Wednesday, 25 July 2012

x jealous ker??..

“ Sesungguhnya di antara hamba-hamba Allah terdapat mereka yang bukan dari kalangan nabi, dan bukan juga dari kalangan syuhada, Tapi bahkan para nabi dan syuhada amat mencemburui mereka tatkala hari kiamat nanti, tersebab kedudukan yang diberikan oleh Allah pada mereka”.


Ya Rasulullah. “ kata para sahabat ketika itu, “beritahulah kepada kami siapa mereka? “
gambar yang tiada kena mengena dengan cerita.
Jawan baginda : mereka adalah segolongan manusia yang saling mencintai kerana Allah. Bukan disebabkan oleh ikatan darah ataupun persahabatan. Dan bukan juga disebabkan harta. Demi Allah. Wajah mereka pada hari itu bersinar-sinar gemilang dan mereka berada di atas cahaya. Mereka tiada berasa bimbang dan khuatir ketika manusia lain berada dalam keadaan ketakutan. Dan mereka tidak bersedih ketika manusia yang lain sedang berduka.

Hadith Qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Tarmizi menceritakan tentang kurnian Allah kepada para pencintaNya itu. “orang-orang yang saling mencintai demi keagunganKu, demikian Allah berfirman akan diberikan padanya mimbar dari cahaya yang dicemburui oleh para Nabi dan syuhada”.

Oiiiiittttt..!!
Alangkah betapa agungnya mereka yang mendapat kurnia itu. Jom menyedarkan diri kita yang sedang lena tertidur dan meminggirkan ikatan ukhuwah kerana Allah ini. Jom bersangka baik sesama ikhwah demi mendapat rahmat dan keredhaan Allah dalam jalinan ikatan ukhuwah kita ini. Hmmmm…jom usrah..hehehhh..

No comments:

Post a Comment