“siapa yang masak, tak basuh kuali nih”, jerit Amin
mengganggu tidur Aiman. Dengan pantas Aiman mengemas tempat tidur dan menuju ke
bilik air membersihkan diri. “woi siapa yang masak, tak cuci dapur dengan kuali
ni”, dengan nada suara yang lebih tinggi. “ haishhh, tak focus aku mandi,
monolog Amin keseorangan. Benar-benar terganggu dengan nada suara Aiman
pagi-pagi hari, tak tahu apa yang merasuk dalam dirinya. Namun cuba dikawal emosinya
dengan mengambil wudhu’ dan terus melakukan solat dhuha seperti biasa yang
diamalkannya setiap hari. Dalam menadah tangan berdoa memohon kemurahan rezeki
kepadaNya, “woii, siapa yang pakai dapur ni, aku tau dalam rumah ni ada dua
orang jer selalu masak”, marah Aiman. Sesudah melipat sejadah, laju Amin
berlari menuju Aiman lalu meninggikan suara, “ Ahhh, ko kenapa gelabah sangat
ni, selama ni aku masak, korang makan. Yang cuci semua-semua tu aku jugak, tak
pernah pun aku nak marah-marah korang. Tak de nak bising-bising macam ni”. Dalam
minggu yang sibuk, penuh dengan meeting, assignment dan test. Biasalah Amin
memang antara orang yang selalu busy dalam rumah sewa yang mereka cintai ini,
dengan kelab yang tercintanya dan program-program motivasi yang selalu
diselaraskan olehnya, namun apabila waktu terluang dirumah, memang akan
dicurahkan air tangannya kedalam masakan untuk rakan-rakan serumahnya. Namun disebabkan
kesibukan yang teramat sangat, beliau tidak sempat membasuh dan mengemas dapur
seperti sedia kala. Dan dalam ramai-ramai manusia dalam home sweet home ni,
beliau lah yang paling menitikan kebersihan dan paling ceria. Tapi apakan daya,
hari ni, hari marah buat Aiman ni. Semua seakan-akan terkejut dengan apa yang
berlaku. Ismi yang berada muka pintu sedang gelak-gelak seakan-akan
mengingatkan Amin dan Aiman sedang bergurau. Maklumlah Aiman seorang yang
selalu bergurau, semua benda boleh buat bergurau. Diam Amin tanpa bersuara
akibat dimarahi Aiman, dan tidak sangka akan dimarahi sebegitu rupa teruknya. Dengan
pantas terus kedapur dan mencuci segalanya. Tidak cukup dengan pinggan mangkuk
yang berselerak didalam sink, Kuali dan sekitar dapur dicucinya. Mungkin penangan
dimarahi Aiman tadi teramat-amat power agaknya.
……………………………………
Seusai azan zohor
berkumandang, berwudhu dengan sempurna lalu menunaikan solat sunat dua rakaat. Dan
mengajak rakan-rakan yang lain untuk solat berjemaah, namun hati Aiman rungsing
seakan-akan tidak khusyuk solatnya tadi kerana Amin masih lagi berada didapur,
belum berhenti mengemas. Timbul rasa bersalah dan kasihan dalam hati. Mana tidaknya
Amin seakan-akan merajuk, ‘mungkin makan hati Amin ni kerana dimarahiku tadi ‘,
detik hati Aiman. Pantas mengambil anak kunci motornya dan bergegas ke kedai,
membeli sabun pencuci dan span untuk memudahkan kerja-kerja Amin. Memang telah
dihajatkan Aiman untuk membeli dan menguruskan semua kekotoran di dapur, namun
bukan sekarang tapi petang nanti seusai kelas tamat.
……………………………………
“Nah aku belikan ni
untuk kau, aku mintak maaf”, kata Aiman dan diukirkan ayat-ayat cintaNya,
..dan ciri – ciri orang
yang bertaqwa.iaitu orang yang berinfak, baik waktu lapang mahupun sempit dan
orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Dan Allah
mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan (al-Imran-133-134)
![]() |
| kredit |
Tersenyum dan
kembalilah bersahabat seperti biasa. Wahhh!, Maniskan sebuah ukhuwah yang
tercipta dek kerana ukhuwahfillah. Dah macam video Tomato 1.0 pula rasanya. Tapi
versi kuali. Haha!. Bukan mudah meruntuhkan sebuah keegoan untuk meminta maaf
terlebih dahulu. Berani mohon maaf adalah tanda hati anda masih terselit
sinar-sinar dan benih-benih kecintaan kepadaNya. Aiwahhhh!!

No comments:
Post a Comment