pagi yang cerah..
"along bangun",kedengaran suara mama mengejutkanku. sambil menggosok mata dan mengelap air liur basi, kelihatan mama di muka pintu, Along,jom memancing kat kebun getah", uitt pelik pula bondaku hari ini, mengajak pergi memancing, buang tabiat ker hape". monologku sendirian di tepi katil. tanpa berlengah terus urus diri dan bersiap untuk pulang ke kampung yang tidak jauh dari rumah.
 |
| kredit |
Setibanya dilokasi yang dituju, baru ku tahu, mama sebenarnya nak beraktiviti dengan anak-anaknya, maklumlah masing-masing sudah belajar jauh dari rumah, bagus juga mama ni ubah selera riadah keluarga, dahulunya, keluarga bahagia yang ditunjangi abah ini amat gemar untuk berkhemah serta bermandi manda ditepi pantai mahupun sungai, tapi hari ini didalam kebun getah peninggalan arwah moyang. hehe, gelak kecil aku sendirian. aku bukanlah terror sangat bab memancing nih, setakat menggunakan pelepah nipah, mampulah. setelah meletakan umpan, tidak sampai 2 minit, umpanku telah dimakan oleh si ikan kecil, kemain seronok ditambah teruja lagi. tidak lama kemudian dikuti oleh angah dan adik bongsu yang baru darjah satu itu. suasana riang dalam kebun getah tidak pernah dibuat orang tapi dibuat oleh kami, wakakaka. namun ada seketika umpan kami semua langsung tidak dijamah oleh ikan. membuat hati kecil ini rasa menjerit- jerit kerana umpan tidak mengena. sambil menunggu dan terus menunggu, timbul pula ibrah yang entah dari mana, sungguh tarbiah rabbaniah itu ada dimana-mana. sekiranya dengan memancing ikan ini tidak mampu untuk bersabar, apatah lagi untuk memancing mad'u-mad'u untuk membawa Islam yang sebenar kepada mereka. sekiranya umpan yang diletakan di mata kail itu hanya cacing yang tidak cukup makan, mana mungkin untuk mendapatkan hasil ikan yang besar. sama juga dengan situasi dalam dakwah dan tarbiah, untuk memikat hati adik-adik untuk bersama-sama dalam gerabak dakwah dan tarbiah, sekiranya diri dan penampilan kurang menarik, seakan-akan pontianak harum sundal malam, bagaimana ingin memastikan mereka lekat dalam gerabak yang penuh onak dan duri ini. wahhhh. sungguh hebat tarbiah rabbanimu ya Allah.
kuat pula terasa tarikan umpan, yeahhh..dapat lagi ikan. gembira hati, dan tidak lama kemudian puan mama pula memperolehi ikan haruan dan telah memenangi bagi kategori ikan terbesar dan terberat pada hari ini. wakaka. cuma adinda perempuanku sahaja tidak memperolehi apa-apa dan mencebik bibir sahaja sepanjang hari. hehehe.
...............................................................................................
sungguh sebelum ini belum menceburi dengan jayanya aktiviti menoreh getah ini. melihat kehebatan abah menoreh ini, walaupun sibuk melayan karenah para pelajarnya disekolah, namun pengalamannya sewaktu kecil dahulu membuatkan beliau tidak kekok menoreh pokok getah itu dengan slumber dan penuh yakin sekali. "abah, cuba bagi along try menjahanamkan pokok ini, berat lagi abah memberi pisau toreh itu kepadaku, maklumlah tidak pernah menceburi bidang ini, wakakaka. tapi not bad kata abah, ada bakat, lepas ni boleh lah menemaninya tatkala cuti semester nanti, wahh sungguh teruja sekali hari ini. namun angah ingin juga mencuba sungguh tiada bakat, habis batang pokok itu, sambil dekelilingi gelak ketawa mama dan adik. hehehe.
 |
| kredit |
sungguh hari pertama cuti hari raya aidiladha ini adalah paling bermakna sekali, mama paling ohsemm sekali kerana merancang program keluarga ini. walaupun badan tidak berapa sihat dan penat kerana menunggang motorsikal dari universiti ker rumah. hehe..sayangi keluarga. gunakan cuti sebaik mungkin, merehatkan minda dan bersama keluarga tercinta. (~_^)
No comments:
Post a Comment