Thursday, 2 February 2012

tips menjauhi maksiat




Ikhlas dan menyerah diri sepenuhnya kerana Allah
Sekiranya kita ikhlas bertaubat, pasti Allah akan terima taubat kita. Apabila hati kit asudah bersih dan ikhlas , penyakit cinta akan maksiat akan pergi jauh dari diri kita. Panyakit maksiat hanya menghuni pada hati-hati yang kosong. Jom tanya hati kita? Terisi ataupun dahaga titisan rohani….

Mujahadah (bersungguh-sungguh)
Nafsu ialah sesuatu yang boleh ditundukan. Jadikanlah nafsu itu sebagai hamba kita. Dan janganlah kita menjadi hambanya. Mengawal dan melawan nafsu ini bukanlah hanya sekali sekala. Tetapi perlulah berterusan. Apabila bermujahadah melawan nafsu, maka kebaikan dan keberkatan akan datang kepada kita.

Selalu mengingati akhirat
Tidak selalu berangan tentang dunia. Selalu mengingati mati dan alam akhirat nanti. Kita sekarang berada dipermulaan hidup, dimana kita hidup untuk hidup di alam yang akan dating. Sekiranya amalan kita di permulaan kehidupan didunia ini terbaik, maka terbaiklah kehidupan kita di alam kehidupan yang kekal abadi. Selalu melakukan taubat nasuha.

Menyibukan diri dengan sesuatu yang berfaedah
Mengisi masa-masa terluang dengan aktiviti yang sihat. Cari lah aktiviti yang boleh mendatang sesuatu yang baik dan jauh daripada kemaksiatan. Pergi usrah atau tarbiah orang..tu lagi terbaikkkk..

Menjauhi punca kembali kepada kemaksiatan
Punca maksiat adohainya adalah seperti Malayan something yang buruk di internet. Berfacebooking tetapi salah tujuannya. Da tau punca kemaksiatan..mudah lah kita menjauhinya daripada berulang lagi.

Menundukkan pandangan
Menunudukan pandangan maknanya akan tunduklah jua shahwat kita.

Bergaul dengan orang baik

Berdoalah selalu, taubat nasuha, mencari waktu mustajab untuk berdoa, sujud akhir dlm solat, pada akhir malam, masa antara azan dan iqamah.dan lain-lain..

No comments:

Post a Comment