Thursday, 26 January 2012

riak musuh ketat ikhlas oii




Awasi riak dalam mencari keikhlasan melakukan sesuatu. Sifat riak adalah musuh ketat bagi keikhlasan. Perasaan riak perlu sentiasa dielakan bagi mendapat kesempurnaan dalam melakukan sesuatu. Sia-sia lah sesuatu perkerjaan itu sekiranya hadir perasaan riak selepas selesai melakukan perkara tersebut. Dah lah penat buat pekerjaan tersebut tapi x dapat ape2 kan. Malah boleh mendatangkan dosa pulak. Hal ini kerana riak ini antara ciri2 syirik kecil. Sentiasa hati-hati lah kan. Fahami setiap kata2 kecil yang dilahirkan dalam hati tu. Adakah kata-kata ikhlas ataupun riak semata-mata. Riya adalah perkara yang dilakukan hanya untuk mendapat keredhaan manusia bukannnya untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Keredhaan manusia yang dimaksudkan adalah untuk mendapatkan pujian, takut mendapat kejian atau komen negative dari manusia atau dari maksud lain diperlekehkan dan mandapat sesuatu yang diinginkan seperti yang dimiliki oleh orang lain selain daripada mendapat keredhaan Allah. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari iaitu,

“ Dari Abu Musa al-Asyari ra, menyatakan bahawa seseorang Badwi bertanya kepada Rasulullah SAW, “ Wahai Rasulullah SAW, seseorang berperang kerana kegagahan, seseorang berperang supaya posisinya dilihat oleh orang, dan seseorang berperang kerana ingin mendapat pujian? Rasulullah SAW menjawab “ Barangs siapa yang berperang kerana ingin menegakkan kalimatullah, maka dia fisabilillah” (HR. Bukhari)

Dalam konteks kehidupan pelajar pula. Sekiranya kita belajar diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah, belajar sampai anugerah dekan, supaya rakan-rakan mudah mendekati kita serta mudah mengajak rakan-rakan kearah dakwah atau tarbiah dengan kejayaan kita tu. Maka beruntunglah kita, hal ini kerana niat kita hanyalah untuk menegakkan kalimatullah. Amat beruntunglah kita. Walaubagaimanapun sekiranya kita berniat sebaliknya, amat rugilah pekerjaan kita tersebut kerana belajar untuk mendapatkan sesuatu yang lain. Jadi berhati-hatilah dalam niat semasa mula-mula nak start study tu..fahami doa yang kita baca sebelum belajar tu. Sekiranya hadir kata-kata dari syaitan yang ingin memesongkan niat kita. Cepat-cepatlah kita beristighfar. insyaAllah…
Ali bin Abi Thalib r.a  telah menjelaskan ciri-ciri riya yang terdapat dalam jiwa seseorang iaitu,

"Orang yang riya terdapat beberapa ciri, i, malas jika berada seseorang diri, ii, bersunggung-sungguh ditengah-tengah ramai orang, iii, bertambah semangat beramalnya apabila mendapat pujian, iv, kurang kekerapan amalnya apabila dicela."

Manakala berikut adalah ciri-ciri orang-orang yang ikhlas pula,
·         Istiqamah dalam melakukan ibadah walaupun mendapat pujian ataupun celaan
·         Membenci serta menghindari dari popularity, kerana hanya kerana keredhaan Allah SWT
·         Menyembunyikan amalan atau melakukan ibadah tanpa dilihat orang lain
·         Sentiasa berasa kurang sempurna amalannya dan selalu memperbaiki dan mempertingkatkan amalannya.
Tip-tip untuk mendatangkan keikhlasan dan menghindari sifat riya’ adalah seperti berikut,
·         Sentiasa terdetik dihati bahawa Allah sentiasa mengawasi gerak geri kita
·         Perlu meyakini sekiranya timbul perasaan riya’ maka sia-sialah setiap amalan yang dilakukan olehnya.
·         Kita perlu sedari, apa yang kita usahakan itu suatu hari nanti akan diketahui oleh orang juga. Sekiranya tidak di dunia,maka di akhirat nanti.
·         Sentiasa beristigfar dan berzikir kepada Allah terutamanya ketika melakukan sesuatu perkara, dating pula kata-kata manis dari Syaitan laknatullah..percepatlah beristigfar..
Setiap perlakuan dan niat yang baik itu semesti ada musuhnya. Syaitan akan sentiasa menghasut serta menipu daya anak-anak Adam ini. Sentiasalah kita basahkan hati dengan beristigfar dan memohon keampunan kepada Allah. Moga dipermudahkan apa yang kita hajatkan..



No comments:

Post a Comment