Wednesday, 21 March 2012

Mengejar hikmah dalam sesuatu




Haishh sedih betul hati. Macam-macam perkara yang terjadi. Tapi semua bukan atas kehendak diri. Keluh sang hati kecil ini. Mudah betul kecewa dengan perkara-perkara yang kecil dan tidak membawa faedah kepada diri sendiri. Kadang kala sehingga terbatas perlakuan mengerjakan ibadat kepada sang penguasa Alam. Allah azawajallla. Astaghfirullahalzim. Wahai hati kecilku jangan lah engkau merintih dan merungut dengan perkara yang sia-sia. Sabar menghadapi ujian-ujian Allah itu. Rugi kalau bersedih memikirkan perkara sia-sia itu. 
Alangkah lebih baik dan besar pahala disisi Allah sekiranya hati ini digunakan 
merintih akan dosa-dosa silam yang menghantui diri dan mengelamkan jiwa serta menodai hati suci ini. Titisan noda yang menghitamkan hati inilah yang sering mengganggu focus jiwa kita terhadap Dia. Noda-noda ini jugalah yang sering menghanyutkan serta melemaskan dalam memikirkan perkara-perkara lara dan melalaikan tuntutan rohani kita ini. Lapar rohaniah kita ini kalau x diberi makanan jiwa yang secukupnya. Wahai hatiku, insaflah setiap perkara sia-sia yang menhantui hidupmu. Bertaubatlah dan memohan ampunan daripadaNya. Supaya perkara-perkara jahiliah lampau tidak menghantui diri. Menyesalah kerana perlakuan yang terdahulu. Simpan kemas-kemas setiap hidayah yang diberikan Allah kepada kita. Perkara terdahulu mengajar kita menjadi lebih dewasa dan berfikiran matang. Menajamkan lagi pemikiran dalam memilih sesuatu yang baik serta buruk. Yang buruk campak jer dalam laut. Yang baik kita simpan elok2..hehehhh. Allah telah sediakan hikmah dalam setiap kejadian yang menimpa diri kita ini. Tinggal diri kita sahaja yang ingin mencari hikmah tersebut. Setiap yang yang berlaku ade hikmahnya. Wahai hati kuatlah dikau meniti hari-hari yang mendatang. Allah sentiasa mengiringi usaha mu..

No comments:

Post a Comment