Panglima Islam yang digelar Pedang Allah yang amat disegani
ini seorang panglima yang telah didoakan oleh Nabi Muhammad SAW supaya
memenangi setiap peperangan yang disertainya. Walaupun tubuh badan nya tiada
seinci pun tempat yang tiada luka tetapi hanya menemui ajal nya dikatil. Namun
bukan kisah ini yang ingin diceritakan. Sebuah peristiwa kecil ini dalam
peperangan ini adalah pemelukan Islam oleh panglima lawan yang bernama Panglima
Gergorious iaitu Panglima yang terkuat dan terhandal semasa berlawan dengan
Panglima Khalid al-Walid. Hadirnya hidayah Allah dalam hati beliau tatkala
hatinya penuh dendam yang tidak terhingga kepada ummat Islam. Tertariknya beliau
terhadap Islam kerana indahnya akhlak tentera Islam kerana diwaktu siangnya
mereka berpuasa walaupun diwaktu perperangan dan diwaktu malam pula khusyuk
beribadah kepada Allah. Walaupun baru sebagai seorang Islam hatinya sudah tegar
ingin berjihad kejalan Allah. Baru sahaja memeluk agama Islam sebentar tadi
walhal sebentar tadi juga beliau adalah seorang kafir yang benar-benar
menentang Islam. Pelbagai cara digunakan pihak lawan Islam supaya Panglima
Gergorious ini kembali kepada kafir. Tetapi disebabkan keimanan dan
keislamannya sudah tegar didalam dirinya. Alhamdulillah beliau mendapat syahid
pada peperangan keesokan harinya dan dikuburkan sama seperti para syahidin
Islam.
“Kami hidup bersama Rasulullah SAW dan kami melihat
tanda-tanda kenabian serta mukjizatnya. Kami benar- benar melihat dan
mendengarnya, lalu kami memeluk Islam dengan mudah. Tetapi kamu tidak pernah
melihat dan mendengarnya, kira kamu lebih beriman dangan apa yang tidak
kelihatan, maka ganjaranmu adlah lebih besar sekiranya kamu beriman kepada
Allah dengan jiwamu,” –Khalid al-Walid
Pengajaran peristiwa yang ingin disampaikan kepada diri
penulis dan pembaca adalah hidayah itu milik Allah. Setiap hidayah yang hadir
dalam diri kita itu hendak kita sentiasa menyayanginya. Kerana hidayah itu akan
pergi dari diri kita disaat kita leka dan meminggirkannya. Sentiasa berdoalah
kita supaya sentiasa dikurniakan hidayah kepada kita. Selain dari itu juga
peristiwa ini juga dilihat betapa tinggi kecintaan Panglima Gergorious terhadap
Islam walaupun hanya sedetik memeluk Islam.
Tidak kah kita ingin mengambil pengajaran dari peristiwa kecil dalam
peperangan Yarmuk ini?. Perbaiki diri kita supaya menjadi lebih baik dari hari
ini. Tidak malukah kita dengan saudara baru kita yang baru menerima hidayah
Islam kepadanya tetapi tersangat jauh kebaikannya dari diri kita…bangunlah kita…berdakwah
dan melakukan sesuatu demi menegakan kalimah Allah juga dikira jihad bukan? Peliharalah
hidayah dan teruskan berjuang kejalan Allah…

No comments:
Post a Comment