama yang gemar dilakukannya di malam hari. Wahh siapa tidak kenal dengan abang senior yang paling langkah kanan terbang keluar pagar semasa tingkatan 4 dahulu. Namun tidak pernah sesekali ditangkap oleh warden asrama. “relaxlah mirul, aku ada untuk temankan ko nih”, sapa afiq yang berada disebelahnya. Afiq seorang pelajar pintar lagi genius dan memang teramat mahir dalam semua subjek sains. Beliaulah yang sering membantu pelajar yang nakal dan tidak berapa rajin study seperti mirul ni. Nak diceritakan, semasa zaman junior dahulu, mirul ni memang teramat anti dengan si afiq ni. Setiap kali beliau bersuara melontarkan ketidak puas hatian semasa conference batch. Mana tidaknya asyik fire dan memancarkan laser dari lidahnya terhadap kumpulan-kumpulan alien nakal sahaja. Memang panas telingalah sang empunya nama mirul ini. Tetapi siapa tahu, Allah empunya rancangan segalanya, didekatkan hati mereka berdua tatkala zaman seniornya.
………………………
Lahh, aku ingat kenapalah tergopoh sangat Irfan tadi, haishhhh keluh mirul sambil menaikan kening sebelah walaupun tidak beberepa nak jadi seperti uncle the rock tuhh. “haha, dia nak mintak tolong belikan nasi lemak dekat koperasi jer”, sambung afiq. Dikoperasi memang terkenal kehebatah nasi lemak cik puan kak nor ni, tidak tahu apekah ramuan rahsia yang diciptakan olehnya. Memang first come first serve lah, kalau lambat makanya dapat bau sahajalah. “Heyy kata nak buat sahur nasi lemak tu”,tegur aiman. “ehh ambik bau jer nih, hehehhh kantoilah pulak”, balas irfan sambil melipat semula lipatan bungkusan nasi lemak. Begitu gembiranya kami ditemukan ramadhan al-mubarak semasa musim peperiksaan. Tiada yang lebih gembira daripada bangun sahur dan qiamullai sekali. “ Hmmm tenang jer kan hari ni, matahari terik tapi seakan diselindung dengan awan”, kata mirul sambil membetulkan tali lehernya. “malam semalam lailatuqadar ker??”, tanya Irfan. Hmmm..wallahualam, kalau yer Alhamdulillah, moga-moga apa yang didoakan kita dimakbulkanNya, Amin. Menyambung perjalanan ke perhimpunan pagi. Apa perlu dirisaukan semua pelajar lelaki, ada sesetengahnya tiba pavilion baru mengemaskan diri. Gadis melayu pilihan pun tiada.
………………………
kredit
bersambung

1 comment: