Friday 10 May 2013

Bulatan Gumbira dan Aku


Tidak tahu mengapa, terisi masa lapang dengan menonton video pendek bulatan gumbira akhowat korea APG11. Oh er, ini cerita bulatan gumbira aku. Diperkernalkan akan keindahan bulatan gumbira ini tatkala belajar di koleh matrikulasi tatkala hati lalai dan leka langsung tidak pernah terfikir langsung akan dakwah mahupun tujuan hidup yang digariskan dalam Al-Quran. Kelakar kerana budak nakal ikut bersama bulatan gembira. Keluarga bulatan gumbira aku diwaktu itu semua nya nakal dan gangster. Namun dakwah underground yang dibawa oleh sang naqib aku yang ohsem lagi penuh dengan kesabaran, kami masih teguh dan utuh dijalan dakwah walaupun kekok pada awalnya. Pada masa itulah berjinak dengan Al-Quran comel yang siap bertafsir, makan dalam dulang serta ber “ana” dan “enta” nih.

Sesudah habis matrikulasi, masing-masing bertebaran entah kemana hala meneruskan perjuangan mengejar ilmu di university masing-masing. Dakwah kampus membuka minda aku seluas-luasnya apakah penting akan dakwah dan bulatan gumbira. Walaupun seperti janggal dengan ikhwah dan bulatan gumbira yang baru. Namun disitu lah aku kenal akan jihad dalam dakwah yang sebenar, walau tidak sebesar jihad seperti saudara-saudara yang mempertahankan rumah suci, Palestina dan bumi ambiya yang lain, namun berjihad wang , masa dan tenaga demi jalan dakwah yang mulia. Ikhlas dalam komitmen diri akan dakwah dan segalanya. 

Dan disinilah segalanya bermula. Pelbagai mehnah dan ujian dalam jalan dakwah mendatang. Sedar dan tidak, ujian itu datang dalam berbagai bentuk, kesusahan dan kesenangan terhadap diri. Iman turun naik, suram kering dan kadang kala basah gumbira lantas semangat dalam jalan yang penuh ujian ini.
Kala ini, hati sebak kerana kekeringan dan suram dek kerana kesibukan diri dalam hal yang lain. Bimbang akan diri yang semakin sunyi dalam jalan dakwah. Benar kata sang naqib, kita umpama anak-anak kambing, sekiranya sunyi keseorangan teramat mudah bisikan makhluk yang bertanduk itu menjelma dan kadang kala memesongkan diri dari jalanan ini. Benar, kala ini, hati ini benar rindu akan bulatan gumbiraku. Sedih dan kadang kala seperti terkena air bawang yang sedang dihiris sendiri, kerana sudah jarang menghadirkan diri ke bulatan gumbira dan conference riang. Tiada yang lagi sedih apabila adik-adik bulatan gumbira yang dikendalikan aku, kadang kala tertangguh dan muayasyah berborak bantal sudah lama tidak berlaku. 

Diserang dan dikejar oleh ikhwah, dek kerana selalu ponteng. Ohh er. Segalanya bermula dari kesalahan diri sendiri. Dimanakah ciri muwasafat tarbiah, tersusun dalam urusan yang digariskan oleh al-banna. Dimanakan ciri tersebut dalam diri aku. Kerisauan diri akan ditinggalkan dari gerabak yang sedang bergerak laju ini. Ya Allah, sedarkan hambaMu ini, tetapkan lah hati dalam jalan ini. Berikanlah aku jalan. Sungguh aku tekad dan tetapkan hati dalam jalanMu ini. Bimbinglah aku dalam tugas syahadatul haq ini. Benar, aku merindui bulatan gumbiraku. Wasalam

Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dialah telah memilih kamu dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama. Ikutilah agama nenek moyangmu (Ibrahim). Dia(Allah) telah menamakan kamu bagi orang-orang muslim sejak dahulu, dan begitu pula dalam AlQuran ini, agar Rasul (Muhammad) itu menjadi saksi atas dirimu dan agar kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia. Maka laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat, dan berpegang teguhlah kepada Allah. Dialah Pelindungmu; Dia sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. ( Al-Hajj : 78)

Dan demikian pula kami telah menjadikan kamu (umat Islam) "umat pertengahan" agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu..(Al-baqarah: 143)


Saudagar Kurma
#Muhasabahaku-UNIsZA

No comments:

Post a Comment