Wednesday 3 April 2013

Qistina Balqis (episod 5)


“bangun Syafiq dah lewat nih, tak kan nak subuh dainasour hari ni, 6.30 dah ni woii”, rutin harian Hanif menjadi jam loceng Syafiq bagi memastikannya subuh berjemaah walaupun hanya didalam bilik tidur mereka yang memuatkan 4 orang itu. Seusai mengenakan kemeja dan seluar slack serta bertali leher, ke kelas lah mereka seperti biasa. Kelihatan kemas dan segak bagi lelaki berpakaian bergitu dan keayuan bagi kaum hawa mengenakan baju kurung pada setiap hari. Begitulah kewajiban yang kadang-kadang merimaskan. “Lim, malam ni jangan lupa eh discussion MUET kita dekat café, kami tunggu you lepas solat Isyak”, ingat Aiman kepada ahli kumpulan beliau. Maklumlah taktik mendapat markah tinggi untuk ujian speaking perlu mempunyai rancangan yang tersusun, aiwahh. Tidak sempat folus berdoa panjang, Aiman sudah muncul di pindu bilik Syafiq. “jom cepat, bising apek tu menunggu kita nanti”, jerkah Aiman yang sedang kelam kabut. “kot yer pun, tunggu lah kejap aku habiskan doa ni, aku doakan jodoh kau kot dalam doa ni, ngomel Syafiq sambil menjeling matanya yang besar itu.
……………………………
“ekeley, dah kemana budak Lim ni, solat Isyak jugak ker mamat nih, selalu dial ah yang tergopoh gapah tidak menyempat apabila discussion”, bebel Syafiq. “kau ni dengar ker tak aku membebel ni”, mana tidaknya Aiman seronok memerhatikan gadis-gadis yang sedang membayar makanan di kaunter. “Eh, Syafiq kau tengok siapa dikaunter tu”. Beriya lah Syafiq mengenal pasti siapakah gerangan yang dimaksudkan sahabat karib beliau itu. “Alamak Aiman oii, kita kena blah ni, kawan kau yang gangster tu kot, nanti kena bebel lagi kita dengan dia tu”. “yang ko tengok Diana gangster tu buat ape, aku suruh ko tengok tiqah yang kau dok angau tahap 1 tu, pffttttttttt sepak jugak budak ni”. Ehh dia ada ker dekat situ, kalau macam tu, aku bla dulu lah eh Aiman. Syafiq yang sememangnya mempunyai sindrom pemalu tahap 18 yang dikesan dari mulanya beliau hadir kedalam kuliyah. Dihadapan kaum sejenisnya kemain spastic tahap gaban, tapi kalau dengan perempuan elok mesej dari bercakap face to face. “Eh tikah, ni Syafiq ni tunggu awak dari tadi lagi, dia ni pemalu orangnya”, laju Aiman prank kawan sendiri sambil memegang tangan Syafiq yang berhajat melarikan diri daripada tadi lagi. “budak ni kalau aku sepak, boleh berdarah kepala dia ni”, monolog geram Syafiq sambil melemparkan senyuman malu kepada Tikah dan Diana. “oh yer ker Syafiq, tanya Tiqah mohon kepastian”. “eh mana ada, Aiman ni pandai-pandai jer merepek tak tentu hala”, muka yang sudah merah sampai telingandan tidak tentu hala keadaannya ketika itu. “ok Aiman and Syafiq, kami bla dulu, lapar giler dah perut dari melayan korang yang tidak berapa betul ni, baik aku naik bilik makan”, kata Diana sambil menarik tangan kawan sekelasnya, Tikah. Tercetuslah peristiwa tumbuk dan starlight kepala oleh Syafiq sesudah berlalunya pergi Diana dan Tikah. Disebab nervous dan ketidak tentu arah Syafiq pada malam itu, discussion mereka terpaksa dibatalkan. Aiman dengan slumber gelak dek kerana tidak tahan akan kelakuan sahabatnya yang mempunyai penyakit sindrom malu tahap dewa ini.
…………………………
“Syafiq, esok aku ada program, hari ahad ni baru aku balik, sepanjang peninggalan aku 3 hari ni, jaga elok2 bilik, kau sorang jer yang ada weekend ni, haaa, subuh bangun jangan nak membuta jer kerjanya”, pesan Hanif yang sedang berkemas dan bersiap menghadiri program ape entah yang dirahsiakan olehnya.” Katanya mukhayam dan rehlah, ehh apa-apa jer lah, aku pun tidak faham sebenarnya apa dia cakap tu, hahaha, jawab Syafiq apabila Aiman bertanya dan musykil biliknya sunyi tanpa alunan nasyid dari handphone Hanif seperti biasa. “haaaa, boleh lah malam ni kita tengok movie dekat bilik kau ni Syafiq, aku bawak speaker baru yang aku beli minggu lepas, baru ada gaya ala-ala golden screen cinema siket, tinggal cari kerepek dekat koperasi jer, nak dapat pop-corn memang tak lah,haha”, excited Aiman mengambil kesempatan tatkala line clear yang sebegini rupa.
………………………….
“Aiman kawan kau tu Diana, memang masuk air macam tu eh kepala dia, kemain slumber dia kenakan Syafiq macam tu”, bergosip mereka sambil menghabiskan nasi goring cina yang dibeli mereka tadi. “haha, dia tu memang macam tu Tikah, semenjak lahir memang macam tu, hmmm aku rasa Syafiq tu suka dekat kau lah Tikah, haha aku rasa jer lah”. Merah muka Tiqah dikenakan kawan sendiri,”yang kau ni kenapa pulak nak menggosipkan aku dengan si Syafiq tu, dah habiskan nasi kau tu, marah Tikah yang mungkin terasa ingin flying kick kawan beliau, Diana. “Diana, meh sini no tepon tikah, haha, aku nak jadi match maker untuk budak berdua ni”, terpancar mesej dari phone Sony Ericson Diana. “Heyy pandai-pandai jer kau kan…
………………………….
bersambung

"Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang, itulah kesenangan hidup didunia, dan disisi Allah-lah tempat kembali yang baik.
(al-Imran: 14)
kredit


No comments:

Post a Comment