Salam alaik kepada semua. Sudah lama tidak menulis
disebabkan kekangan masa. Sudah bersawang gayenye ruangan blog yang serba tidak
osem ini..haha..oke disebabkan itu mungkin tajuk dan perkara yang akan
dibincang dibawah ini sesuatu yang sering didengari oleh kita.
Walaubagaimanapun tergerak hati ini utk berkongsi dengan antum semua. Selamat
membaca..hehehh
insyaAllah,
Pernah ataupun tidak kita mendengar hadis yang berbunyi,
“Manusia itu diibarat logam, Barangsiapa yang bagus diwaktu
jahiliah, pasti akan bagus juga di waktu dia Islam, sekiranya dia seorang yang
faham (akan agamanya).” (hadis Riwayat Muslim, Tirmizi dan Ahmad)
Sebelum meneruskan perkongsian dibawah. Apakah yang dapat
difahami oleh kita dengan apa yang ingin disampai dari hadis ini..
![]() |
| credit |
Hadis menceritakan perihal logam. Upss logam sepsis apekah
itu, emas, perak, besi atau ape2 pon spesisnya lah. Cuma yang perlu difikirkan,
kenapa Nabi menceritakan bahawa manusia itu seperti logam. Mengapakah er. Hal
ini kerana Allah sudah menetapkan keistimewaan, kelebihan dalam setiap individu
dan hambanya itu. Keistimewaan dan kelebihan itu umpama logam kerana ia tidak
berubah ataupun kuat serta susah untuk dipecahkan dari kita.
Disambung lagi hadis itu, Barangsiapa yang bagus diwaktu
jahiliah, pasti akan bagus juga diwaktu dia Islam. Hoyeahh..pernah mendengar
perihal cerita tentang Saidina Umar Al-Khattab. Antara manusia yang terosem dan
teguh imannya. Dahulu ketika jahiliahnya, beliau adalah seorang yang berani,
gagah dan diceritakan dalam riwayat hidupnya, beliau adalah ahli gusti termuda
di kota Makkah satu ketika dahulu. Keras hatinya, dan pelbagai lagi cerita
hebat ketika zaman jahiliahnya. Walaubagaimanapun tatkala Iman dan Islam
menyapa dan mengetuk pintu hatinya, beliau juga menjadi manusia yang hebat seperti
zaman jahiliahnya Cuma berlandaskan Islam dan syariah. Dahulu ketik jahiliahnya
beliau antara orang yang tergangster dan dizaman Islamnya juga beliau menjadi
Insan yang kuat dan berani menepis serta menggerunkan pihak musuh, dan sentiasa
mencabar musuh. Keberaniannya telah menjadi benteng kekuatan umat Islam.
Dan satu kisah lagi diceritakan pada zaman Rasulullah dahulu
ada seorang sahabat yang sering mencerca dan menulis bait syair menghina Allah
dan rasul tika zaman jahiliahnya. Walaubagaimanapun saat cinta dan kefahamannya
mengenai Islam menyapa, beliau tetap menulis dan membaca syair tetapi mengenai
kehebatan Allah dan rasul pula..hehehhh..
![]() |
| credit |
Kita juga mungkin seperti itu, disaat fikrah kita belum
mengenali sepenuhnya mengenai Islam yang sebenarnya. Dan masih mengamal
perbuatan jahiliah tanpa disedari diri. Fikirkan lah serta muhasabah diri
selalu, sebenarnya banyak lagi perbuatan jahiliah yang sering lakukan. Diri
kita yang kerdil ini sebenarnya tertulis dan tercipta logamnya sendiri oleh
Allah. Gunakan kelebihan dan kehebatan kita untuk membina dan meniti
kebangkitan Islam ini. insyaAllah. Sekiranya kita benar-benar memahami Islam
itu sepenuhnya, insyaAllah kelebihan dan kekuatan logam kita akan terikut dan
kearah Islam juga nanti. Setiap manusia pasti memiliki potensi, jika tidak
digunakan untuk Islam, pasti akan digunakan dalam perkara lain selain Islam.
Maka, apabila seorang Muslim itu menggunakannya di jalan Allah, lebih-lebih
lagi Allah akan menonjolkan dan melonjakan lagi potensinya itu, Allah telah
menceritakan dalam kalamnya
“sesiapa yang mahukan kemuliaan ( maka hendaklah dia
berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah
jualah kemuliaan.” (Fatir:10)
Kami adalah kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam. Apabila
kita mencari kemulian selain dari Islam, maka Allah akan menghina kita.
–Saidina Umar r.a
Sedikit sebanyak perkongsian ini insyaAllah terserap jua
dalam hati kalian semua dan penulis juga. Jom sama-sama mencari logam yang
tercipta dalm diri kita dan menzahirkan potensi demi membangkitkan Islam
terosem kita ini. Jazakallah khair antum semua..salam


http://kebangkitankedua.blogspot.com/2012/04/kelas-sejarah-yang-exotic.html
ReplyDeletehehe.
mencari logam -.- sedang.
menarik :)
carilah logam kita..setiap dari kit ade logamny ayang tersendiri..insyaAllah
ReplyDelete