Wednesday, 15 February 2012

Besnya kehidupan ini..hehehe..(^_^)



Indah sungguh sebuah kehidupan yang sentiasa di isi dengan aktiviti yang sangat2 kita sukai..kalau yang perempuannya memang amat menyukai menonton cerita drama korea ni..dushhh..yang lelaki pula memang bz lah dengan game ni..24 jam dengan game..kalau student pulak..memang 24 jam dengn buku study jer sampai lebam…lpas study..study dan terus study..jangan lupa er buat perkara yang wajib..haishhh..macam ade sesuatu yang x kena jer kan dalam hidup ni..ape ek??



Jom teruskan membaca, ada something yang menarik sebenarnya nak dicerita. Anda nilai sendiri btol ataupun tidak ape yang diceritakan ini..memang btol sebagai student benda yang paling penting adalah study..betol x??.Kan nabi pernah cakap tuntut lah ilmu biar sampai ke negeri cina dan belajar bermula dari buaiyan hingga ke liang lahad. Maksudnya belajar itu adalah sesuatu yang wajib lah bagi ummat Islam. kalau yang sibok sangat dengan sukan…x habis2 dengan training. Maklumlah insan yang kuat kan lagi disayangi Allah dari insane yang lemah. Maksudnya insan yang sihat serta kuat ini boleh beribadat lebih sempurna daripada oaring yang kurang sihat. Itupon kalau orang sihat tu pandai mensyukuri nikmat lah kan..kalau reality sebagai anak. Memang wajib lah dengan mentaati kedua ibu bapa. Kalau yang berniaga pulak. Terlalu sibuk dengan barang dagangan. Maklumlah berniaga ni kan 9 pintu rezeki. Sunnah nabi pulak tu.. haishh..kena niaga. Berniaga ni sunat. Banyak boleh dapat pahala ni. Betol x semua2 ni memang berkaitan dengn kehidupan kita??

Teruskan lagi..
Kita kan sudah tau tujuan hidup kita. Sudah diceritakan oleh penulis dalam blog2 ini sebelum article ini..tgk2 lah semula article yang sebelum ini. Diringkaskan, keutamaan hidup adalah Allah, Rasul dan Jihad. Tiga benda inilah aset dan sesuatu yang amat penting dan utama dalam kehidupan seorang insan dan makhluk yang digelar manusia. Aktiviti dan sesuatu yang kita minati itu mungkin juga sebuah ibadah jika diniatkan kerana Allah. Belajar,berniaga,bersukan, riadah dan tenangkan jiwa dengan mengisi masa lapang dengan sesuatu yang berfaedah itu juga boleh digelar ibadah. Hmmm..dah sempurna dah rasenya hidup ni..sume bende aku da buat. Er kerr dah sempurna???
Jom kita same2 rujuk ayat Al-Quran dalam surah At-Taubah ayat 24.

Katakanlah, “JIka bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuatirkan kerugiannya, dann rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai dari Allah dan Rasulnya serta berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik. (9:24)

Jom taddabbur sekejap..teruskan membaca err
Sesuatu yang penting dalam kehidupan kita adalah Allah, Rasul dan Jihad, maksudnya perlakuan aktiviti tarbiah dalam kehidupan itu teramatlah penting. Sekiranya aktiviti yang kita sukai itu masih dianggap penting..maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya.

Kepada siapa Allah nak bagi keputusan itu??
Kepada sesiapa yang tidak meletakkan tarbiah sebagai sesuatu yang penting..maksudnya orang yang menyertai atau sudah berada dalam sebuah institusi usrah tetapi tidak mengajak orang sekelilingnya menyertainya juga. Setidak-tidaknya mengajak mereka atau menyampai sesuatu kearah kebaikan. Berserahlah kepada Allah sesudah berusaha. Dan sebagai manusia yang belum menyertai dan masih mencari. Cepat2 lah timbul kesedaran diri. Hal ini kerana hidayah itu sesuatu yang diberi kepada orang yang mencari. Jangan bermimpilah akan perolehnya hidayah itu sekiranya anda berada didalam selimut sahaja. Jangan malu sekiranya ingin mencari dan mengutip ilmu-ilmu Allah. Semakin banyak anda tahu haishh semakin banyaklah yang anda tidak tahu. Dan semakin anda mengingin sesuatu ilmu Allah itu. Semakin hebat juga makhluk yang bertanduk ini menghasut anda. Kalau tidak percaya rujuklah ayat Al-Imran ayat 14.

Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuam-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, hewan ternak dan sawah lading. Itulah kesenangan dunia, dan disisi Allah lah tempat kembali yang baik. (3:14)

Syaitan akan sentiasa membisikan perkara-perkara ini kepada kita, makhluk durjana ini akan sentisa memesongkan pemikiran kita kesesuatu yang amat kita sukai daripada melakukan kerja ke jalan Allah SWT. Pendek katanya walaupun sudah panjang menulis ini, sertailah usrah dan rapatkan diri dengan orang yang baik. Tidak ruginya. Anda malu??..saya pun pernah merasainya juga suatu msa yang dahulu..jom berubah. Orang baik akan sentiasa membantu, dan mengajak kita kearah kebaikan. Sekiranya orang yang dianggap baik oleh anda itu merendah-rendahkan anda. Maka tinggalkan dia. Berbahagialah dia dengan keriakannya itu. Tergolonglah dia dalam golongan orang-orang yang rugi..sampaikan lah walau sepotong ayat, insyaAllah..(~_^)

No comments:

Post a Comment