Terasa nak berjiwang-jiwang pula di petang hari sambil
ditiup angin sepoi-sepoi bahasa nih..cewahhhh..hehehh. destinasi sebuah cinta. Apekah
itu cinta. Mungkin x perlu diterangkan kot kepada semua. Kata masing-masing
remaja!!..x remaja r kalau tidak bercinta. Kata-kata yang pernah dikeluarkan
oleh seorang rakan satu masa dulu. Haha..sekiranya anda sedang bercinta ataupun
mengkaji perihal cinta. Jom kita sama-sama muhasabah diri adakah cinta yang
ingin bina dan terbina itu adalah sebuah jambatan yang membawa kita syurga ataupun
ke negeri yang sebaliknya. Menurut Dr. Mohd Asri dalam penulisannya yang
membicarakan tentang apakah terlarang bercinta sebelum kahwin, beliau
menyatakan perasaan cinta itu adalah fitrah manusia serta tiada dalil yang
mengharamkan mencintai seseorang yang ingin dijadikan sebagai pasangan hidup. Menyimpan rasa cinta antara lelaki dan
perempuan tidaklah dilarang dalam agama ini. Disamping ia boleh berlaku diluar
kawalan insan, ia fitrah antara lelaki dan perempuan. (dipetik dari penulisan Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin )
Kata Imam Nawawi dalam mengulas sebuah hadith nabi yang
meriwayatkan “Aku tidak melihat (penawar) untuk dua orang yang bercinta seperti
nikah” (riwayat al-Baihaqi dan Ibn Majah, sahih). Imam Nawawi mengulas bahawa
ubat yang paling berkesan yang dapat merawati kerinduan adalah nikah. Ia adalah penawar yang tiada gantiannya jika ada
jalan untuk mendapatkannya.
Diselitkan pula kata-kata Ustaz Azhar, haram bagi laki-laki
bercinta dengan perempuan itu kalau x ada niat untuk berkahwin..upsss..ehhh..kemana
arah tujuan dan destinasi cinta itu??..
Kalau nak tahu lagi perihal article ini selanjutnya..carilah
article ini..tanyelah kat pakcik google tu. Mane r tau ade. (Apakah Terlarang Bercinta Sebelum
Kahwin).

No comments:
Post a Comment