Tuesday 19 February 2013

Happy go Lucky..ehhh

Pernahkan kita melihat teman-teman dan sahabat yang selalu ceria dan tersenyum sepanjang masa. Seakan-akan beliau seperti tidak mempunyai masalah dan cerita-cerita duka dan kesedihan. Mereka ini bukan sahaja dilihat seperti tiada masalah namun sedia membantu teman-temannya yang lain yang mempunyai masalah. Juga mampu menceriakan rakannya yang lain disaat mereka sedang berduka. Langsung meminjamkan bahu untuk rakan-rakannya menangis. Namun, pernahkah kita terfikir bilakah dan bagaimanakah keadaannya ketika dia bersedih atau kita hanya memikirkan bahawa, “hmm, eylehh mamat ni happy go lucky kot, mana pandai hendak bersedih”. Mana tidaknya, kita tidak pernah melihatnya berduka, selalu riuh menceriakan keadaan.

Hakikatnya, orang yang ceria dan diberi keistimewaan sebagai penghibur sekalian makhluk didunia sekelilingnya ini juga seorang manusia. Manusia yang lemah dan mempunyai seketul hati seperti kita. pernah bukan, kita bergurau dan menggangunya ketika beliau sedang berehat tatkala keletihan melakukan perkara hariannya. Juga kurang sihat kadangkala tatkala kurang berehat. Namun sempat membalas senyuman kepada kita. tatkala dia sedang sibuk dengan tugasan dan kerja-kerja tambahan, kita datang dengan slumber kearahnya, mengganggu dan bergurau dengannya, namun tidak pernah menunjukan kemarahan. Musykil bukan dengan manusia yang perangai seperti ini. Senyum dan ceria sepanjang masa.

Namun, manusia spesis ini kadang kala bersedih tatkala berseorangan dan berusaha sebaik mungkin menyimpan akan kesedihan sebaliknya menunjukan keceriaan.

Bersyukurlah anda yang mempunyai kurniaan seperti ini. Kerana tidak ramai yang dipilih olehNya, untuk mempunyai sifat seperti ini. Bersyukurlah kerana anda dilahirkan untuk menggembirakan insan disekeliling kalian. Bersyukurlah kerana anda dilahirkan untuk membahagiakan rakan-rakan anda. Bersyukurlah kerana dijadikan tempat meluahkan perasaan kerana meraka percaya akan anda mampu menceriakan mereka selepas itu. Bersyukur juga kerana dengan sifat ceria anda itu, anda terpaksa menyembunyikan kesedihan, lalu hanya mengadu kepada Allah semata-mata. Amat beruntunglah anda kerana diberikan kelebihan sifat ceria ini. Alhamdulillah, bersyukur kepadaNya.

Rajin nak berkongsi petua untuk sentiasa ceria dari Dato’ haji Fadhilah Kamsah dekat semua..


kredit


·         Patuh Perintah Allah
·         Berdoa Untuk Ceria
·         Memaafkan Semua Orang Sebelum Tidur
·         Programkan Minda Sebelum Tidur
·         Senyum Dan Berdoa Selepas Bangun Tidur
·         Memakai Warna Yang Sesuai
·         Memilih Butang-Butang Ceria
·         Membuat Kerja Sebaik Mungkin
·         Menggembirakan Orang Lain
·         Menjaga Kesihatan
·         Mencari Strategi Untuk Ceria
·         Masalah Itu... Bukan Masalah Sangat!
·         Tidak Semestinya Menang Setiap Masa
·         Selaraskan Matlamat
·         Perbandingan Yang Betul
·         Memupuk Persahabatan
·         Menerima Diri Seadanya Tanpa Syarat
·         Buka Minda Untuk Maklumat Baru
·         “Betapa Pentingnya Kamu Bagiku...”
·         Tekanan Positif Jika Tidak Pasti
·         Rutin Harian Yang Fleksibel
·         Jangan Cakap Saja, Tapi Buat

Jazakallahkhair..wasalam.

p/s : kalau boleh tolong lah komen, nak jugak tau pandangan kalian akan semua penulisan yang ada. mana kekurangan boleh diperbaiki..hewwww






3 comments: