“buat ape woii”, terpampang di skrin laptop apa yang ditaip
oleh afiq. Zaman serba canggih, apedehal, facebook lah penghubung antara
mereka. Zaman awal-awal facebook dulu tak dek seperti sekarang. Penubuhan bahasa
rempit yang menaik meluat melihat bahasa-bahasa mereka yang seakan-akan tidak
lulus bahasa melayu sekolah rendah. Pfftttttttt..group gb5 mengorak satu
langkah untuk maju kehadapan apabila irfan menubuhkan group Gb5 difacebook. Beliau
lah admin pertama dan akhirnya semua dilantik menjadi admin. Disitulah mereka
kembali merapatkan ukhuwah walaupun masing-masing sudah berada ditempat yang
berbeza. Meneruskan pengajian asasi dan persediaan ke luar Negara pula.
……………………………
“doakan perjalanan aku kesana”,kata mull. Dalam ramai-ramai
antara mereka, mull yang dapat terbang paling awal. Beliau mnyambung pelajaran
di Australia dalam bidang Mechanical Engineering. “Bolehlah bermain-main koala
sambil menunggang kangaroo”, balas mirul. Mirul yang sudah tahun dua dalam
pengajian bidang mechanical engineering di university tersohor dihujung pantai
timur tanah air tetap memberi semangat kepada sahabat-sahabatnya meskipun belum
mempunyai rezeki menyambung pelajaran dibumi orang seperti sahabat-sahabatnya
yang lain. Kerana percaya dan yakinnya akan rezeki Allah itu ada dimana-mana. Tidak
lama kemudian Afiq pula mendapat tawaran belajar di kota US. Diikuti Irfan di Canada.
Al-mansor sedang menunggu hari untuk berada dibumi Australia juga. Bertebaran lah
mereka mencari ilmu di bumi sang Pencipta yang luas. Walaupun terpisah jauh
antara benua namun hati mereka tidak terpisah walaupun sedikit kerana cinta dan
ukhuwah fillah Abadan abada.
……………………………..
![]() |
| kredit |
bersambung

No comments:
Post a Comment