Wednesday 3 April 2013

anda ini pembimbing atau penghukum??

“Tiada paksaan dalam beragama, kerana telah nyata kebenaran daripada kekufuran. Oleh itu orang yang tidak mempercayai taghut dan beriman kepada Allah, dia berpegang kepada simpulan yang teguh serta tidak akan putus. Dan ingatlah, Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui”. (Al-baqarah:256)

Kalau diulang semula dalam kisah sejarah, ketika Islam berada dalam fasa dakwah yang pertama, Islam disebarkan tanpa melalui paksaan, walaupun diketahui akan kebenarannya, namun langsung tiada paksaan akan penduduk Mekah. Kalau ditekuni Al-Quran yang penuh hikmah itu sendiri, ia diceritakan mengenai sejarah dan kisah pengajaran dan barulah diturunkan ayat-ayat hukum. Tidak pernah ditelitikah oleh kita semua?.Walaubagaimanapun, selepas beradanya kita dalam agama Islam yang syumul ini, wajiblah kita untuk tidak mengikuti apa yang selain daripada Islam.

“wahai orang beriman! Masuklah kedalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu” (Al-baqarah : 208)

Jom jump to reality tugas seorang daei, du’at yang mengejar mad’u yang ramai disekelilingnya. Sebagai seorang yang giat menyebarkan dakwah dan tarbiah ini, kita wajib memahami keadaan dan latar belakang mad’u yang sedang ditarbiah oleh kita. Hal ini kerana, tidak semua mad’u yang sedang ditarbiah oleh kita mempunyai latar belakang yang baik. Tidak semua mad’u kita itu memahami how Islam yang sebenar. Tugas kita sebagai murobbi atau daei adalah mendidik dan memberi tarbiah kepada adik-adik didikannya. Mendidik bukan menghukum. Anda juga murobbi, bukan pemilih. Siapakah anda memilih dan memberatkan kasih sesame mad’u anda. Sungguh kerana mad’u anda tidak memakai tudung labuh. Dan anda bersama teman-teman anda bertudung dan layakah anda merasakan diri anda hebat. Anda berlebai lengkap seputat langsung memperlekehkan mereka yang berseluar jeans dan tidak berkopiah kemasjid. Siapakah anda. Tidakkah kita tahu. Yang membezakan kita semua ini hanya taqwa. Pakaian yang paling bernilai dalam setiap mukmin itu adalah taqwa. Ehemm..marah pulak..dushhh.

Sentiasa berada dalam ingatan kita iaitu murobbi bukan untuk menghukum. Sekiranya masih ada dalam hati seorang daei itu mempunyai perasaan untuk menghukum, jadi wajiblah untuk muhasabah semula akan diri anda sebagai murobbi itu sendiri. Murobbi yang sebenar adalah seorang murobbi yang sentiasa memberi pendidikan dengan kasih sayang. Namun sifat tegas itu perlu ada. Walaubagaimanapun ketegasan itu tidak perlu melangkaui nilai kasih sayang. Selain daripada itu, seorang daei perlu mendidik dengan penuh hikmah, kita sudah tahu akan terjemahan ayat diatas, setelah memeluk Islam kita perlu memasuki Islam seluruhnya. Apabila berada dalam jalan tarbiah inilah, kita harus bersyukur, kerana Allah telah memilih kita untuk membawa tugas dan risalah yang berat ini. Jadi perlulah kita membawa tugas-tugas ini dengan penuh hikmah. Allah telah memuliakan kita dengan Islam, tugas menyebarkan kemuliaan ini adalah tergalas dibahu kita. Melalui hikmah lah, kejayaan dalam menyebarkan kemuliaan ini akan berjaya.

“pergilah engkau beserta saudaraamu dengan membawa tanda-tanda kekuasaanKu, dan janganlah kamu berdua lalai mengingatiKu; pergilah kamu berdua kepada Firaun, kerana dia benar-benar telah melampaui batas; maka berbicaralah kamu berdua kepadanya(Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia sedar dan takut” (Taha:42-44)

Didiklah rakan-rakan mahupun adik-adik kita dengan penuh hikmah, berusaha sehabis baik mungkin menjadi qudwah islami kepada mereka. insyaAllah kemenangan itu milik kita. mengubah dan mendidik manusia bukan mudah seperti mengubah sebuah binaan konkrit. Santuni mereka dengan kasih dan sayang kerana manusia mempunyai hati tidak seperti ciptaanNya yang lain. ohh kita murobbi kita ohsemm, jom ohsemm kan  mereka disekeliling kita juga
. senyum.....

No comments:

Post a Comment