Monday 18 February 2013

Untukmu wahai Hati

Bersabarlah wahai hati, perlukah engkau bersedih tatkala insan sekelilingmu sedang bergembira dan ceria. Dan disaat mereka bersedih dengan kegagalan yang sedikit berbanding dengan kegagalanmu. Siapa yang tahu apa yang tersirat didalam hatimu. Siapa yang tahu apa yang disebalik senyuman ceriamu. Hanya hati sahaja yang tahu. Walaubagaimanapun, tabah lah hati, kerana kesedihanmu itu sedang menyucikan kekotoran yang ada. Dan kau patut bersyukur wahai hati, kerana penciptamu masih sayang akan kamu, penciptamu merindui suara tangisan dan rintihanmu wahai hati. Engkau juga patut bersyukur kerana engkau ditimpakan ujian kesusahan dan dugaan. Kerana Dia tahu engkau masih belum mampu menghadapi ujian kesenangan dariNya. Dia benar-benar menjagamu wahai hati. Bukan engkau pernah mendengar ayat ini tatkala Dia memrintahkan makhluk ciptaanNya daripada cahaya itu,

“Pergilah Engkau kepada hambaKu itu, lalu timpakanlah ujian dan dugaan kepadanya. Aku ingin benar mendengar tangisan dan rintihannya kepadaKu.”
kredit

Wahhh, seperti beterbangan bukan air mata yang baru bergenang. Jadi bersyukurlah dengan setiap ujian yang ditimpakan kepadamu wahai hati. Apalah sangat ujian itu berbanding dengan kehitaman yang berada dihati kamu itu. Beruntung bukan, engkau sedang disucikan wahai hati. Bersabarlah wahai hati, bertasbih dan berzikirlah engkau mengingatinya setiap masa. Bukankah itu perbuatan yang lagi mulia wahai hati daripada engkau terus dan menerus bersedih. Bersabarlah wahai hati kerana engkau tidak tahu apa yang diketahui olehNya. Engkau tidak tahu apa yang Dia sedang merencanakan terhadapmu, maka sentiasalah berdoa kepadaNya agar dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam meniti dugaan dan ujian daripadaNya. Bukankan engkau tahu, engkau hanya hamba kepadaNya yang mencari keredhaanNya.

“….boleh jadi engkau tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”
(Al-Baqarah:216)

Nah untuk engkau wahai hati, engkau sedang mencari keredhaanNya bukan?,

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?
“Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang berdusta”.
(Al-Ankabut : 2-3)

Bersinar-sinar mata membaca ayat-ayat cinta darinya, tidakkah begitu wahai hati. Engkau ohsemm, engkau diuji, engkau disayangi dan kau wajib untuk tabah dan berdoa kepada penciptamu. Bersyukurlah wahai hati, Alhamdulillah.

1 comment:

  1. Bersabarlah wahai hati...
    Bukankah indahnya pelangi itu,
    baru kita rasakan setelah turunnya hujan??

    Tidak ada keberanian yang sempurna tanpa kesabaran. Sebab kesabaran adalah nafas yang menentukan lama atau tidakan sesebuah keberanian bertahan dalam diri seseorang itu.

    ..., Jika ada di antara kamu dua puluh orang penyabar, nescaya mereka akan mengalahkan dua ratus orang. Dan jika ada di antara kamu seratus orang (penyabar), nescaya mereka akan mengalahkan seribu orang kafir.” (surah / surat : Al-Anfaal Ayat : 65).

    ReplyDelete