Anda pernah melihat bangunan yang
tinggi, besar, cantik, awesome..macam2 lagi lah tentang bangunan yang
cantik..ape motif ko nak cerita nihh…baiklah..Islam yang lagi indah dan syumul
itu diibaratkan seperti bangunan yang cantik serta indah itu. Mengapa?. Hal ini
kerana agama yang suci murni adalah agama yang sangat teguh dan tinggi nilainya
melebihi bangunan yang osem tu.
Sesebuah bangunan yang teguh dan
tinggi itu memerlukan struktur yang kuat dan teguh bagi memastikan bangunan
yang tinggi itu terus berdiri teguh walaupun ditiup angin yang kuat serta rebut
taufan yang melanda. Bagaimanakah diceriakan struktur yang kuat mengenai bangunan
yang tinggi ini. Bangunan yang kuat adalah bangunan yang memiliki bahan-bahan
yang berkualiti, kalis pelbagai masalah seperti kebakaran, angin ribut, taufan,
putting beliau dan sebagainya. Cuba bayangkan sekiranya KLCC yang hebat dan
tersohor di Malaysia ini hanya diperbuat daripada kayu api sahaja. Uhh comfirm
runtuh sekiranya ditiup cicak. Maka mestilah ia diperbuat daripada bahan-bahan
yang kuat. Nak tau bahan-bahan yang kuat lagi hebat..belajarlah engineering material..hehehhh…bangunan
yang tinggi itu juga mempunyai pasak atau cerucuk binaan yang tinggi dan kuat
yang ditanam didalam bumi bagi menyokong dan menstabilkan bangunan yang tinggi
itu. Tak percaya ? tengok lah sendiri struktur binaan Klcc tu er
nanti..heyyy..heyyy..ko nak cerita benda ape nihh..??
Sabarlah..nak cerita lah
nihh..Islam ini sebuah agama yang sebegitu rupanya..tinggi, kukuh, kuat, stabil
dan teramatlah lengkap. Walaubagaimanapun agama yang sebegini tinggi nilainya
sudah runtuh disebabkan oleh tangan-tangan umatnya sendiri. Kini masih ada lagi
kumpulan-kumpulan yang kecil ahlinya bertungkus lumus membina cerucuk-cerucuk
binaan dan pasak kepada agama ini. Siapakah mereka? Mereka yang memahami
tujuan-tujuan hidup yang sebenar, mereka-mereka yang sentiasa berusaha mengajak
dan memperbetulkan fikrah manusia dan umat sekeliling. Mereka yang tidak pernah
jemu dan bosan mengajak manusia ke jalan yang benar. Mereka yang dilihat seperti
orang-orang biasa. Tetapi disebaliknya mengerjakan ubudiah dan khalifah bagi
membangunkan kembali bangunan yang sedia runtuh ini. Mengapakah agama ini
diibaratkan seperti bangunan yang telah runtuh, tepuk dada tanya lah iman
masing-masing. Lihatlah keadaan sekeliling. Sekiranya anda tergolong dalam
golongan mereka, pekerjaan ini masih belum selesai, perjalanannya masih jauh,
beribu ranjau dan duri, uhh tiada karpet merah yang osem kononnya itu. Bangunan
yang tinggi itu memerlukan orang-orang seperti kita, orang-orang yang menjadi
cerucuk-cerucuk binaan yang utama dalam bangunan ini. Marilah kita tergolong
dalam golongan ini. 
Tidakkah kita pernah dengari..Barangsiapa yang menolong agama
Aku, nescaya akan aku menolonginya nanti..Allah sentiasa ada bersama-sama kita.
Bagaimanakah agak-agaknya kumpulan utama ini er. Sekiranya anda masih belum
mempunyai bulatan gembira. Masa inilah yang paling sesuai untuk anda mencari.
Islam yang tinggi martabatnya itu memerlukan orang-orang gagah seperti kita.
.jpg)
No comments:
Post a Comment