Amaran keras kepada mereka yang mempunyai penyakit lelah, sakit jantung, sawan ayat-ayat cinta, mual, loya dan muntah akibat kejiwangan, anda dilarang sama sekali untuk membaca tulisan dibawah. pihak kami tidak bertanggungjawab diatas apa-apa kemungkinan yang akan berlaku...
Salam kasih buatmu..semoga sentiasa dalam limpah dan
rahmatnya. Semoga hari ni dan hari mendatang awak berada dalam kesihatan dan
sentiasa senyum dan ceria sentiasa. Maaf sekiranya warkah ini mengganggu
keceriaan mu. Sejujurnya saya tidak pandai berpuitis dan mencipta ayat-ayat
yang indah seperti tulisan-tulisan indah para sasterawan dan penulis lagu
romantic dan tangkap leleh tu. Teruk betul ayat mereka itu, huh seperti
menyanyikan kepada si mati yang tidak akan muncul ke dunia kembali. Sekiranya
orang yang berhajat untuk membunuh diri mendengarnya, huh tak payah fikir
banyak kali. Terus jer bunuh diri dek kerana mendengar bait-bait lagu yang
dikarang oleh mereka itu. Hehe. Haishh, cekap betul kalau bab-bab merepek nihh.
Tujuan tertulisnya warkah cinta alahai kononnya ini adalag
untuk berterus terang segala tujuan dan tindakan yang telah dilakukan, yang
telah membuatmu berduka dan bersedih hati. Jauh disudut hati adlah tidak bukan
kerana diri kecil ini amat menyayangi dirimu. Maaf sekiranya diri ini sering kali
membuat dirimu bersedih. Maaf juga kerana diri ini tidak mampu memberi dan
memenuhi setiap keinginan dan permintaanmu. Maaf juga kerana diri ini berbeza
seperti teman-temanmu sebelum ini. Maaf juga kerana diri ini amat tidak
memahami apa itu erti romantis serta cinta. Dan sesuatu yang sangat dan
mengharap awak maafkan adalah kerana tidak mampu membimbingmu dan mendidikmu
dengan sepenuhnya. Lemah diri kecil ini.
Diri ini terlalu banyak kekurangan dan sentiasa membuat
dirimu kurang selesa. Diharap dirimu mampu dan sudi memaafkan insane kerdil
ini. Usia muda ini bukan waktu yang digunakan untuk berseronok dan bersosial
sepenuhnya. Waktu muda ini bukanlah waktu untuk melupakan tugas-tugas yang
digariskan oleh rasul kita dan suruhan Allah. Tidak kita mengetahui bahawa mati
itu tidak mengenal usia, tidak kah kita pernah ,mendengar lagu nasyid masa
zaman kanak-kanak kita dulu.”marilah beramal tika usia muda”. Bukankah kita
sering membaca surah Al-Asr. Mungkin pernah juga kita mendalami maksudnya. Masa
kita yang singkat diatas dunia ini bukan
untuk bersuka ria. Tidak kah kita terasa ingin mencontohi para sahabat yang
sering bekerja keras berdakwah dan menyampaikan risalah Islam, hidup mereka
yang tidak pernah mengenal erti penat lelah. Hanya ingin bersenang lenang tika
disyurga nanti.
Dahulu kita selalu
terleka dengan cinta dunia, sering terlalai dengan larangan Allah, dosa sudah
bertimbun banyaknya, hanya mampu mengharap belas kasih dan ampunan dari pemilik
cinta senjati, Allah. Mungkin terlalu berjaya syaitan diwaktu itu melalaikan
kita dengan cinta dunia dan menghalalkan maksiat. Terlalu banyak titik hitam
didalam jiwa sehingga menggelapkan pandangan hati, tertunduk dengan
arahan-arahan nafsu yang dikawal oleh bisikan syaitan laknatullah ini.
Sekiranya ade masa nanti tadabburlah ayat ini, “Janganlah kamu mendekati perbuatan
zina…..” (al-Israk: 32). Malunya dengan Allah,
bukannya tidak tahu dengan amaran Allah ini, walhal sering diceritakan oleh
ustazah dan ustaz ketika sekolah dahulu. Tetapi keranan kelalaian dan hati yang
suci ini telah dicemari titisan noda, maka terlupa perihal amaran yang nyata
ini. terlupa akan pesan kekasih junjungan kita, akan perkara ini, aku akui niat
murni hati ini memang ingin mengambilmu menjadi pemaisuri hati ini, mungkin
waktu itu lambat lagi dan tidak sesuai untuk mendrikan baitul muslim ketika
kerana memikirkan pelajaran kita ini, tetapi hati mu tetap inginkan sebuah
percintaan sebelum nikah yang terang-terang dilarang oleh Allah dan Rasul,
sedangkan baginda telah menyatakan tiada ubat untuk penyakit in (rindu) selain
nikah-Imam Nawawi. Maaf tersangat-sangat sekiranya hati kecil ini amat
mencintai Allah dan Rasul melebihi cinta dan kasihnya kepada diri sendiri.
Bukan sengaja aku melebihkan cinta terhadap rasul dan Allah, tetapi untuk
mencapai kesempurnaan iman, hati kecil ini perlu dan harus mencapai cinta
kepada Allah dan rasul dan meletakannya ditempat yang tertinggi dalam hidup.
Bukankah satu hari nanti engkau berhasrat, insan kerdil ini menjadi suami dan
abi kepada anak-anakmu. Amat kelakarlah seorang ketua keluarga buta perihal
agama dan tidak jelas akan tujuan hidup, bagaimana ingin membentuk sebuah
baitul muslim sekiranya individu muslim itupun masih belum sempurna. Begitu
juga denganmu, teguran dan nasihat aku selama ini bukan kerana ingin
memperkecilkan mu ataupun menyakitkan hatimu, Cuma ingin menasihatimu, satu
hari nanti, anak-anakmu akan memanggilmu ibu, mampukah seorang ibu mendidik
anak-anaknya supaya menjadi baik sekiranya dirinya tidak?. Mampukah seorang
bapa menjadi contoh tauladan terbaik buat anaknya sekiranya dirinya sendiri
terumbang ambing dan leka terhadap perkara duniawi. Ingat pesan nabi, ibu
bapalah yang akan mewarnakan anak mereka…ibu bapalah yang akan menentukan
anak-anak mereka ini yahudi ataupun nasrani…pernah kita terfikir perihal itu.
Bagaimana anak-anak kita nanti, sekiranya diwaktu muda kita ini, kita
mensia-siakan serta leka perihal duniwi, tidak kah kita risau mereka akan
menjadi lebih teruk dari kita. Tidak kita takut akan perkara itu?. Tidak mustahil
bukan, pepatah melayu juga membicarakan, tidak tumpah kuah kalau bukan pada
nasi. Maka tidak turunnya perkara-perkara yang tersimpan pada ibu bapa itu
kepada anak-anaknya. Maaf sekiranya tulisan ini membuatmu terasa, niat hati ini
tidak lain tidak bukan kerana sayangnya diri ini kepadamu, seboleh-boleh aku
ingin menjauhimu dari siksa neraka Allah nanti. kita tidak mahu cinta sebelum
nikah ini mengakibatkan ibadah kita kepadaNya terganggu, hilang kekhusyukannya
disebabkan hal yang dianggap remeh dan seronok ini. setakat ini sahaja warkah
ini. ikhlas dari hati kecil ini buat dirimu. Salam.
p/s: terima diatas kesudian anda membaca sehingga habis, tahniah juga kerana tidak mempunyai alahan dan kepening lalat semasa membaca bendealah ini. sudi-sudi lah memberi komen balas, cacian serta makian dibawah er..salam..jazakallah..


jzkk atas perkongsian ^_^
ReplyDelete