
Bersyukur kehadrat Illahi kerana masih dikurniakan dua buah nikmat yang tidak ternilai harganya iaitu Iman dan Islam. Tersenyum dan bersedih sendirian mengenangkan perkara-perkara silam yang menjadi lipatan kenangan. Ohhh..bertapa jahilnya aku dahulu. Dibesarkan dalam sebuah keluarga yang sempurna. Alhamdulillah didikan dan dorongan ibu bapa sehingga berjaya menjadi seorang muslim..ohh..teruknya dahulu..macam-macam perkara yang dilakukan demi memuaskan hati remaja yang meningkat usia dibangku persekolahan. Dikurniakan keputusan yang cemerlang dalam pepriksaan yang melayakkan diri ke sekolah berasrama penuh dan jauh dari kongkongan keluarga adalah sesuatu yang amat menyeronokan sekali. Berdikari dalam kawasan metropolitan Kuala Lumpur dan jantung pentadbiran Negara, Putrajaya. Amat menyeronokan, pelbagai perkara ingin tahu dan dicuba dan lalai mendidik diri menjadi remaja muslim yang sebenarnya..dahulunya di sekolah ada r jugak diwajibkan usrah pada setiap hari jumaat. Hehe…pergi kerana terpaksa..kalau x pergi nanti panjang pula ceritanya. Pergi hanya sekadar pergi. Tiada satu pun yang melekat di hati sama juga apabila menghadiri program motivasi, keinsafan yang tidak sampai separuh hari meresap dan melekat didalam jiwa. Tersenyum aku sendirian mengenangkannya semula…
Turning point bermulanya kehidupan aku apabila tercampak di
matrikulasi. Dihadirkan roommate yang same kepala..perangai gila2
masing-mansing tidak pernah dilupakan sehingga sekarang. Malah merinduinya
pula. Tempat yang mengajar erti hidup seorang Muslim. Syukur kehadrat Illahi
masih menyayangi insan yang bernama aku ini. Masih dibukakan pintu hati untuk member
hidayahnya. Hidayah ini diberikan kepada mereka yang mencari. Terngiang kata-kata
ustaz disekolah dahulu. Walaupun kami semua mempunyai perangai yang gila2
tetapi kami adalah para pencari…pencari kebenaran mungkin.. hati yang telah
kering ini merindui sesuatu yang dapat membasahkan jiwa. Lidah yang tidak
dibasahkan dengan zikir ini terasa rindu pula memuji kebesaranNya. Alhamdulillah
kami dihadirakan seorang murabbi dari UIA ke bilik kami. Beliau ini mungkin
perantara Allah dengan kami untuk memberikan hidayah kepada kami. Tersentuh dengan
setiap kata-kata. Terasa hina diri dengan dosa-dosa yang lalu. Bersyukur juga
kami kerana mempunyai murobbi yang kuat hati dan tabah melayan karenah kami
semua. Maklumlah kami ini semua orang yang hati kering. Rugby player, sportman
lah kirenya kami semua ni dulu. Solat sudah semestinya dilakukan. Tapi hanya
sekadar solat dan perkara wajib ajelah. Tetapi hati merepek juga. Perbuatan lagi
r..selagi rase macam betul jer yang kami buat. So kami buat. Betul kata orang
tua. Sedangkan batu boleh belekuk dek air, apetah lagi hati.. semangat beliau
memanggil hati-hati kami sentiasa gembira berada dalam sebuah bulatan. Yang dinamakan
usrah iaitu sebuah keluarga berdasarkan persaudaraan iman. Semakin hebat kita
untuk berubah semakin hebat juga Syaitan ini mengganggu. Perasaan malas selalu
menjelma. Amat hebat kadangkala untuk bermujahadah ke jalan dakwah.
Haha..kelakar pula kadangkala melarikan diri dari menghadiri
usrah. Macam-macam alasan diberikan kepada muraobbi. Hehe..kesian beliau..hehe…tapi
x pernah mengenal erti putus asa. Paling diingatkan menghadiahkan kepada kami
seorang satu Al-Quran. Nampak benar beliau bersungguh-sungguh ingin melihat
perubahan dan istiqamah dalam jiwa2 kami demi melakukan pekerjaan dakwah. Rakan-rakan
lain x percaya kami lakukan perkara seperti ini. Maklumlah semua set2 muka
penjenayah katanya. Hepy go lucky. X pernah serius..hehe..tetapi dalam diam
menyuburkan diri dengan ayat-ayat zikrullah dan al-Quran. Sape nak percaya. Tidak
mengapa. Siapa kami dahulu, itulah kenangan dan pengajaran buat diri kami
semua. Jahiliahnya kami dulu adalah sebuah pengalaman pahit dalam lipatan
memori dizaman dahulu. Bertaubat nasuha untuk membuka sebuah lembaran baru.
Allah sentiasa membuka pintu-pintu taubat buat hamba-hambanya. Tidak susah
untuk berubah sekiranya hati kita sentiasa terbuka untuk melakukan perubahan. Didik
jiwa untuk sentiasa bermujahadah meninggal perkara yang melalaikan dan
menyeronokan. Jadilah seperti Umar Al-Khatab, hati sekeras batu, cair dengan
bacaan Al-Quran oleh adiknya. Berubah beliau menjadi sahabat yang mencintai
Islam dan ingin berbakti kepada Islam. Meninggalkan segala jahiliah demi
keredhaan Allah. Tidakkah ingin menjadi seperti beliau??..lakukan perubahan
sekarang. Tidak perlu bertangguh. Bertangguh bermakna anda telah melenyapkan
potensi anda pada waktu ini. Berjalan kita diatas bumi ini sebagai insan yang
zuhud dan rendah diri, tanamkan sifat qanaah iaitu kecukupan didalam jiwa. Tidak
perlu menunjukan kehebatan diri, bak kata Imam Maliki, semakin banyak kita
menunjuk kehebatan dengan percakapan maka makin terserlah kekurangan serta
kejahilan diri sendiri. Rendah dirilah kerana Allah yang sentiasa menilai amal
kebajikan diri kita. Wassalam..
No comments:
Post a Comment