Wednesday 1 January 2014

Qistina Balqis (episod 7)



Setelah berjuang setahun dikolej matrikulasi, akhirnya tibalah waktu yang ditunggu-tunggu oleh mereka. Redha dengan keputusan peperiksaan yang diterima. Bagi yang cemerlang mahupun tidak, bersyukur tidak terhingga dengan rezeki kurniaannya. “Alhamdulillah, Syafiq, saya ‘maintain pointer tau, 4.0”, kata Tiqah dengan nada gembira. “Oh er ker, saya tumpang gembira dengan kejayaan awak, semoga terus  cemerlang di universiti nanti, insyaAllah, doa saya sentiasa bersama awak., balas Syafiq dengan senyuman dan berlalu pergi. Dalam senyuman yang menimpan seribu rahsia yang tiada siapa yang tahu akan kesedihan yang tersimpan dihati. [fon berbunyi]..”kenapa awak pergi macam tu jer tadi, tak sempat saya tanya ‘result’ awak. Tak aci tau, awak tau ‘result’ saya tapi tak bagi tahu ‘result awak”, mesej dari Tiqah kepada Syafiq. Dengan tenang dan ‘slumber’ ; “result saya secipot jer awak oii, segan nak bagitahu dekat orang ‘4flat’ macam awak ni..hehe”, balas mesej daripada Syafiq. Namun atas kuasaNya, masing-masing berjaya membawa haluan seterusnya ke gerbang menara gading dimana Tiqah berjaya meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Melayu tersohor di Shah Alam serta Syafiq berjaya meneruskan pengajiannya dalam bidang kejuruteraan awam  di Universiti Kejuruteraan di Pantai Timur tanah air. 

.............................

“insyaAllah Syafiq malam ni liqa kita seperti biasa tau, ada ikhwah lain yang akan ambil enta di kolej kediaman”, mesej manis yang diterima dari abang naqib yang dicintainya. Maka bermula episod baru dalam bulatan gumbira Syafiq di universiti. Tepat jam 9 malam, [fon berbunyi]. Salam Syafiq, ana dekat bawah ni, cari kereta Viva flat CCS4532 warna kelabu. Pertemuan pertama di kolej kediaman yang bakal mengubah Syafiq menjadi insan yang  luar biasa. “so, macam mana study dekat u. Ok?”, tanya akhi Iman. “ohh, ok seronok tapi susah giler, haha” balas Syafiq. Perbualan diteruskan hingga tibanya mereka di masjid. Rupanya ada ikhwah yang lain sedang menunggu mereka sampil menyapa dengan senyuman serta bersalam semut.

................................

“biar jauh dimata tapi dekat dihati”, kata Syafiq kepada Tiqah yang sering mengeluh kerana berjauhan dan berasingan universiti dan berlainan negeri. Maka perhubungan semata mengguna teknologi canggih di zaman kini. Tidak cukup ditelefon diteruskan pula melalui teknogi internet masa kini. Tiada yang lebih berharga selain nilai kepercayaan. “salam, Syafiq kalau malam ni tak busy, saya nak call awak”, tutur Tiqah melalui pesanan ringkas kepada Syafiq. “insyaAllah boleh, tapi kena tunggu saya habis latihan hoki malam ni nanti, ok” kata Syafiq.  Di universiti, masing- masing penuh dengan komitemen yang diminati. Dimana Tiqah terpilih menjadi salah seorang sekretariat badan mahasiswa fakultinya, sibuk dan penuh dengan kerja tugasan yang diberikan, belum kira dengan tugasan pelajaran yang wajib dipikul sebagai seorang insan yang bergelar mahasiwa mahupun mahasiswi. 

caption

...................................
bersambung

No comments:

Post a Comment