Thursday 2 January 2014

Aku Pemudah Cara



Dan kenapa aku memilih jalan ini, kenapa aku benar cinta kepada jalan ini, kenapa aku terlalu obses akan jalan ini. Jalan yang aku pilih ini adalah jalan dimana aku mampu mengubah diri aku sendiri dari suatu yang tiada apa-apa pada awalnya, dan juga mampu mengubah orang lain lebih baik daripada hari ini. Peribahasa menyatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya. Benar, aku percaya dan faham akan papatah itu. Kerana cintanya aku dengan anak-anak kecil yang suci pemikirannya membuat aku terpanggil untuk membentuk mereka. Aku cintakan mereka, orang kata jika ingin melihat masa depan sebuah negara, lihatlah pemuda dan pemudi yang ada pada zaman ini. Anak kecil yang suci ini lah yang bakal menjadi pemuda dan pemudi itu juga akan menjadi  penyambung warisan pimpinan negara, mungkin juga mampu mengubah dunia menjadi lebih baik. 

Ruang sebagai manusia untuk berbakti tidaklah terhad di suatu sudut semata-mata. Jika kita hanya memandang satu medan semata sebagai jalan penyumbang pahala dan juga dakwah. Maka tersepitlah kita ditengah-tengah pemikiran sempit tersebut. Berilah ruang kepada setiap insan memilih jalan dakwah yang dia ingini. Dan aku percaya setiap jalan yang dipilihnya sentiasa diredhai Allah. Dan aku juga percaya hati yang sentiasa ikhlas dan niat yang suci ini akan dipermudahkan oleh Allah untuk mereka bergerak pantas dalam jalan ini. 

“Demi masa, Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang beriman, beramal soleh, saling menasihati dalam kebenaran dan slaing menasihati dalam kesabaran”
(Al-Ashr : 1-3)

Aku memilih jalan pemudah cara ini adalah langsung tidak untuk mengejar nama mahupun pangkat. Apatah lagi wang ringgit yang memenuhi poket. Adalah semata kerana aku benar cintakan tugas ini. Tugas yang menjadi dakwah Islami aku kepada para mad’u aku yang sedang menunggu-nunggu kehadiran aku untuk ditazkiahkan hatinya. Aku tidak hadir berseorangan, aku hadir bersama rakan-rakan aku yang lain yang turut mempunyai niat dan perasaan yang sama. 

Jalan ini memerlukan hati yang bersih dan ikhlas. Kerana tugas anda sebagai seorang daie bukanlah mudah. Jadi aku menyeru akan diriku dan rakan-rakan aku untuk bersama-sama menyucikan hati dan sentiasa memperbaharui niat. Supaya kita dilindungi daripada keterpesongan niat dan matlamat. Hadirnya kita ke medan masyarakat menjadikan kita sebagai idola kepada mereka. Maka wajiblah kita menunjukan suatu qudwah yang baik kepada mereka supaya apa yang mereka ikuti itu nanti adalah suatu yang baik dan murni. Hajat kita yang sebenarnya semata memberi ilmu dan mencerahkan hati mereka, maka wajiblah kita mendalami setiap ilmu yang bakal kita curahkan kepada mereka. 

“sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (Hadis Riwayat Bukhari)

Moga ukhuwah kita terus berpanjangan hingga ke akhirnya, moga sentiasa kita dilindungiNya dan berada dalam limpan rahmatNya, insyaAllah.


Maju In-Smartive Maju
In Allah we trust, In In-Smartive we love...
salam

No comments:

Post a Comment