Huhhh..penatnya..bosannya..macam tak ade something yang
menarik jer…ahh..giv up lah macam ni..asyik terlepas jer event-event yang lagi
osem dari bende nihh..kawan-kawan aku relax jer enjoy time weekend..syok giler
mamat ni main game..macam taka de ape-ape masalah jer dalam hidup dengan orang
sekeliling..uhhh..girlfriend??..boyfriend??..macam tak sempat jer..adoiii..nak
pulun study..aku busy nihh..mane sempat nak berada dalam perjalanan
nihhh..upssss..jalan ape nihh..ramai sangat yang tidak sanggup
nihh..macam-macam event duniawi terlepas nihh..tak cool macam kawan-kawan yang
lain..tak enjoy nikmat di usia-usia muda ni..
Ehh..muda lagi lah aku nak ikut ko dalam jalan-jalan yang ko
cakap osem nihh..aku nak enjoy dulu lahh..x best r bende yang ko buat nihh. Pernah
tak anda menghadapi situasi ini. Apabila mengajak rakan-rakan anda supaya
mereka berada didalam perjalanan yang sumpah panjang nihh. Pernah hati kecil
anta bergaduh memikirkan benda-benda macam ni. Pernah tak hati kecil anta
meronta-ronta apabila sudah berada dalam ikatan perjalan ini..ehh2..jalan ape
ni??
(sebelum teruskan membaca..senyum dan baca bismillah
dulu)..hehe..
Ok lah..yang sebenarnya hari ni saya nak bercerita tentang
perjalanan dakwah ni. Panjang sangat..entah bile lah nak habis. Ntah bile lah
nak habis agak-agaknya. Renungan buat semua juga, jom kita sama-sama berfikir
seketika. Pernah dengar cerita yang Nabi kita dan para sahabat mengeluh dalam
menyebarkan dakwah dan member fahaman dan membetulkan fikrah ummah dan manusia,
pernah tak mereka memikirkan seperti ape yang kita fikir dan pernah tak mereka
bosan dan give up melakukan tugas-tugas mulia ini. Semestinya kita tidak pernah
dengar bukan. Teguhnya hati-hati mereka semua. Tabahnya mereka menjalankan
tugas-tugas dakwah ini.
“maka bersabarlah engkau (Muhammad)sungguh, janji Allah itu
benar dan sekali-kali jangan sampai orang-orang yang tidak meyakini kebenaran
Al-Quran ini menggelisahkan engkau”.(Ar-Rum:60)
![]() |
| mohon laluan-iklan seketika..hehehehh |
Tapi kenapa kita pulak yang kena sambung tugas-tugas rasul
dan para sahabat ini. Biar jer lah ustaz2 yang bertauliah tu menyebarkan dan
memberikan fahaman serta membetulkan fikrah manusia sekeliling yang hanyut
lemas dalam jahiliah diluar sana. Jom berfikir lagi..haishh bosan betul r bace
blog ni..asyik kena berfikir jer..orang nak bace jer pon..bukan nak
berfikir..ishh.!!..aipp jangan lah marah..kejap jer nihh..hehe. Agak-agak lah
kan, kalau tugas-tugas dakwah ini terletak pada ustaz dan orang-orang alim,
berkembang tak Islam ni. Buat ape nak berdakwah, bukan ker dah ramai orang sekeliling kita sudah memeluk
Islam. Kalau tak percaya pergi lah tengok kad pengenalan sorang2. Bukan ker
dakwah ni untuk ajak orang bukan Islam masuk Islam jer ker. Uhhh..susah ni
macam mane nak cerita kepada mereka semua nihh..haishhh..
![]() |
| kanape ade strawberry lak dalam artikle nihh..x sihat betol lah penulis ni..ish2-iklan jer nihh..hehehhh.. |
Hummm. Er ker berdakwah ni untuk ajak orang masuk Islam jer.
Bukan ker kita ajak orang lain berbuat kebaikan dan kebajikan itu juga dikira
berdakwah. Bukan ker nabi pernah cakap dulu, sampaikan walaupun satu ayat..itu
pun dikira berdakwah lah kan. gulppp..er take r..uhhh..jahilnya aku ni,
langsung tidak faham perihal dakwah dan tarbiah ni. Soalan lagi nihh..hehe.
Agak-agak lah kan, penting ker tak er dakwah
dengan tarbiah ni??..ishh soalan lagi..urmphhhh..pentinglah agaknya..penting
kot..knape er kalau penting??..eiiiiiiii banyak nyer soal!!!..ehh sabar2..saje
jer nak tanye. Ok2 biar saya yang jawab er..hehe…mestilah penting sebab melalui
dakwah dan tarbiah inilah akan membetulkan fikrah dan pemikiran kita dan kawan
sekeliling kita nihh. Walaupun umat Islam sekarang sudah ramai. Tetapi hanya
seperti buih-buih dipantai, bukan saya
yang cakap nihh..Nabi kita yang cakap. Betulkan?? Ramai sangat ummat Islam
sekarang tapi hanya pada kuantiti sahaja. Tengoklah yang makan rasuah dan
berjudi, terkinja-kinja dekat night club tu pon orang Islam, yang sibuk
bermaksiat tu pon orang Islam, yang menjadi superman atas jalan tu pon orang
Islam. Ramaikan tetapi hanya seperti buih-buih dipantai. Banyak tapi sedikit
pon tidak berguna pada agama bangsa dan Negara..uhhh marah pula. Kata sahabat
Abu Tsufian, Kalau kita melihat ahli maksiat ni, mesti kan timbul satu perasaan
marah tetapi bila mengenang hari akhirat dan neraka, timbul rase kasihan yang
teramat sangat. Jumlah umat Islam pada masa kini diakui ramai, tetapi tidak
ramai yang mendalami serta memahami ape itu Islam, tidak memahami hukum-hukum
Islam, lalai dan terjerumus serta berseronok didalam kemaksiatan dan kejahilan.
Inilah tugas kita sebagai pendakwah yang telah memahami Islam, walaupun tidak
sehebat mane pon Islam dalam diri itu, tetapi kena juga berdakwah dan
memperbaiki diri menjadi lebih baik dan menjadi ummat Islam yang sebenar.……………………………termenung
pula..er tak er kan..terima kasih dengan semua-semua cerita abang nihh..banyak
dosa saya, kurangnya pemahaman saya tentang agama saya yang syumul ini.uhhh..abang
ker nihh..ketot jer..upssss..hehe..gurau aje..bila abang nak ajak saya berada
dalam jalan-jalan abang nihhh..Alhamdulillah, betulkan hidayah itu milik Allah.
“sungguh beruntung orang yang menyucikan jiwa itu,dan sungguh rugi orang yang
mengotorinya”.(asy-syams:9-10).
Nanti kalau abang ade buat halaqah, datanglah
err..meh sini no tepon..senang nak ajak pergi halaqah nanti..hehehe…hummmm..itu
baru permulaan, baru ajak ke arah kebaikan dan jalan-jalan memperteguh fikrah
dan keteguhan jiwa. Jalan dakwah ini sumpah panjang. Teguhkan hati kita semua
demi agama Allah ini dan bersabarlah.
“mohonlah pertolongan Allah dan
bersabarlah. Sesungguhnya bumi ini milik Allah; diwariskanNya kepada sesiapa
yang Dia kehendaki di antara hanba-hambaNya. Dan kesudahan yang baik adalah
bagi orang-orang yang bertakwa.”(Al-Araf:128)



No comments:
Post a Comment