Wednesday 1 January 2014

Qistina Balqis (episod 8)



“Awak, boleh tak kalau awak turun Kuala Lumpur, hujung minggu depan, saya nak sangat jumpa awak, dah lama kita tak jumpa tau, jangan risau saya belanjalah awak”, kata Tiqah dalm bualannya dengan Syafiq. “Hafiz, Yati, Amin dengan Dina pun ada sekali, boleh lah er awak”, nada memujuk. Sambil garu-garu kepala yang tidak gatal, “hmm awak, kebetulan minggu depan memang saya akan ke KL, ada friendly hoki dengan team Maktab guru, habis tu boleh lah jumpe rasanya”.
 Syafiq seorang yang aktif hoki sejak bangku persekolahan akan sentiasa bersama dengan kelab alumni yang disayanginya dan kini bergiat aktif dengan pasukan universiti pula.

......................................

‘ 5 jam yang memenatkan, mujur berada dalam bas, boleh lah aku tidur’, ngomel Syafiq dalam hati. Setibanya di KL dengan pengalamannya 5 tahun dibumi KL tidak menyebabkan dia kekok untuk mengambil ‘public transport’ untuk kesana kemari.
“weyy Syafiq lama tak nampak”, tegur rakan pasukannya yang sedang bersiap-siap untuk ‘warming up’. “korang boleh lah, dekat, study pun KL, paling-paling jauhpun Syah Alam, apelah sangat, aku, hambik kau 5 jam kot travel baru sampai sini”, balas Syafiq dengan nada geram bergurau. “relax lah bro, gurau siket pun dah sentap”..disambung dengan gelak masing-masing. 5 tahun membesar bersama di bangku persekolahan, sudah biasa dengan gurauan kasar sesama mereka. Masing-masing hati kental dan susah untuk ‘touching’ apatah lagi ‘burtheart’ ”.
Perlawan yang sengit dan berakhir dengan keputusan Alumni menang 2 berbalas kosong hasil jaringan Syafiq dan Mukhlis. Pertemuan singkat semata untuk bermain berakhir disitu dan masing-masing berkemas menuju ke destinasi masing-masing. “Syafiq, jumpe lagi weyy, insyaAllah kalau ada ‘game’ lagi, kami ‘roger’ lah ko, mana tahu lepas ni boleh ‘collect’ duit siket untuk ko datang sini lagi, tutur Mukhlis. “insyaAllah bro, tak de masalah pun nak turun sini, Cuma busy siket, team u lagi, komitmen banyak. Tapi kalau tak dek hal, boleh jer nak turun main dengan geng kita semua ni”, balas Syafiq. “Okay bro, jumpa lagi lain kali”, bersalaman dan bergerak meninggalkan stadium.

.......................................

“ahh lambatnya sampai, dah pukul 12 ni”, bebel Tiqah sambil melihat jam tangannya. “eyhh, relax lah Tiqah oii, dia tengah ‘on the way’ lah tu, penat main lagi, cuba bersabar sikit”, balas Dina yang dari tadi lagi menahan ngomelan Tiqah. “tapi kan dah janji pukul 12 dekat sini, haishhh”, kata tiqah sambil mencebek bibir.
Mid Valley yang sering kali menjadi tempat tumpuan warga kota berkunjung membeli belah mahupun memenuhkan aktiviti hujung minggu itu penuh dan sesak pada hari tersebut.
“Hai, Assalamualaikum, sorry lama tunggu, KTM ‘delay’ lah tadi, macam biasalah kan KTM mana pernah sharp”, sapaan slumber Syafiq dari belakang. “haaa, sampai pun, jom makan, rasaksa dalam perut aku ni dah lama mengamuk tau, semua sebab kau”, balas Hafiz sambil bersalam dengan Syafiq. “Ha ah, janji semalam lain, kata tak nak lewat”, balas Tiqah. “jangan lah marah, dah sampai kekasih hati yang ditunggu-tunggu dari bulan lepas”, balas Dina sambil menjelir lidah. Dina yang memang terkenal dengan hobi menyakat dan mengusik teman-temannya. Tersipu malu Tiqah sambil bermain jari. “ehh, ‘blushing’ ker Tiqah, usik Yati yang dari tadi lagi menahan gelak melihat tingkah laku rakan karibnya.
Pertemuan diteruskan di McDonald yang penuh sesak dengan pengemar makanan segera tersebut. “Panjangnya orang beratur”, keluh Tiqah. “tak per, awak pergi cari tempat duduk, biar saya yang beli McD ni”, kata Syafiq. “Wuuu, untungnya tiqah ada orang tolong belikan, Syafiq belilah untuk kami sekali”, kata Dina sambil menunjukan muka ‘jeles’. “Dah, yang mana rasa dia perempuan pergi cari tempat duduk, biar kami yang jantan kacak bergaya yang belikan makanan”, celah Amin yang dari tadi lagi terjengket-jengket mencari tempat kosong untuk duduk.

........................................

“lepas ni kita tengok wayang nak tak?”, kata Tiqah kepada Syafiq. “hmmmm, ajak Syafiq jer ker, kami ni tak nak ajak”, sakat Yati. “Alaaa korang ni, selalu macam tu, bagilah peluang, kami dah lah susah nak jumpa, bagilah peluang, please”, rayu Tiqah. Syafiq yang dari tadi tersenyum, “Saya ikut jer awak”, sambil mengunyah kentang.
Kepenatan dan lapar telah menyebabkan Syafiq fokus terhadap makanan yang terhidang di depan mata.
“Awak cepatlah, cerita dah nak ‘start’ tau”, kata Tiqah sambil menarik tangan Syafiq menuju ke barisan tiket. Terkejut Syafiq kerana tidak pernah berpegangan tangan dengan bukan muhrim. Namun seakan terpaku dan mengikut sahaja apa yang dilakukan Tiqah. “kelam kabut kot, hmm x per lah, bisik hatinya sendiri. “Awak, kita beli air dengan ‘popcorn’ dulu lah”, tarik Tiqah ker kaunter. “jom awak”, balas ringkas Syafiq.


berhati-hati apabila yang putih mula menjadi hitam
.........................................
bersambung





No comments:

Post a Comment