Monday 18 November 2013

Kerana syurga itu terlampau mahal harganya


Bismillah.

Selalu bukan mendengar kisah seorang abid atau lebih mudah dalam bahasa seorang ahli ibadah yang diberi Allah kelebihan umurnya ribuan tahun. Dengan rahmat Allah, dibenarkan ia untuk dimasukan ke dalam syurga yang indah. Namun, ditolak oleh sang abid untuk berada didalam syurga diatas alasan rahmat sang Pencipta dan mahu dimasukan ia kedalam syurga dek kerana ibadah- ibadahnya yang menggunung tinggi. Walaubagaimanapun tidak termampu olehnya bagi membenarkan dirinya berada disyurga atas alasan ibadahnya yang banyak. Hal ini kerana ibadahnya yang banyak itu langsung tidak mampu bagi membayar kurniaan sepasang mata yang diberikan Sang Pencipta kepadanya.

Atas asbab itu manusia itu sebenarnya adalah lemah dan tidak mampu menandingi kerahmatan dan kurniaan daripadaNya. Dan kerana itu diperintahkan keatas kita supaya bertebaran diatas bumi ciptaaNya ini mencari rezeki serta kerahmatan daripadaNya dan dikehendaki keatas kita supaya menjadi hamba-hambaNya yang sentiasa berfikir.

Bangun pagi, gosok gigi, pergi kelas. Tidur dan bangun semulalah kita pada keesokan harinya tanpa memikirkan perihal orang lain. Apalah rugi menjadi manusia yang hanya berada dalam kitaran hidupnya sahaja. Aku mengimipikan bahawa seluruh tenaga pemuda yang ada disekelilingku ini turut bersama menjadi pemuda-pemuda yang bergerak pantas untuk ummah. Tidak kisah walau apa cara sekalipun, apa organisasi yang mereka sertai tetapi hala tuju mereka membimbing ummah ke arah lebih baik dan lebih rabbani. Menjadi ummah yang berminat benar memikirkan ukhrawi berbanding duniawi. Lebih mementingkan keikhlasan diri daripada kepentingan diri. Lebih mementingkan kesederhanaan daripada keghairahan materialistik dan pandangan manusia. Serta lebih menyerlah jauh dari yang biasa. Sejajarkan kata cintaNya “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh berbuat makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah”; 3:110.

Ayuh menjadi pemudah cara untuk ummah, ayuh menjadi jurubicara kepada masyarakat. Supaya manusia disekeliling kita menyerap aura yang sentiasa positif dan ceria yang terhasil dari diri kita. Dan kerana ummah jua kerana kerahmatan yang ingin diraih daripadaNya sang Pengasih lagi Penyayang.

Wasalam.
credit


No comments:

Post a Comment