Assalamualaikum..(>.<)..antum semua mesti pernah bace
article perihal study itu pertama tetapi dakwah bukan di tempat yang kedua. Apekah
yang antum faham dengan statement yang tidak berapa nak menarik
nihh..hehehh..cuba termenung di hujung bilik antum dan fikirkan seketika err. Tetttt..mase
da tamat. Sudah-sudah lah berfikirnya. Bukan dapat jawapan pon kan.
Selalu kite dengar orang cakap study atau menuntut ilmu
adalah ibadah. Ana pon tidak menafikan ia. Memang betul study itu adalah
diantara jalan-jalan yang ditebarkan Allah kepada hamba-hambanya untuk beribadah kepadaNya. Ohh
incik semanis kurma, ape yang enta nak tulis..arghhhh!! ana da x faham
nihh..sabar2.buat bertenang er akhi. Ha ana ade soalan. Study dengan dakwah
mane lagi penting?..gulppp..mane satu err..dua2 nampak penting.
Ohh lambat betul antum2 semua memberikan jawapan. Baiklah dipendekan
cerita, Allah telah mengajarkan kepada kita tujuan-tujuan hidup kita yang
sebenar dalam Al-Quran. Kalau antum semua rajin buka lah Al-Quran. Tadabbur sekali.
Cuba lihat dalam ayat (Al-Baqarah:30) dan juga (Az-Zariyat:56). Allah dah
highlight kepada kita dalam Al-Quran apekah tugas kita serta tujuan hidup kita.
Itulah..orang ajak tadabbur Al-Quran sibuk buat bende lain. Seronok sangat main
game tu. Lepas ni makan jer laptop tu. Telan jer hero-hero dota yang kononnya
hebat tuhh..haishhh..opss marah pula..kalau marah jom tengok ayat
(Al-Imran:134)..pehh hebatnya Al-Quran ni..lengkap betul..semua ade. Jadi kepada
antum serta diri sendiri juga, jangan malas tadabbur Al-Quran. Rugi sekadar
baca sahaja, lagi rugi kalau x tengok langsung. Membiarkan ayat-ayat Al-Quran
itu nampak murah dan tidak berharga. Rujuk ayat (Al-Baqarah:41). Wahh hebatnya.
Semua ade dalam Al-Quran nihhh…(^_^)
Ehhh..incik manis kurma oitttt..anta sudah jauh dari
matlamat asal nihh..da jauh dari topic asal nihh. Er tak er. minta maaf semua. Dah
tau kan ape tujuan hidup kita. Dah tengok kan tafsiran ayat (2:30) dengan (51:56)
kan. Kalau setakat mengejar study untuk dinilai oleh Allah sebagai ibadat
sahaja. Maka tidak lengkap lah tujuan-tujuan hidup kita seperti yang di list
Allah dalam Al-QuranNya.
Dipermudah dan dipendekan cerita, study ini adalah manhaj
untuk kita berdakwah. Dalam bahasa melayu kuno nya adalah study itu adalah alat
untuk kita menyebarkan dakwah. Take note bende nihh. Hal ini kerana orang
selalu menganggap dakwah ini adalah kerja sampingan dan hanya perlu dilakukan
ketika waktu lapang sahaja serta mengasingkan dakwah dengan kehidupan seharian.
Orang yang berfikiran sebegini kita kena cepat-cepat sedarkan mereka dengan
mengetuk kepala mereka ataupun dengan cara menyekeh sahaja. Ohh tidak, ape lah
incik ini !, jangan lakukan aksi ini dibilik. Makin ramailah orang jauhi
kerja-kerja dakwah ni nanti..hehehe..sekiranya ade rakan-rakan anda ataupun
mutarobbi anda sendiri yang berkata sedemikian, maka itu adalah tugas anda dan
tanggungjawab anda untuk menegur dan memperbetulkan pemikiran mereka dalam
kerja-kerja dakwah ini.
Kenapa kita cakap study itu alat dakwah err??..penting
sebenarnya study buat kita para duat atau mengerjakan dakwah disamping bergelar
sebagai siswa mahupun pelajar institusi pengajian. Study kita memang wajib
gempak lah kan. kenapa kena gempak??..sebab kita x mahu study kita yang entah
ape-ape itu menjadi fitnah kepada kerja-kerja dakwah kita..cth
situasi..P/S : tengok r mamat poyo alim tu..kantoi kot exam die..mesti sebab ikut
program dakwah lah tue. upsss..er x er kan..nampak tak bagaimana study kita boleh menjadi fitnah
kepada dakwah. Kita hendaklah berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan result
yang cemerlang. usaha yang wajib diiringi dengan doa. Ingat janji Allah, kepada sesiapa yang menolong agama Allah,....Allah pasti akan menolong orang yang menolong agamaNya,Sesungguhnya Allah lagi Maha Perkasa...(Al-Hajj:40)..Iaitu orang-orang yang Kami beri kedudukan dibumi, mereka melaksanakan solat, menunaikan zakat, dan menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan kepada Allah lah kembali segala urusan..(Al-Hajj : 41). Jangan jadikan gerak kerja dakwah sebagai alasan untuk tidak
mengulangkaji pelajaran. Ingatlah agama kita sedang menanti pejuang-pejuang
muda seperti kita. Menanti para pendakwah muda yang mempunyai banyak kelebihan
dan ilmu pengetahuan. Pendakwah yang gempak intelektual dan kerohaniannya. Ayuh
bangkitlah kita semua demi agama yang tercinta kita ini, ISLAM. Tiada yang lagi
utama melainkan ALLAH, RASUL dan JIHAD. tips..ilmu yang antum ade itu boleh lah share kepada mad'u dan mutarobbi antum..melalui ilmu yang antum kongsi dengan dorang. insyaAllah dorg akan lagi dekat antum. insyaAllah dakwah akan berkembang dengan izinNya.
No comments:
Post a Comment