Monday 8 April 2013

beruang Coklat

Dalam sebuah hutan academia batu dicelahan kota metropolitan pantai di semenanjung tanah air ditakdirkan tiga ekor beruang untuk menghabiskan pengajiannya disitu. Meskipun tidak pernah kenal sejak kecil, namun keakraban mereka kian teserlah dari hari ke hari. Disebabkan nama mereka yang begitu panjang, jadi dipendekan menjadi beruang putih, beruang tidak berapa nak putih(coklat) dan beruang yang hitam manis gitu aiwahh. Walaubagaimanapun hanya beruang coklat sahaja yang mempunyai jantina yang berbeza iaitu jantan. Mungkin kecelaruan identity agaknya rapat dengan dua ekor beruang yang berbeza dengan beliau. Ohh tidak, diceritakan pada awalnya mereka hanya rapat disebabkan oleh tugasan kerja yang diberikan, namun entah mengapa, tugasan yang lain juga ditakdirkan untuk berada dalam satu kumpulan yang sama. Maka pada akhirnya temetrai perjanjian untuk bersahabat mungkin dalam perkataan kamus moden edisi sekarang, BFF.

Namun, siapa tahu rambut sama hitam, hati lain-lain. Hmm apa kena mengena pula. Dushhh. Pepatah jiwang karat barat pernah berkata ikatan perhubungan itu bermula dari persahabatan. Persahabatan ikhlas yang dibina pada mulanya semata hanya tujuan kerja bertukar mekar menjadi percintaan. Namun salah beruang coklat kerana tidak pernah menceritakan apa yang disimpan di sudut hatinya. Ditampalnya didinding meja pelajaranya, cukuplah antara mereka bertiga sahabat belajarku, sahabat ketika susah dan senangku dan tidak akan menjadi lebih dari itu. Tapi apakan daya, hendak mengubah, nasi sudah menjadi bubur. Hendak berpatah semula, perahu sudah jauh mengikut arus deras sungai. Dalam diam, beruang putih mempunyai perasaan yang lain kepada beruang coklat. Kegelabahan melanda buat beruang coklat, nasihat ibu sering terngiang-ngiang ditelinganya menjadi lebih kuat apabila situasi itu berlaku. Ibunya selalu berpesan, tidak salah untuk berkawan rapat, tapi kena tahu hati jantan langsung tidak sama dengan yang betina, kena berhati-hati dalam setiap tindakan. Sambil bermonolog dan termenung apakah selama ini, segunung harapan yang telah dicurahkan kepada beruang putih, adakah selama ini, tidak tanduk dan perlakuan memberi harapan kepadanya, seribu persoalan dan segalanya menghukum dirinya sendiri. Maka, demi tidak mengcewakan harapan sahabatnya, beruang putih, sentiasa tenang dan kelihatan seakan-akan tiada apa yang berlaku sentiasa dipamerkan oleh beruang coklat bagi mengelakan tergurisnya hati sahabat yang dikasihinya.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, akhirnya segalanya berubah. Masalah demi masalah dan akhirnya persahabatan mereka kian pudar. Beruang coklat membuat keputusan untuk menjauhkan diri bagi mengelak segalanya berulang dan dia tidak mampu untuk menghadapinya lagi. Sungguh berat tutur kata yang ditanggung. Tidak mampu lagi untuk merawat hati sendiri demi menjaga hati beruang-beruang yang lain. Undur diri dan menjauhkan diri mungkin cara yang terbaik buat sang beruang coklat. Semangat meniti hari semakin pudar, apabila keseorangan melakukan setiap tugasan. Tiada lagi gurauan dan segalanya menjadi sunyi. Namun sekiranya ini adalah jalan yang terbaik, maka inilah jalan yang patut dan harus ditempuh. Cukuplah gambar tiga ekor beruang yang sentiasa menghiasi computer riba dan kalkulator menjadi peneman hari ini dan seterusnya.
kredit

Tamat.

No comments:

Post a Comment