Sejauh mana kita memahami agama kita yang indah dan syumul
ni er??..sesetengah orang hanya memahami agama kita ini cukup sekadar mengucap
dua kalimah syahadah, solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan , menunaikan haji.
Uhh sudah sempurnalah jawabnya agama yang kita anuti nihh..sempurna dah
rasenya. Er ker sempurna?? Cuba tanya diri kita. Tepuk-tepuk sikit dada tu, try
tanya iman kita, betul ker sekadar itu sahaja Islam dalam diri kita. Salami jiwa
kita ni dalam sikit, Islam ini sekadar agama sahaja yang merangkumi ibadah
sahaja ataupun gaya hidup sepanjang waktu??...
Uhh..yang mana satu er, saya rase macam agama jer..ehh macam
gaya hidup jer..ehh macam dua2 jer..asal ko cakap dua-dua plak..arghh...tension..tak
faham nihh..alahai..kenapa er kita tak memahami agama yang kita pegang ni
agak-agaknya er..haishhh..lemah betul lah aku dengan mamat yang banyak soal
nihh..ade aku cekik-cekik die ni jap lagi. Hehehe..jangan lah marah pakcik,
dengan soalan-soalan yang macam ni mungkin akan buat pakcik lebih memahami
dengan lebih mendalam. Kita dari kecil telah terbiasa dan dibiasakan dengan
agama Islam yang tercinta ini, malangnya kita tidak memahami ape itu Islam yang
sebenarnya. Apabila merenung sejenak, kita telah dipisahkan dengan agama dan
cara hidup kita yang beragama. Kita hanya memahami agama kita itu cukup dengan
solat dan ibadah-ibadah rukun yang lain, even ibu bapa kita sering mengingatkan
kita, buat lah apa-apa pun er nak, asalkan solat jangan tinggal. Uhhh..betul x
situasi dan keadaan sekeliling sekarang. Itu pun dah kira bagus,
sekurang-kurangnya masih ibu bapa teringat untuk berpesan perihal solat,
sedangkan pada zaman serba canggih ini, ada segelintir ibu bapa yang terlebih
canggih dalam agamanya, hanya solat pada hari jumaat sahaja, hari raya, uhh
sedih, beragama Islam pada hari raya sahaja. Kalau sudah begitu ibu bapanya,
bagaimana pula anak-anak beliau ini.
Islam ini bukanlah agama yang hanya ada pada nama, Islam ini
diturunkan Allah kepada khalifah-khalifah di bumi ini tidak lain hanya untuk
memakmurkan bumi Allah ini. Khalifah-khalifah yang bagaimanakah yang akan
memakmurkan bumi ini. Hanya khalifah-khalifah yang benar-benar memahami Islam. Siapakah
gerangan khalifah-khalifah ini??. Kita semua ini lah khalifah-khalifah yang
dimaksudkan Allah dalam Al-Quran,
“Dialah yang menjadikan kamu sebagai khalifah-khalifah di
bumi. Barangsiapa kafir, maka (akibat) kekafirannya akan menimpa dirinya
sendiri. Dan kekafiran oranng-orang kafir itu hanya akan menambah kemurkaan
Allah disisi Tuhan mereka. Dan kekafiran orang-orang yang kafir itu hanya akan
menambah kerugian mereka belaka”. (35:39)
Kata ibnu khaldun, khalifah ini antara cirri-cirinya adalah
menegakan kalimah Allah diatas muka bumi ini, memakmurkan alam, menyebarkan
risalah-risalah agama. Cukup ketiga-tiga ciri ini maka barulah sempurna kita
sebagai khalifah diatas muka bumi Allah ini. Adakah diri kerdil ini sudah
melengkapi ketiga-tiga aspek sebagai khalifah ini??
“Kamulah adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk
memimpin umat manusia: iaitu kamu menyuruh berbuat kebaikan dan kamu menegah
dari kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah”.(3:110)
Mengapakah agama Islam itu adalah agama yang marangkumi cara
dan gaya hidup. Jawapan yang simple, Islam itu adalah satu agama yang teramat-amat
syumul,lengkap dan Indah. Tiada agama lain yang mampu menandingi kesyumulan
Islam ini, teramat rugilah kepada kita yang tidak berpegang teguh terhadap
agama Allah ini, dan teramat rugi juga kepada mereka yang tidak mengamalkan
Islam dalam kehidupan seharian.
“Dan barang siapa mencari agama selain dari Islam maka
usahanya itu tidak sesekali akan diterima” (3:85)
Nantikan sambungan ..(er ker Islam sahaja yang menjadi
pegangan hidup kita nihh??)..


No comments:
Post a Comment