Abi.. Tadi kan kenapa dalam kuliah maghrib tadi Ustaz Ahmad
cakap amat sedikit golongan orang yang bersyukur?
Hmm..ni mesti tak focus masa kuliah tadi nih. Ish anak abi
ni. Macam ni kisah yang diceritakan Ustaz Ahmad tadi. Pada zaman Saidina Umar
al-Khattab, ada seprang pemuda yang sering berdoa disisi Kaabah dengan berkata:
“Ya Allah masukkan aku dalam golongan yang sedikit!”. Dengan tidak sengaja
doanya telah didengari oleh amirul mukminin yang sedang bertawaf di situ.
Saidina Umar al-Khattab amat hairan dengan doa yang diminta oleh pemuda
tersebut.
Sesudah selesai tawaf, Saidina Umar al-Khattab memanggil
pemuda tersebut seraya bertanya : “kenapa engkau berdoa sedemikian rupa. Apakah
tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah” lanjut amirul
mukminin lagi.
Dengan tenang pemuda itu menjawab : Ya amirul mukminin, Aku
membaca doa sedemikian kerana aku takut dengan firman Allah : “Sesungguhnya
Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan di muka bumi
(sumber atau jalan penghidupan). Dan amat sedikitlah kamu bersyukur”
(al-Araf:10)
Kata pemuda itu lagi: Aku memohon agar Allah memasukkan aku
dalam golongan yang sedikit iaitu golongan yang tahu bersyukur kepada Allah.”
Mendengar jawapan itu, amirul mukminin menepuk kepalanya seraya berkata kepada
dirinya sendiri : wahai Umar, alangkah jahilnya engkau! Orang ramai lebih alim
daripada kamu.”
Hmm..sekarang apa yang anak abi dapat daripada kisah yang
abi cerita tadi. Adik rasakan adik nak tergolong dalam golongan yang sedikit itu.
Boleh tak abi? Pertanyaan sambil membuat muka comel..ahakkss..sambil senyum abi
berkata : mestilah boleh, adik mesti jadi antara mereka-mereka yang sentiasa
bersyukur kepada Allah kerana apabila seseorang itu memiliki sifat syukur , dia
telah memiliki kekayaan yang hakiki iaitu kekayaan hati. Rasulullah pernah
bersabda “ Bukanlah kaya itu kaya harta tetapi kaya yang sebenar ialah kaya
hati” – riwayat al-Bukhari
![]() |
| credit |
Hal ini kerana hidup orang tidak bersyukur sangat sunyi,
walaupun kaya harta tetapi miskin saudara, mana tidaknya kerana kesombongan dek
kerana harta yang melimpah ruah, orang sekeliling akan menjauhinya kerana sifat
sombongnya itu. Apabila tiada rasa
syukur, maka sudah pasti tidak ada rasa qanaah. Dan apabila tiada rasa syukur
dan qanaah manusia akan sentiasa melihat kepada kekurangan diri bukan bersyukur
diatas kelebihan yang ada pada diri sendiri.
Hmm..orang kaya yang tidak bersyukur akan terasa miskin
ditebgah-tengah timbunan hartanya. Sabda Nabi; “sekiranya manusia itu memiliki
dua buah lembah harta sekalipun, nescaya dia akan mencari lembah yang ketiga.
Dan tidak akan dapat dipenuhi perut manusia itu melainkan tanah dan allah
menerima taubat orang yang bertaubat.”-riwayat Ahmad
Hidup kita tidak akan tenang sekiranya tidak bersyukur,
sentiasa dalam keadaan gundah, resah kerana sentiasa memikirkan tentang
kekurangan diri dan ketiadaan sesuatu pada diri. Bukankah kita diajar untuk
bersangka baik. Dan sentiasa bertawakal kepada Allah. Hal ini kerana kita tidak
mengetahui apa yang dikurniakan kepada itu adalah suatu musibah ataupun
anugerah. Jadi kita hendaklah sentiasa bersyukur dan menyerahkan segala-galanya
kepada Allah. Kesimpulannya, hehehhh jom jadi hamba Allah yang bersyukur dan
sentiasa bersyukur.

No comments:
Post a Comment