Thursday, 2 February 2012

Ini cerita semut….(tapi bukan cerita pasal rajin macam semut)



Alkisahnya bermula pada zaman Nabi Sulaiman as dimana Nabi Sulaiman bersembang dengan sang semut ini. Maka direkodlah perbualan mereka itu.

Nabi Sulaiman : agak-agaklah kan berapa banyak makanan yang diperlukan oleh kamu seekor semut untuk tempoh setahun ?
Semut : saya hanya memerlukan makanan hanya sebutir buah gandum sahaja Nabi Sulaiman.

Maka Nabi Sulaiman meletakan semut itu kedalam botol bersama gula yang disama besarkan dengan sebutir buah gandum untuk makanan sang semut itu dalam tempoh satu tahun. Setelah setahun berlalu, Nabi Sulaiman membuka kembali botol tersebut, namun baginda mendapati gula yang dimakan oleh semut itu hanya separuh sahaja. Maka bertanyalah Nabi Sulaiman kepada sang semut itu.

Nabi Sulaiman : eh kamu si semut, mengapakah kamu hanya menghabiskan separuh sahaja gula ini? Bukankah kamu memerlukan makanan sebanyak sebutir buah gandum untuk makanan kamu selama setahun.
Semut : wahai Nabi Sulaiman, sekiranya saya berada diluar botol, memang sebanyak sebutir gandumlah keperluan makananku untuk setahun itu. Ini kerana rezeki Allah yang dikurniakan kepada dijamin sepenuhnya oleh-Nya. Maka saya tidak perlu untuk risau untuk keperluan makanan itu. Tetapi apabila apabila dikurung oleh tuan kedalam botol itu, maka saya terpaksalah mengambil langkah berjaga-jaga. Aduhai manalah tau tuan terlupa untuk melepaskan saya selepas satu tahun. Jadi saya terpaksalah berjimat dan hanya makan separuh sahaja daripada keperluan makanan harian saya supaya masih ada lagi baki makanan untuk saya dan boleh digunakan untuk setahun akan datang pula.

Pengajaran kisah : semut ini hanya bergantung kepada Allah dalam kehidupannya. Sesungguhnya dia hanya bertawakal dan berikhtiar dalam kehidupannya. Dia tidak meyakini orang lain selain Allah. Diperlihatkan didalam cerita tersebut, sang semut tidak percaya kepada manusia dan hanya percaya kepada Allah sahaja. Allah sahajalah yang memberi rezeki kepada kita. Maka tidak perlulah kita bergantung kepada orang lain untuk menjaga dan menjamin  kehidupan kita. Sentiasa bertawakal dan berikhtiar kepada Allah. insyaAllah rezeki Allah kepada hamba-hambanya ade dimana-mana sahaja.

No comments:

Post a Comment