Monday, 16 April 2012

Istikharah Cinta


Bercinta dan rasa tertarik kepada jantina berlainan adalah satu fitrah kepada manusia. Walaubagaimanapun bercinta itu hendaklah disalurkan kepada saluran dan cara yang berlandaskan syariat yang telah diajarkan kepada kita. Bercinta pada zaman muda kini jika tidak melalui cara yang betul akan menjerumuskan kita ke arah kemaksiatan dan lembah kebinasaan serta kemurkaan Allah. Mungkin cara ini adalah yang terbaik buat sesebuah hubungan yang bernama cinta.

Mungkin susah pada mulanya. Maklumlah sudah lama bercinta, tetapi hidayah dan petunjuk Allah ini bukannya hadir berkali-kali. Apabila hidayah mengetuk pintu hati kecil ini maka bukalah pintu hati seluas-luasnya menerima hidayah yang diberikan Allah ini. Sifat bertangguh itu adalah senjata yang paling ampuh buat makhluk yang bernama syaitan ini.

Memutuskan untuk berkawan sahaja dahulu adalah satu jalan yang terbaik buat masa ini, walaupun berat pada awalnya, namun terpaksa jua dilalui untuk menuju redha Allah kepada kita. Tidak perlu risau, Allah itu Mengetahui, Dia mengetahui apa yang tersirat di hati kecil kita, Dia juga Maha Penyayang, disaat kita merasa diri kita seperti tidak disayangi, sebenarnya Dia lebih menyayangi kita lebih dari kita tahu.

Istikharah ini telah membawa satu gambaran baru dan pengubat hati serta penenang jiwa. Tiada tempat untuk kita mengadu selain Allah. Tiada tempat untuk kita merayu dan merintih selain Allah, Dia jualah segala-galanya kepada setiap hamba-hambanya. Jawapan Istikharahku terukir wajahmu, serta hari-hari yang mendatang membawa kegembiraan kepadaku. Aku yakin inilah jalan yang sebenarnya dan terbaik buatku. Yakinlah bahawa jodoh itu ada,

Dan Dia yang mempersatukan hati mereka (orang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua kekayaan yang berada dibumi ini, niscaya tidak dapat kamu mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka, sungguh Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana. (Al-Anfal:63)

 namun Allah sedang mengajar erti batas-batas pergaulan kepada kita serta erti kesabaran dalam kehidupan. Hidup bercouple yang dianjurkan jahiliah itu bukanlah jalan-jalan yang membawa kepada Syurga malah ia akan menjerumuskan kita ke neraka Allah. Bergembiralah kita kerana Allah masih menyayangi dan menyelamatkan kita dari tercampak kelembah kebinasaan. Islam sudah mengajar kita saluran yang sebenar untuk bercinta, cuma kita sahaja yang sengaja melihatnya sebelah mata dan mengikut arus hidup sekarang yang disangkakan seperti betul.

Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang dibumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Yang mereka ikuti hanya persangkaan belaka dan mereka hanya membuat kebohongan
(Al-An’am:116)

Walhal ia amatlah bertentangan dengan syariat yang digariskan oleh Islam. Berkahwin adalah jalan yang mulia untuk bercinta kerana Allah telah menceritakan dalam Al-Quran.

Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir 
(Ar-Rum :21)

Junjungan besar kita juga pernah berkata dan diriwayatkan oleh Imam Nawawi, tidak ada jalan bagi orang yang berasa rindu (cinta) selain bernikah.
Itulah jalan yang sebenar yang digariskan oleh Islam kepada kita. Indahnya Islam, teramat rugi buat kita yang meminggirkan ia dari jalan dan gaya hidup kita.



p/s : sebelum solat Istikharah
  • ·         Bersihkan hati terlebih dahulu
  • ·         Solat sunat taubat (menangis dan merayulah kepada Allah agar diampunkan dosa masa lalu)
  • ·         Neutralkan hati (tidak berkecenderungan terhadap pilihan)
  • ·         Bersyukur sekiranya sudah memperoleh jawapan nanti

insyaAllah, selamat beristikharah.

2 comments:

  1. err, bukankah istikarah itu dibuat setelah membuat satu pilihan ?

    ReplyDelete
  2. hmmm..kalau dah buat pilihan..minta petunjuk dari Allah..insyaAllah dipermudahkan nanti..

    ReplyDelete