Thursday, 17 May 2012

logam spesis apekah kita?


Salam alaik kepada semua. Sudah lama tidak menulis disebabkan kekangan masa. Sudah bersawang gayenye ruangan blog yang serba tidak osem ini..haha..oke disebabkan itu mungkin tajuk dan perkara yang akan dibincang dibawah ini sesuatu yang sering didengari oleh kita. Walaubagaimanapun tergerak hati ini utk berkongsi dengan antum semua. Selamat membaca..hehehh
insyaAllah,

Pernah ataupun tidak kita mendengar hadis yang berbunyi,
“Manusia itu diibarat logam, Barangsiapa yang bagus diwaktu jahiliah, pasti akan bagus juga di waktu dia Islam, sekiranya dia seorang yang faham (akan agamanya).” (hadis Riwayat Muslim, Tirmizi dan Ahmad)
Sebelum meneruskan perkongsian dibawah. Apakah yang dapat difahami oleh kita dengan apa yang ingin disampai dari hadis ini..

credit
Hadis menceritakan perihal logam. Upss logam sepsis apekah itu, emas, perak, besi atau ape2 pon spesisnya lah. Cuma yang perlu difikirkan, kenapa Nabi menceritakan bahawa manusia itu seperti logam. Mengapakah er. Hal ini kerana Allah sudah menetapkan keistimewaan, kelebihan dalam setiap individu dan hambanya itu. Keistimewaan dan kelebihan itu umpama logam kerana ia tidak berubah ataupun kuat serta susah untuk dipecahkan dari kita.

Disambung lagi hadis itu, Barangsiapa yang bagus diwaktu jahiliah, pasti akan bagus juga diwaktu dia Islam. Hoyeahh..pernah mendengar perihal cerita tentang Saidina Umar Al-Khattab. Antara manusia yang terosem dan teguh imannya. Dahulu ketika jahiliahnya, beliau adalah seorang yang berani, gagah dan diceritakan dalam riwayat hidupnya, beliau adalah ahli gusti termuda di kota Makkah satu ketika dahulu. Keras hatinya, dan pelbagai lagi cerita hebat ketika zaman jahiliahnya. Walaubagaimanapun tatkala Iman dan Islam menyapa dan mengetuk pintu hatinya, beliau juga menjadi manusia yang hebat seperti zaman jahiliahnya Cuma berlandaskan Islam dan syariah. Dahulu ketik jahiliahnya beliau antara orang yang tergangster dan dizaman Islamnya juga beliau menjadi Insan yang kuat dan berani menepis serta menggerunkan pihak musuh, dan sentiasa mencabar musuh. Keberaniannya telah menjadi benteng kekuatan umat Islam.
Dan satu kisah lagi diceritakan pada zaman Rasulullah dahulu ada seorang sahabat yang sering mencerca dan menulis bait syair menghina Allah dan rasul tika zaman jahiliahnya. Walaubagaimanapun saat cinta dan kefahamannya mengenai Islam menyapa, beliau tetap menulis dan membaca syair tetapi mengenai kehebatan Allah dan rasul pula..hehehhh..

credit
Kita juga mungkin seperti itu, disaat fikrah kita belum mengenali sepenuhnya mengenai Islam yang sebenarnya. Dan masih mengamal perbuatan jahiliah tanpa disedari diri. Fikirkan lah serta muhasabah diri selalu, sebenarnya banyak lagi perbuatan jahiliah yang sering lakukan. Diri kita yang kerdil ini sebenarnya tertulis dan tercipta logamnya sendiri oleh Allah. Gunakan kelebihan dan kehebatan kita untuk membina dan meniti kebangkitan Islam ini. insyaAllah. Sekiranya kita benar-benar memahami Islam itu sepenuhnya, insyaAllah kelebihan dan kekuatan logam kita akan terikut dan kearah Islam juga nanti. Setiap manusia pasti memiliki potensi, jika tidak digunakan untuk Islam, pasti akan digunakan dalam perkara lain selain Islam. Maka, apabila seorang Muslim itu menggunakannya di jalan Allah, lebih-lebih lagi Allah akan menonjolkan dan melonjakan lagi potensinya itu, Allah telah menceritakan dalam kalamnya

“sesiapa yang mahukan kemuliaan ( maka hendaklah dia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah kemuliaan.” (Fatir:10)


Kami adalah kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam. Apabila kita mencari kemulian selain dari Islam, maka Allah akan menghina kita. –Saidina Umar r.a
Sedikit sebanyak perkongsian ini insyaAllah terserap jua dalam hati kalian semua dan penulis juga. Jom sama-sama mencari logam yang tercipta dalm diri kita dan menzahirkan potensi demi membangkitkan Islam terosem kita ini. Jazakallah khair antum semua..salam

2 comments:

  1. http://kebangkitankedua.blogspot.com/2012/04/kelas-sejarah-yang-exotic.html

    hehe.

    mencari logam -.- sedang.
    menarik :)

    ReplyDelete
  2. carilah logam kita..setiap dari kit ade logamny ayang tersendiri..insyaAllah

    ReplyDelete