Bercinta dan rasa tertarik kepada
jantina berlainan adalah satu fitrah kepada manusia. Walaubagaimanapun bercinta
itu hendaklah disalurkan kepada saluran dan cara yang berlandaskan syariat yang
telah diajarkan kepada kita. Bercinta pada zaman muda kini jika tidak melalui
cara yang betul akan menjerumuskan kita ke arah kemaksiatan dan lembah
kebinasaan serta kemurkaan Allah. Mungkin cara ini adalah yang terbaik buat
sesebuah hubungan yang bernama cinta.
Mungkin susah pada mulanya. Maklumlah
sudah lama bercinta, tetapi hidayah dan petunjuk Allah ini bukannya hadir
berkali-kali. Apabila hidayah mengetuk pintu hati kecil ini maka bukalah pintu
hati seluas-luasnya menerima hidayah yang diberikan Allah ini. Sifat bertangguh
itu adalah senjata yang paling ampuh buat makhluk yang bernama syaitan ini.
Memutuskan untuk berkawan sahaja
dahulu adalah satu jalan yang terbaik buat masa ini, walaupun berat pada
awalnya, namun terpaksa jua dilalui untuk menuju redha Allah kepada kita. Tidak
perlu risau, Allah itu Mengetahui, Dia mengetahui apa yang tersirat di hati
kecil kita, Dia juga Maha Penyayang, disaat kita merasa diri kita seperti tidak
disayangi, sebenarnya Dia lebih menyayangi kita lebih dari kita tahu.
Istikharah ini telah membawa satu
gambaran baru dan pengubat hati serta penenang jiwa. Tiada tempat untuk kita
mengadu selain Allah. Tiada tempat untuk kita merayu dan merintih selain Allah,
Dia jualah segala-galanya kepada setiap hamba-hambanya. Jawapan Istikharahku
terukir wajahmu, serta hari-hari yang mendatang membawa kegembiraan kepadaku. Aku
yakin inilah jalan yang sebenarnya dan terbaik buatku. Yakinlah bahawa jodoh
itu ada,
Dan Dia yang mempersatukan hati
mereka (orang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua kekayaan yang berada
dibumi ini, niscaya tidak dapat kamu mempersatukan hati mereka, tetapi Allah
telah mempersatukan hati mereka, sungguh Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana.
(Al-Anfal:63)
namun Allah sedang mengajar erti batas-batas
pergaulan kepada kita serta erti kesabaran dalam kehidupan. Hidup bercouple
yang dianjurkan jahiliah itu bukanlah jalan-jalan yang membawa kepada Syurga
malah ia akan menjerumuskan kita ke neraka Allah. Bergembiralah kita kerana
Allah masih menyayangi dan menyelamatkan kita dari tercampak kelembah
kebinasaan. Islam sudah mengajar kita saluran yang sebenar untuk bercinta, cuma
kita sahaja yang sengaja melihatnya sebelah mata dan mengikut arus hidup
sekarang yang disangkakan seperti betul.
Dan jika kamu mengikuti
kebanyakan orang dibumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan
Allah. Yang mereka ikuti hanya persangkaan belaka dan mereka hanya membuat
kebohongan
(Al-An’am:116)
Walhal ia amatlah bertentangan
dengan syariat yang digariskan oleh Islam. Berkahwin adalah jalan yang mulia
untuk bercinta kerana Allah telah menceritakan dalam Al-Quran.
Dan diantara tanda-tanda
kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu
sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan
diantaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar
terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir
(Ar-Rum :21)
Junjungan besar kita juga pernah
berkata dan diriwayatkan oleh Imam Nawawi, tidak ada jalan bagi orang yang
berasa rindu (cinta) selain bernikah.
Itulah jalan yang sebenar yang
digariskan oleh Islam kepada kita. Indahnya Islam, teramat rugi buat kita yang
meminggirkan ia dari jalan dan gaya hidup kita.
p/s : sebelum solat Istikharah
- · Bersihkan hati terlebih dahulu
- · Solat sunat taubat (menangis dan merayulah kepada Allah agar diampunkan dosa masa lalu)
- · Neutralkan hati (tidak berkecenderungan terhadap pilihan)
- · Bersyukur sekiranya sudah memperoleh jawapan nanti
insyaAllah, selamat
beristikharah.

err, bukankah istikarah itu dibuat setelah membuat satu pilihan ?
ReplyDeletehmmm..kalau dah buat pilihan..minta petunjuk dari Allah..insyaAllah dipermudahkan nanti..
ReplyDelete