Wednesday, 25 January 2012

ape-ape pon kena lah ikhlas kan..


Nak buat ape2 kena lar ikhlaskan..ikhlas tue kan sesuatu yang sangat penting. Apakah yang sebenarnya ikhlas. Kamus dewan menyatakan bahawa ikhlas adalah sesuatu yang bersih, murni dan suci. Keikhlasan asalah sesuatu yang tersangat penting dalam kehidupan kita. Hal ini kerana ketiadaan keikhlasan boleh diibaratkan seperti tiadalah roh didalam jasad. Keikhlasan adalah Sesuatu yang wajib yang sebenarnya dalam kehidupan ini. Hal ini telah dinyatakan didalam Al-Baiyinah iaitu,


Padahal mereka tidaklah disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan keikhlasan kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat, dan demikian itulah agama yang lurus (98:5)

Keikhlasan juga adlah membuktikan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Hal ini kerana keikhlasanlah yang membezakan tahap-tahap ibadah kita dipandangan Allah.

“ ….Maka barangsiapamengharap pertemuan dengan tuhannya maka hendaklah dia mengerjakan kebajikan dan janganlah dia mempersekutukan dengan sesuatu pun dalan beribadah kepada tuhannya”. (18:110)

Beribadah lah kita dengan penuh keikhlasan dan sentiasa memperbetulkan niat kita hanya kerana Allah. Demi mendapatkan 100% markah dari ape yang kita lakukan tersebut..nak fullmark kne ikhlas lah kan..


“yang menjadikan kamu mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya, Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (67:2)

No comments:

Post a Comment