Wednesday 27 February 2013

saham rahsia..aiwahh!


Kehidupan seseorang manusia adalah tidak normal sekiranya hanya berseronok mengoyangkan kaki sambil bermain buai dibawah pohon ceri, sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa serta melihat daun-daun yang berguguran. Ehh, kuat betol berimaginasi. Normalnya kefuturan itu mudah menyerang tatkala kita berada dalam kelapangan dan tidak tahu untuk melakukan apa-apa, jadi perlulah kita menyibukan diri dengan perkara-perkara yang bermanfaat lagi berfaedah.

“Barangsiapa mengerjakan kebajikan, maka itu untuk dirinya sendiri, dan barangsiapa mengerjakan kejahatan, maka itu akan menimpa dirinya sendiri; kemudian kepada Tuhanmu kamu dikembalikan”.
 (Al-Jasiyah – 15)

Haa, terjumpa ayat ohsemm ni ketika tadabbur walking aiwahh,(term baru nih, rujuk kamus dewan edisi ke-9)

Kita tahu bukan, kita makhluk yang hensem lagi cantik diciptakanNya diatas muka bumi yang membawa tugas khalifah yang terlalu berat, gunung-ganang mahupun langit menolak untuk memikulnya, namun apa yang cantiknya kita sekiranya lena dan terumbang- ambing dalam kefuturan dan kemaksiatan yang nyata. Jadi melakukan perkara kebajikan adalah jalan yang terbaik untuk kita tidak larut dalam kefuturan sebegini. Memudahkan urusan orang lain serta berbuat baik sudah dikira sebagai kebajikan.

Pesan seoseorang, yang selalu mengulang hadis baginda Rasul, perihal saham yang mengalir tatkala mati seorang anak adam itu, doa anak yang soleh, sedekah jariah serta ilmu yang bermanfaat. Jadinya, melakukan kebajikan dengan menyebarkan ilmu yang bermanfaat ini adalah satu saham yang sentiasa mengalir tanpa kita sedari, tidak perlu untuk kebursa saham untuk melaburkannya.

“perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui”
(Al-baqarah-261)

Bersinar-sinar bukan mata membaca bait-bait cintanya. Berbunga-bunga hati, ehemm, jangan senyum lebih sangat!. Menginfakan masa, tenaga mahupun wang ringgit bagi memenuhi tuntutan dakwah dan kebajikan adalah pelaburan tanpa sedar kita insyaAllah. Bergembiralah melakukan kebajikan dan memanfaatkan nikmat masa yang dikurniakanNya kepada kita.

Ingin berkongsi pengalaman yang ditimba dengan sebuah organinasi yang pantas dan tidak pernah kenal akan penat menyebarkan ilmu dan memimpin orang lain. Ahlinya tidak pernah kenal akan penat, tidak pernah berkira, malah seronok dan bergembira melakukan tugas. Komitmen menyelesaikan tugas, sentiasa bersama tatkala susah mahupun senang, suka dan duka, stress dan sebagainya. Ada rakan pernah bersuara, “aku rasa mereka semua bukan manusia, mungkin ultraman agaknya”. Akhirnya terjatuh cinta juga akan tugasan mulia mereka semua. Semoga kalian thsabat dalam perjalan kalian ini dan kuat menghadapi segala ujian. insyaAllah, Allah sentiasa bersama kalian..aiwahh

“orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah, kemudian tidak mengiringi apa yang dia infakan itu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti(perasaan penerima), mereka memperoleh pahala disisi Tuhan mereka. Tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati”.
(Al-Baqarah – 262)

Senyum…

“Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.
(Al-Imran – 104)

kredit
Wasalam....

1 comment: