Wednesday, 5 December 2012

Ukhuwah antara Benua (episod 2)

“ok masa anda semua menjawab telah tamat, sila letakkan pen, ikat kertas jawapan anda dan letak di sebelah kanan meja”, berlari- lari Ayen kehadapan dan naik keatas pentas dan melaungkan “merdeka”. Diikuti dengan sahutan seluruh batch dengan wajah riang walaupun berdebar dengan apekah keputusan yang diperolehi nanti. Maka berakhirlah perjalan mereka sebagai seorang pelajar sekolah. Masing-masing “busy” menurunkan tandatangan diatas baju sekolah yang sedang dipakai untuk kenang-kenangan aiwahhh ala-ala artis pulak memberikan autograph kepada peminatnya. “ko planning ape cuti nih”, afiq memecah kesunyian, er lah dalam kegembiraan exam telah habis tetapi kesedihan untuk berpisah setelah lima tahun membesar bersama. Suka dan duka dikongsi bersama. Mana mungkin untuk mudah menghadapi situasi perpisahan yang sebegini rupa. “tak tahu lah, x planning ape-ape lagi, hmmm bila kita akan berjumpa lagi er??”Irfan membalas . Masing-masing seakan mengerti bahawa pertemuan yang dicetuskan dengan nilai ukhuwah ini akan berakhir dan susah untuk menemukannya semula suatu hari nanti. nilai ukhuwah yang tidak mengenal jantina, tidak mungkin dapat difahami dengan mudah bagi mereka yang tidak pernah mengalaminya.

……………………………

Pertemuan yang telah ditakdirkan dibumi kering dan tandus yang menjadi nadi Negara di kala ini, menjadi satu nilai ukhuwah yang tidak mampu dicari ganti dengan nilai dagangan dan harta. Anugerah ukhuwah yang diberikan kepada hamba-hambaNya yang benar mengerti akan nilainya.
Berdebarnya rasanya apabila keputusan peperiksaan telah berada dimeja-meja guru, masing-masing menunggu dengan penuh cemas. “semoga apa yang diiimpikan oleh kita menjadi kenyataan, Amin” kata al-mansor. Setelah lama tidak berjumpa, di waktu yang singkat ini lah mereka menggunakan sebaik yang mungkin. Setelah keputusan peperiksaan dikeluarkan, pelbagai reaksi terpancar diwajah masing-masing. Ada yang bergembira lalu melakukan sujud syukur, namun ada juga yang berduka. “mirul, macam mana ?” tanya afiq. “Alhamdulillah walaupun sikit sangat, memang tidak standing dengan korang semua”, sambil menundukkan muka. Kesedihan jelas terpampang diwajah mirul, rakan-rakan study yang lain semua mendapat flying color, hanya beliau keseorangan yang peroleh result yang tidak sama seperti mereka. Hampir-hampir dikeronyok dan dikoyakkan slip keputusan yang dipegang olehnya. “ehh kenapa nak buat macam tu oii”, marah afiq sambil merampas slip yang berada ditangan mirul. Lalu dibacakan ayat-ayat cinta yang tidak akan ada yang  setanding dengannya.

…boleh jadi kamu tidak mnyenangi sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui (Al -baqarah – 216 )

Oh err, mana mungkin akan ada ayat – ayat yang lain yang mampu menandinginya. Jiwa yang sedang kekeringan kontang akan mula menampakkan tompok – tompok basah dan mula subur mekar kerana dibajai oleh ayat – ayat cintaNya.

Dalam dekapan ukhuwah, kita mengambil cinta dari langit. Lalu menebarkannya dibumi. Sungguh di syurga, menara – menara cahaya menjulang untuk hati yang saling mencinta. – Dalam Dekapan Ukhuwah, Salim A.Fillah

‘Kembali tersenyum dan berdoa agar mampu mengharungi ujian yang sedikit ini’, monolog mirul keseorangan. Persahabatan dan nilai ukhuwah benar-benar mengajar untuk berkongsi setiap rasa suka dan duka sesama kita.
………………………………..
kredit
bersambung

No comments:

Post a Comment