Tuesday 9 April 2013

Qistina Balqis (episod 6)


(bunyi pintu dibuka)..tiba-tiba bilik bercahaya, sambil mata terkelip-kelip, “Hanif, baru balik?, tanya Syafiq yang tersedar dari alam mimpi kerana kesilauan cahaya lampu. Sambil mngemas baju dan tempat tidur, “ha ah, kereta yang aku naik tadi, rosak masa on the way balik sini, sebab tu lah lewat ni, huhh penat esok ada kelas, haishhh. “oh er, kawan aku masa program hari tu kirim salam, esok aku share apa yang aku dpat masa program tu dengan ko ehh, sambung Hanif yang kelihatan tersangat penat. Maka bersambunglah mereka dialam mimpi sambil menunggu alarm jam handphone masing-masing yang akan berbunyi seperti apa entah pada subuh nanti.
…………………………….

“ok, Aiman tulis tugasan yang telah kamu siapkan semalam dekat white board”, arah puan Hidayah. Dengan muka slumber dan bangga melangkah kehadapan kerana yakin akan jawapan yang telah dicopy and paste dari assignment Syafiq. “chaitt, penipuan betul budak ni, nak mati aku buat kemain bangga pulak dia merepek dekat whiteboard tu”, merepek Syafiq yang duduk di barisan tengah kelas. “power tak aku buat dekat depan tadi”, sambil gelak Aiman menarik Syafiq keluar kelas menuju ke kafe bagi memenuhkan perut yang sedang berkonsert dari awal kelas tadi lagi. Langkah Syafiq seakan diperhati, dapat merasa disitu, dengan sepantas kilat menyorok disebalik Aiman tatkala perasan Tikah sedang memandang tepat kearahnya. “Aiman, cepat siket memang bahaya ni”, “ko dah kenapa gelabah sangat ni, tak kan sebab Tikah tengok ko dah jadi macam ni”, merepek Aiman kerana telah perasan daripada tadi lagi tindak tanduk Tikah dan Diana diluar koridor dewan kuliyah.
……………………………..

“insyaAllah, kawan aku masa program tu nak jumpa kita semua weekend ni, itupun kalau korang semua berkelapangan nanti”, kata Hanif yang baru membuka kasut dihadapan bilik. “haaa, aku on, korang macam mana?, tanya Syafiq kepada Saiful dan Zack yang sama-sama melepak bermain game most wanted didalam bilik. “ok on, mulut bercakap mata tengah khusyuk menghadap laptop”, jawab mereka dengan slumber. Waktu petang sesudah kelas yang wajib diisi dengan aktiviti yang sebegini sebelum bersiap turun riadah. Sementara menuggu Aiman datang menyergah bilik bagi memastikan mereka turut berada dipadang nanti. Maka tatkala itu masing-masing akan gelabah mengambil wudhu dan mnyempurnakan solat asar secara express. Rutin harian yang tidak pernah bosan buat mereka semua.
……………………………….

“Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah kerana menemukan kita semua pada petang ini, jazakallahkhair sebab meminjamkan ana waktu riadah antum pada hari ini, hehehh”, lembut abg Hazmi yang sedang menuntut tahun 5 kuliyyah of medic. Terkebil-kebil mata apabila mendengar tutur kata dan gaya bahasa yang dilontarkan beliau. Saiful yang daripada tadi menggaru kepalanya yang tidak gatal, apatah lagi berkutu, mana tidaknya, tidak pernah mndengar apatah lagi menggunakan bahasa yang sebegitu rupa. “sebelum ana bergerak lebih jauh, elok kalau kita berkenalan atau nama comelnya taaruf, ehemm, sebelum tu ana nak mnyelesaikan masalah terkebil-kebil dan mulut ternganga antum semua ini. Sahih semua tengah terkejut kerana gaya bahasa ana, mungkin antum akan cakap perasan betul cakap arab bagai, agak-agak ada tak yang tahu apa rasional ana menggayakan sebegini”, soal abg Hazmi. Beribulah jawapan yang keluar oleh mereka. “haa, ape yang antum cakap tu semua betul, memang hobi beliau ni membenarkan apa yang keluar dari mulut adik-adiknya. Sebenarnya perkataan yang ana selalu sebut ini membuatkan perasaan antara kita menjadi lain dan lebih akrab, kerana ‘ana, enta dan antum’, semua melebihi nilai kata seperti aku, kau dan kamu semua atau korang semua. ‘ikhwah atau saudara-saudaraku, perkataan itu lebih mulia dari maksud yang diterjemahkan. Namun benar, itulah perkataan dan susunan kata yang menyebabkan jatuh cintanya mereka terhadap abg Hazim yang baru berkenalan tidak sampai satu jam. Perasaan indah yang tidak mampu diungkap, kerana ikatan persaudaraan itu sudah terbina secara semulajadi mungkin. “insyaAllah, sekiranya ada kelapangan lagi, kita berjumpa untuk pertemuan seterusnya, nanti ana update dekat Hanif”, pertemuan yang dimulakan dengan umul Quran itu diakhiri dengan tasbih kafarah dan surah al-asr. Bergitulah pertemuan pertama yang diibaratkan sebuah bulatan sorga yang teramat gumbira.

……………………………..
kredit
Bersambung

"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin".(Az-Zariyat: 55)

1 comment: