Monday 18 November 2013

Kerana Allah menyayangimu

Tatkala kegundahan dan keresahan hati kerana ujian dan rintangan menghimpit diri. Ketika para makhluk yang bernama insan meminggirkan kita. Langsung tidak mempedulikan diri ini, maka ketahuilah Dia telah memilihmu untuk mendengar pengaduanmu yang beserta tangisan syahdu. Alangkah beruntung kala itu, istimewanya kamu kerana hanya kepada Dia tempat mengadu duka. Mendengar tangisan sedumu. Alangkah romantisnya tuhanmu ini sekiranya kamu benar-benar  berfikir.

Allah menyayangimu tatkala engkau telah jauh daripadanya, hati yang lama tidak bercuci, ia hantarkan malaikat memberikan ujian dan dugaan kepadamu, tiada yang lain hanyalah untuk engkau kembali kepada Dia. Indah bukan andai kita mampu berfikir.

Kalau direflek kembali kesudahan apabila kita ditimpa ujian daripadaNya, tatkala sudah tersujud dan menangis. Kita sudah tidak lagi berlari jauh dariNya dan sentiasa mengharapkan bantuan dan pertolongan dari Dia. Allah sukakan hamba-hambaNya yang rendah diri dan terasa kerdil apabila meminta dariNya. Analoginya, pernah melihat pengemis dijalanan, ada dia datang kepada kita lalu meninggikan suara “Whoiiii, bak sini siket duit dekat aku”. Tiada bukan pengemis seperti itu. Kalau ada memang mendapat flying kick lah, sia-sia kena seligi percuma.

Sama konsep kita denganNya. Apakah bongkak sekiranya berdoa dalam keadaan seperti pengemis itu tadi. Sudahlah meminta tetapi begitu pula caranya. Risau Allah perkenankan permintaan kita itu, tetapi perkenan yang diselitkan istidraj..nauzubillah.


Ujian dan dugaan itu, bukan setakat Allah mahu kita rendah diri meminta dariNya. Tetapi juga mencabut rasa riak, takbur dan sombong dari hati kita dengan hamba-hambaNya yang lain. Tanpa tidak sedari kita telah mendapat tarbiyah percuma dari langit. Sangat indah bukan. Selalu dengar quote seperti ini; “Tatkala berteriakan guruh dilangit beserta hujan yang mencurah, yakinlah terpancar juga pelangi yang indah bersama sinaran mentari”. Dan begitu juga dengan ujian dariNya. Ujian itu menjaga kita sekiranya kita mengerti dan bersyukur. Yakin akan rahmat dariNya. Kerana Dia amat menyayangimu tanpa engkau mengetahui. Percaya bahawa tatkala yang lain meminggirmu, Dia sentiasa ada disampingmu. Kita jua yang sering meminggirNya dikala Dia sentiasa bersama kita. Heyeahhh, kerana Allah menyayangimu..

"disaat engkau menghampiriNya sehasta, ketahuilah Dia telah menghampirimu sehasta" - Hadis Qudsi

credit

No comments:

Post a Comment