Aku sebenarnya teringat apa yang pernah diceritakan ustazah
perihal seorang pemuda ini.
Siapa? Saad abi waqas..hmm Musab bin Umair, teka ku lagi.
Bukan apa mereka kan antara pemuda-pemuda Islam yang terkenal dengan hebatnya
iman mereka.
Bukanlah, ko ni memandai jer teka apa yang aku tengah fikir.
Haishhhh..ingat tak satu cerita perihal pemuda yang menjadi rebutan antara
malaikat rahmat dengan malaikat azab.
Yang mane satu er, seperti samar-samar dalam fikiran. Macam
pernah dengar tapi itulah, haishhh. Hehe, cuba kau ceritakan perihal pemuda
itu, mane tau boleh refresh semula memory card yang berkarat dalam kepala aku
nih.
![]() |
| credit |
Tu lah kau, banyak makan semut, haha guraunya. Macam ni
ceritanya. Ade seorang pemuda ni seakan-akan bermusafir dan sedang meneruskan
perjalanannya menuju kesebuah gereja demi menyatakan bebanan hatinya kepada
rahib yang terdapat disitu. Setibanya di gereja itu, rahib yang sedang menanti
di muka pintu itu menyambutnya dengan senyuman sambil menghulurkan segelas air
kepada pemuda tersebut. Lalu pemuda tersebut melanjutkan pertanyaan perihal
bebanan hati yang tidak dapat ditanggungnya lagi.
Tuan rahib yang saya hormati, mungkinkah dosaku diampunkan.
Apakah dosa yang telah dilakukanmu, tanya sang rahib kepada pemuda itu.
Aku telah membunuh 99 nyawa dengan pedangku ini, adakah
dosa-dosaku ini akan diampunkan tuhan?. Terkejut sang rahib mendengar apa yang
diucapkan oleh pemuda itu sambil memalingkan mukanya. Raut wajahnya nampak
seakan-akan tidak menyukai kepada pemuda itu seraya berkata : dalam taurat
telah tertulis “ membunuh satu jiwa disama ertinya dengan membinasakan seluruh
jiwa dan memusnahkan sebuah kehidupan. Dan apa yang telah dilakukan oleh kamu,
99 nyawa telah dibunuh, sungguh dosa kamu tidak terperi banyaknya, sungguh
tidak akn diampunkan, sambung Rahib gereja itu.
Dengan slumber pemuda yang telah membunuh sebanyak 99 orang
itu melengkapkan rekodnya menjadi 100 dengan menjadikan sang rahin itu sebagai
mangsanya yang keseratus. Hal ini disebabkan oleh timbulnya rase benci yang
tidak terhingga yang disebabkan cara dan sikap yang ditunjukan oleh sang rahib
itu.
Setelah lama bersembunyi selepas memnggal kepala sang rahib
itu, pemuda tersebut memberanikan dirinya untuk bertemu dengan seorang alim
ulama kerana tidak mampu menanggung rasa sesal dan gundah-gulana di dalam
hatinya. Maka bertemulahnya dengan alim ulama tersebut dan bertanyakan soalan
yang sama : adakah dosa-dosaku terdahulu bias diampunkan.
Dengan senyuman yang tulus, alim ulama itu menjawab : Allah
itu Maha Pengampun saudaraku, taubatmu pasti akan diterima. Kamu hendak
menyesali apa yang telah dilakukanmu dan menebusnya dengan amal-amal kebaikan
serta kamu berhijrahlah kesebuah negeri yang lain bagi memulakan sebuah
kehidupan yang baru dan lebih baik.
Maka bermulalah penghijrahan beliau. Dan telah ditakdirkan
Allah, pemuda itu telah meninggal dunia semasa dalam penghijrahan itu.
Yess..aku dah ingat kisah ini. Akhirnya datang dua malaikat
kan. dan telah diukur jarak antara kawasan yang ditinggalkannya dengan kawasan
penghijrahan yang bakal dituju olehnya. Maka dengan itu malaikat rahmat telah
memenangi ukuran itu walaupun hanya sejengkal dan Allah telah memerintahkan
supaya roh pemuda tadi diangkat kedalam syurga.
Ha..betul tak Hashim?..hehe kataku sambil menepuk bahunya.
Maka pengajaran buat kita hashim, sekiranya datang orang yang ingin bertaubat
kepada kita, janganlah kita memperkecilkan apa yang dihajatinya. Beri semangat
kepadanya. Dan kepada kita juga, jangan sesakali putus harapan dengan rahmat
dan keampunan Allah. Sentiasalah bertaubat dan mengejar keredhaannya, sambungku
lagi.
Akhirnya kami berdua turut termenung memikirkan apa yang
sedang kami perbincangkan tadi sehinggalah masuknya waktu maghrib.

No comments:
Post a Comment