Terkesan dengan ape yang disampaikan pada kuliah maghrib yang
lalu. Walaupun singkat waktu pengisiannya tetapi amat berguna dan bermanfaat
sekali kepada diri mungkin juga kepada kita semua. Walaupun yang memberinya
dilihat biasa tetapi isi dan penceritaannya member impak dan membuat kita
berfikir mungkin. Sekadar perkongsian, sekiranya ada yang tersalah dan ingin
perbetulkan jangan segan bagi komen kat bawah er..kita manusia yang sentiasa
melakukan kesilapan. Semestinya kita salaing meperbetulkan antara satu dengan
yang lain. Syurga adalah tempat dimana sebuah destinasi yang ingin dituju bagi
setiap insan yang mempunyai agama. Syurga adalah tempat yang tersangat mahal
harganya dan tiada bandingnya dengan hotel 5 star First World kat genting tu,
Palace of Golden Horses, kat kl ker, vistana ker..mana-mana tempat yang
eksklusif lah kononnya. Tapi teramat eksklusif lagi dentinasi itu yang bernama
Syurga. Mahal sangat syurga ni. Mampu kah kita nak bayar tiket nak masuk syurga
ni. Bak penceramah tu. Mahal ker x mahal syurga tu..nak ker x nak kite sebagai
orang Islam mesti pilih syurga lah. X kan nak pergi tempat murahan seperti
ditepian jalan sahaja. Ataupun tempat yang lagi murah iaitu neraka. Mana yang
kita nk pilih ni??. haishh X dek tempat yang tengah-tengah macam naik kapal
terbang ker kereta api,kelas pertengahan . X dek lah pulak. Ade dua jer tempat
yang boleh dipilih oleh kita semua oii. Nak paling murah??. Ataupun yang paling
mahal dan eksklusif. Dah cukup ker simpanan untuk menggapai tiket ke tempat
mahal itu??..sanggup ker nak duduk kat tempat yang murah sangat tu.
Jom kita bandingkan tiket kita dengan orang yang memang dah
ade tiket istimewa ke tempat termahal tu
Diceritakan sebuah kisah apabila ditanya oleh isteri baginda
SAW iaitu Siti Aisyah kepada baginda. Wahai kekanda engkau adalah seseorang
yang sudah jelas dan pasti akan dimasukan kedalam Syurga Allah nanti. tetapi
engkau tidak putus-putus beribadah kepada Allah..
Betul x? hebatnya baginda walaupun sudah punyai tiket yang
paling istimewa tetapi masih melakukan ibadah dan meneruskan perjuangan
menegakan kalimah Allah. Amat tiada tandingannya kita dengan baginda. Tidak pernah
terusik sebarang kotoran dihatinya, maksum pulak tu, ibadah yang wajib
comfirm-comfirm dah setel, pegi berperang lagi, berdakwah, ajak orang kenal
Islam, macam-macam lah lagi. Memang tidak tertandinglah kita nak mendapatkan
pakej atau tiket serupa dengan baginda. Kita ini hanya alahai jauh sangat
dengan baginda. Tapi bercita-cita syurga dan wajiblah kan bercita-cita syurga. Walaupun
sedar bahawa tidak mampu dan kerdilnya diri ini yang mengimpikan syurga Allah
yang mahal itu, x termampu untuk dibayar, tetapi tidak mungkin ada diantara
kita yang bercita-cita mengingini neraka. Kalau ada tu..hmm.. x tau
lah..cepatlah mengajak dan perkenalkan mereka dengan tempat yang giler-giler
dan teramat eksklusif ni. Rugilah pergi tempat murahan yang lebih murah dari
tempat-tempat ditepian jalanan sahaja. Orang cakap x dek class lah kan!! Duduk
kat tempat yang bawah lagi dari tepi jalan..ah..x menariknya alahaii…
Apakah yang dijawab baginda dengan soalan isterinya itu?. Baginda
menjawab untuk menunjukan tanda kesyukuran kepada Allah SWT. Persoalan kepada
diri kita? Adakah kita tergolong dalam golongan hamba-hamba yang bersyukur? Sudah
beribadah dengan secukupnya? Sudah meninggalkan segala yang dilarangnya? Arghhhhh..aku
x cukup bersyukur seperti Nabi. Macam mana nak dapat tiket eksklusif ni? Nk duduk
dekat tempat murah jer ker??..kalau setakat murah jer x per, banyak sangat azab
pulak tu. Kalau kat tepi jalan kalau kena patuk ular ker kena langgar kereta
boleh lah lagi pegi hospital kalau diizinkan Allah dan dipanjangkan umurlah
kan. ni kat tempat murah sangat. Tiada talian hayat yang membolehkan kita
dihantar kehospital. Opss ade jugalah hospital Allah kat tempat murah tu nanti.
Allah bakar kita, pastu dipulihkan semula dan dibakar lagi, sudah tertakluk
pada terma dan syarat penginapan dikawasan murah itu. Ehh..-.-)’..renung-renungkanlah..fikir
sendiri. Diharapkan selepas berfikir nanti boleh lah memikirkan strategi macam
mana nak jadi insan yang bersyukur dan macam mana nak duduk kat tempat yang
mahal harganya buat selama-lamanya. (^_~)

No comments:
Post a Comment