Dugaan yang hadir didalam diri mengajar diri supaya kita
dapat mengenal diri kita yang sebenar. Ujian itu diturunkan oleh Allah kepada
hambanya kerana sayangnya Dia kepada setiap hamba-hambanya. Tidak usahlah dikau bersedih
kerana ada hikmah disebalik sesuatu yang berlaku. Cacian dan fitnah dalam
perjuangan pasti akan ada. Sedih dan luka pasti terselit didalam sebuah
perjalanan yang dinamakan perjuangan. Ambik yang jernih disebalik kata-kata
mereka. Tidak guna marah dan membalas kata cacian mereka itu, cari hikmah dari
kata-kata mereka mungkin dapat membaiki diri kita menjadi seseorang yang lebih
baik. insyaAllah. bersabarlah kita dengan setiap ujian yang hadir dalam kehidupan. Allah sentiasa ada bersama hamba-hambanya yang sabar.
Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada
Allah ) dengan sabar dan solat. Sungguh Allah beserta orang-orang yang sabar.
(2:153)
Segenggam Tabah
Segenggam Tabah
Bertali
arus dugaan tiba
Menakung sebak
air mata
Namun
tidak pernah pun setitis
Gugur berderai
di pipi
Suratan nasib
yang melanda
Menongkah badai
bergelora
Diredah bersendirian
Bagai camar
pulang senja
Patah sayapnya
tetap terbang jua
Sekadar secicip
rezeki
Buat yang
sedang rindu menanti
Segenggam tabah
dipertahankan
Buat bekalan
di perjalan
Kau bebat
luka yang berdarah
Kau balut
hati yang calar
Telah tertulis
suratan nasibmu
Derita buatmu
ada hikmahnya
Terlukis senyum
di bibir lesu
Tak siapa
tahu hatimu
Biarpun keruh
air dihulu
Mungkinkah
jernih di muara
Biarpun jenuh
hidup dipalu
Pasti bertemu
tenangnya
In-Team~segenggam tabah

No comments:
Post a Comment