Thursday 13 February 2014

secebis ibrah bermusafir


khusyuk memecut sang tenggiling, ternampak abang motor besar melambai ditepi highway, hati kata berhenti, tangan terus memecut, pfftttt..otak memberi arahan berhenti biarpun sudah terlajak 100 meter dari lokasi abang motor besar tadi..dengan 'slumber biawak' patah balik bertentangan arah menuju ke arah beliau.


dan dipendekkan cerita, dapatlah merasa menunggang motor besar walaupun dalam keadaan ditunda semata, walaupun 5km menuju ke hentian rehat..pffttt..ikhlas not rm10 dari bro motor besar..belanja isi minyak katanya.. beborak ringkas sambil bertaaruf, rupanya bro tersebut otw pulang dari outstation beliau di kemaman dan sedang menuju ke KL.


mungkin bro tu ternampak 'sticker student' yang tertampal di tenggiling aku tu kot, terus bersembang pasal course dekat university. at last sembang pasal company yang sedang beliau bekerja..oh rupanya company enggineering. dengan slumber aku bertanya, "dekat company abg ni boleh internship tak?". "eyh boleh, ambik no telefon ni"...tak bawak business card katanya..

sebenarnya ada seorang lagi bro yang sedang sibuk bermain smartfon dimeja yang kami berehat tu. abg moto besar memulakan perbualan. dipendekkan cerita, beliau senior engineer petronas, kertih, otai oil and gas. rupanya beliau mendengar perbualan kami tadi, lalu terus memberitahu yang dia memang sedang cari 'internship student' under department beliau lantas memberikan email kepada aku.


Alhamdulillah, bisik hati, rasa hendak terus sujud syukur disitu, rezeki daripadaNya datang tiba-tiba..terus bersembang, menyimpan semua tips yang diberi mereka, insyaAllah berguna semasa interview kerja kelak.

paan!, nikmat mana lagi yg kau nak dustakan, nikmat mana lagi, meronta sang hati sendirian tatkala meneruskan perjalanan pulang.
aku membenarkan sekali lagi tulisan Salim A. Fillah - "berbahagia dengan memberi". benar, kita akan bahagia apabila memberi dan tidak pernah menunggu untuk diberi..


Allah kurniakan pelbagai jenis rezeki dari celahan yang tidak disangka-sangka..Alhamdulillah..dengan keputusan exam biarpun seciput dari pandangan student fakulti lain, bagi aku yang bergelar student mekanikal engineering ini yang tersangat dan memang mudah..,pffttt...teramat besar nilainya..

ibrah besar bagi aku hari ini, ikhlaskan hati apabila membantu, menolong orang selagi mampu, dengan membantu orang, insyaAllah terselit rezeki yang tidak tersangka-sangka dicelahannya.


"dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan, "sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah nikmat kepadamu...." ibrahim:7 


sekadar berkongsi dan refleksi diri, mari membantu orang lain, demi menggapai redhaNya, insyaAllah..
tangan yang menghulur lagi ohsem dari yang menerima. Jom!

steady and ikhlas!.



  RnR Gambang Barat
  6 Feb 2014

No comments:

Post a Comment