Thursday 23 May 2013

Kalian ohsemm

Tidak  pernah berminat akan kerja sukarela sebelum diperkenalkan salah seorang sahabat dalam keluarga besar. Mohon tidak tersalah erti akan keluarga besarku ini, ia bukan keluarga besar gangster mahupun kongsi..hewww *lap peluh didahi..tidak pernah juga terdetik dihati menjadi ‘pemudah cara’ dalam setiap program dan misi yang dijalan. Sekian lama bertatih dan masih bertatih sehingga kini, aku makin jatuh cinta dengan gerak kerja ini. Ohh benar aku semakin jatuh cinta.

Norma sebuah keluarga yang besar, mempunyai kepelbagaian ahli isinya. Penuh dengan ahli jemaahnya juga peminat setianya..ehh ada peminat jugakah. Lontaran pendapat dan buah idea saling silih berganti. Serta berlumba-lumba membuat kebaikan dan penambah baikan. Kadang – kala wujud perselisihan pendapat antara mereka. Hmmm, bermain emosi sudah tentu, lagi-lagi yang melibatkan kaum yang bertudung nih..hihi *gelak sopan. Lantas mengalirkan air mata ada kalanya. Kalau bagi yang kaum tersedia macho pula, laju menyinsing baju ke lengan dan menunjukan penumbuk. Ok sudah terlebih disitu, hanya gurauan semata. .senyum.

Keluarga besarku yang tercinta, antara kita adalah sebatang lidi yang menganggotai sebuah keanggotaan penyapu dan hilang kita seorang maka akan cacatlah kekuatan sang penyapu. Kita perlu mengerti ‘carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua’, indah bukan bait itu dan tersangat bagus dikaitkan untuk kita semua. Mana tidaknya kerana antara kita sudah tentu dan wajib akan berlakunya perselisihan pedapat dan idea kerana dikurniakan kepada kita semua akal fikiran dan hati. Maka kerana kedua inilah, perbezaan itu akan berlaku. Namun kita diajar untuk meraikan pendapat dan menerima pendapat orang lain. Persefakatan itu penting aiwahh sepakat membawa berkat katanya.

Ehemm, bukan sirah mengajar kita tatkala perang uhud, dimana para sahabat dan rasul melontar pendapat dan idea bagi menentang tentera kafir quraish yang sedang penuh dendam dan emosi kepada umat Islam. Dan berlakulah perselisihan idea dimana ada sebelah pihak yang ingin berperang didalam kawasan kota madinah bagi menjaga isteri dan harta benda manakala sebelah pihak yang satu lagi melontarkan idea untuk berperang diluar kota iaitu,bukit uhud bagi mengelakkan kawasan kota dimusnahkan oleh pihak musuh ketika peperangan. Dan diatas persetujuan majority, Rasulullah sendiri  membenarkan keputusan untuk berperang diluar kota. Namun pengajaran yang tersembunyi dalm sirah ini, jangan lah menjadi orang yang ketiga iaitu kaum munafikin yang menghasut sejumlah tentera Islam untuk tidak bersama-sama berperang.
Ikatan silaturahim dalam sebuah keluarga bukankan diumpama seperti ‘air yang dicincang tidak akan putus’, selagi beradanya kita sebagai sebuah keluarga maka selagi itu jugalah terjalin juga nilai kasih sayang ikhuwah antara kita semua. Terbaca status sahabat di dinding muka bukunya, “aku sayang keluarga ini kerana nasihat”, benar keluarga ini memang nasihat. Selagi mana tetapnya niat ikhlas kerana Allah, semua yang berlaku adalah kerana nasihat demi kebaikan. Dek kerana dalam hadis 40 Imam Nawawi menyatakan agama itu nasihat. Senyum. Nasihat dan teguran dengan hikmah.


*nota dari sang naqib dimana berdakwahlah dengan hikmah, kemenangan dan perubahan itu jangan diimpikan mudah dan pantas lalu bersabarlah atas jalan dakwah yang perit lagi panjang ini. Nabi Nuh berdakwah sekian lama namun jumlah yang mengikutnya adalah sedikit. Hmm adakah kita perlu berhenti kerana kepenatan. Nabi Musa diperintahkan Allah sampaikan dakwah kepada Firaun denganpenuh hikmah. Hmm, perlukah kita berdakwah secara keras tanpa hikmah kepada rakan seperjuangan..senyum, benar sang naqib, agama ini indah dan mudah.


“Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah mikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuhan, lalu Allah menyatukan hatimu, sehingga dengan karuniaNya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk”.
“Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang menyeru kepada kebajikan, menyuruh(berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung”.
“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang bercerai berai dan berselisih setelah sampai kepada mereka keterangan yang jelas, Dan mereka itulah orang-orang yang mendapat azab yang berat”,
(Al-Imran : 103-105)


Teramat rare untuk membuat karangan perihal keluarga besarku, sejujurnya sayang benar akan kalian, sekian.Ukhuwahfillahabadanabada,insyaAllah..wasalam  
credit - MnZakwan


No comments:

Post a Comment