Hehehe..terasa nak berubah..Alhamdulillah..baguslah tu..nak
berubah itu mudah tetapi untuk sentiasa beristiqamah dalam sebuah perubahan itu yang susah. Jadi solution
untuk mengistiqamah sebuah perubahan itu adalah dengan bermujahadah. Berujahadah bermaksud
bersungguh-sungguh. Sentiasa bertawakal dan berdoa kepada Allah. Moga-moga
dipermudahkan melakukan perubahan tersebut. Memang susah kalau nak istiqamah
ni. Mana tidaknya. Syaitan da siap melatih diri kita supaya terbiasa dengan
perkara jahiliah yang telah menjadi tabiat kita sepanjang hidup kita sebelum
kita nak melakukan perubahan ini. Dianalogikan seperti puasa dalam bulan
ramadhan misalannya. Niat dan azam ingin meninggalkan semua jahiliah yang
tersimpan dalam diri. Syaitan pun da kena ikat. Senang lah nak melakukan
perubahan didalam diri. Ohh tidak semudah itu. Syaitan da bersedia lapan bulan
untuk menggalkan misi anda. Makhluk ini telah siap sedia melatih diri anda
melakukan dan terbiasa dengan tabiat jahiliah sebelum tibanya Ramadhan. Hal demikian
itulah masih ada sifat-sifat dan tabiat jahiliah dalam diri walaupun sudah
berada dalam bulan puasa. Jadi bermujahadahlah. Sentiasa beristighfar sekiranya
terdengar bisikan makhluk yang tidak hensem ini. Dalam kitaran hidup seharian
sebelum terdetik melakukan perubahan ini pon syaitan da biasakan kita dengan
modul-modul jahiliah yang dirancang olehnya. Jadi sentiasa lah kita memikirkan
jalan-jalan supaya modul-modul yang tidak berapa nak menarik atau osem
gagal.hehehhh. Jom ubah aktiviti harian kita supaya tidak terikut dengan
perancangan makhluk yang tidak hensem giler ni. Jauhkan diri dengan tabiat jahiliah
kita dulu. Say gud bye jahiliah. Lets move to truly n real Islam in our
life.hehehh... Islam itu mudah. Syaitan yang sentiasa membisikan supaya agama
Islam yang syumul itu nampak susah dan tidak menarik dalam kehidupan kita
sehingga tiada nilai keIslaman dalam diri. Sehingga tercampak lah kita jauh
dari landasan yang ditetapkan oleh Allah dalam perlakuan dan peradaban seorang
Islam dalam diri kita sebagai seorang hamba. Oppss jauh sudah melencong..
![]() |
| ambik sorang satu bunga ni pastu main jauh-jauh tau..sebar kat semua yang Islam ni indah..seriously..hehehh.. |
Kalau terasa diri itu
kosong, cepat-cepatlah cari teman yang mampu memenuhkan dengan nilai keIslaman.
Sekeh jer kepala kawan-kawan yang ajak berseronok dalam perkara jahiliah ni. Tatkala
terasa keseorangan bacalah Al-Quran, sesungguhnya Al-Quran itu teman kita yang
sebaiknya sehingga dikubur nanti, dialah yang akan menemani serta menerangi
kita. Kawan-kawan yang ajak kearah jahiliah tu x deknya nak teman kita bila
dalam kubur nanti. bala bencana adelah. Jika terasa jeles melihat teman-teman anda berseronok dengan aktiviti
jahiliah. Cepat-cepatlah berpaling serta terbitkan istighfar dari bibir dan
hati anda. Sesungguhnya apabila berpaling diri kita dari melihat maksiat dan
melakukan jahiliah. Allah akan selitkan sebuah kemanisan iman didalam hati
kita. Berusaha dan bermujahadah dalam melakukan kebaikan dan berpaling dari
jahiliah. Memang sukar kerana aku juga pernah mengalaminya seperti itu. Semakin
kuat anda berusaha dan bermujahadah semakin banyak kemanisan yang kita akan
kecapi. insyaAllah..(^_^)..Islam itu indah..seriouslyyyy…

No comments:
Post a Comment