Dimana keadilan Allah?..ujarnya..telah lama aku memohon dan
meminta padaNya satu hal sahaja. Ku lakukan semu aketaatan padaNya. Ku cuba
menjauhi semua larangannya. Ku tegakkan yang wajib. Ku mencuba sedaya upaya
mengikuti semua sunnah kekasihNya. Aku lakukan sedekah. Aku bangun Qiamullai. Aku
baca serta tadabbur Al-QuranNya. Tapi sehingga kini belum ada tanda-tanda Dia
ingin mengabulkan permintaanku. Melututnya kesedihan.
Aku melihatnya hiba serta tertunduk sedih.
Padahal,” sambungnya sambil bertakung air di kelopak
matanya. Ada kawan-kwan lain yang aku tahu ibadahnya terumbang-ambing. Wajibnya
dia tinggalkan. Sunnah langsung tidak diikuti. Akhlaknya sukar untuk diceritakan.
Otak dan fikirannya kotor serta bercelaru. Tapi bila dia menginginkan sesuatu,
mudah sahaja dia perolehi. Semua yang dia inginkan akan diperolehi dengan mudah
sahaja. Dimana keadilan Allah?
Dalam hatiku, pelbagai kata-kata yang mampu untuk aku hakiminya.
Kamu sombong, bangga dengan ibadahmu, kamu menghina orang lain, kamu tertipu
oleh kebaikanmu sebagaimana Iblis telah terlena! Jangan hairan kalau doamu
tidak diterima oleh Allah. Kesombonganmu telah menutup segala kebaikanmu. Nilai
dirimu umpama anai-anai yang berterbangan. Mungkin kawan yang kamu
rendah-rendahkan jauh lagi tinggi kedudukannya disisi Allah kerana dia
merahsiakan amal solehnya.
Upss…namun tidak mungkin aku ucapkan sebegitu kepadanya. Atas
dasar nilai ukhuwah mana mampu untuk aku berkata selantang itu. Maka saya katakana
padanya, pernahkah engkau didatangi seorang pemuzik grunge punk ataupun
skinhead ataupun kutu-kutu rayau yang berbadannya penuh tatu. Bertindik berpanampilan
garang serta seram. Suara nyanyian dan teriakannya yang memekakan telinga. Suaranya
garau, sengau dan sumbang. Lagu dan iramanya yang menyakitkan hati dan sama
sekali tidak mampu diterima oleh hati kita?
Segera beliau menjawab..akan aku sedaya upaya membuatnya
menjauhi aku.
Lalu bagaimana sekiranya kalau yang datang menghampiri kamu
iaitu sesorang yang bersuara emas, merdu, berpenampilan menarik, menawan, wangi
dan sopan..apa yang akan kamu lakukan?
Akan aku menikmati dan menghayati keshahduan serta kemerduan
suaranya. Akan kuminta dia nyanyi serta ulangi lagi. Lagi dan lagi.
Saya tertawa dan dia tertawa.
Kau memahamikan apa yang sedang aku sampaikan ini?
Boleh sahaja Allah berlaku begitu kepada kita, para
hambaNya. Jika ada manusia yang fasik, keji, melakuakan bnyak dosa, dan dibenciNya
berdoaa memohon padaNya. Mungkin akan Dia firmankan kepada malaikat supaya
cepat-cepat memberikan apa yang dipintanya kerana muak mendengar permohonan dan
permintaannya.
Tapi bila yang menadah tangan itu adalah hamba yang Dia
cintai, yang rajin beribadah, yang rajin bersedekah, yang sentiasa menegakkan
sunnah, maka mungkin Allah akan berkata kepada malaikatnya, tunggu, tunda dulu
apa yang dihajatkannya. Sungguh aku bahagia bila dia meminta. Dan biarlah
hambaKu ini terus meminta, terus berdoa dan terus merayu. Aku menyukai
doa-doanya. Aku menyukai kata-kata tangisannya. Aku suka kepada khusyuk dan
tunduknya. Aku menyukai puja dan puji yang dilantunkan olehnya. Aku tidak ingin
dia menjauh dariKu setelah dapat apa yang dipintanya. Aku mencintainya.
Oh ya? Matanya berbinar. Betul demikiankah yang terjadi pada
diriku?
Hmmmm..itu tidak pasti..dan aku juga tidak mengetahui, jawab
saya sambil tersenyum. Dia agak terkejut. Segera saya sambung sambil menepuk bahunya,
“aku hanya ingin kau bersangka baik dengan Allah”. Dan dia tersenyum.
Alhamdulillah.
Dipetik dari nukilan Salim A.Fillah Dalam, Dekapan Ukhuwah
,m/s168-171
Sengaja saya menulis semula cerita ini. Mungkin ada antara
kita berada dalam situasi seperti ini. Berputus asa dengan rahmat Allah. Memikirkan
tentang keadilan Allah. Mungkin disebabkan tidak memperolehi kejayaan walaupun
sesudah bertungkus-lumus berusaha. Kalau seperti kita yang sedang belajar,
habis setiap masa menghabiskan masa dengan belajar, sedikit pun tidak jemu
belajar, amat sedikit sangat waktu untuk berhibur. Namun masih jua tidak
mendapat seperti yang diinginkan. Mungkin tergolongnya kita dalam golongan yang
dicintaiNya..hmmm..Wallauhualam..saya tidak mengetahui..kalian jua tidak
mengetahui..Cuma Allah juga yang mengetahui segalanya. Akhir kata walau apapun
jua kita cuma sebagai hamba. Yang melakukan apa yang direncanakan Allah di luh
mahfuz sana. Sedikit waktu untuk kita berdoa dan mensyukuri apa yang
dikurniakan. Sekiranya apa yang dihajati dan diimpikan itu belum kunjung tiba
diwaktu ini, mungkin Allah menyediakan kita sesuatu yang lebih istimewa
dihadapan nanti. Alangkah bahagianya aku sekiranya aku tergolong dalam golongan
yang dicintaiNya..amin..walalhualam..Assalamualaikum - semaniskurmaini.

No comments:
Post a Comment