Thursday 7 February 2013

Donia hari ini

Baru hari ini akau mengerti apa yang dikatakan oleh Umar al-Khattab “kita ini datang dari bangsa arab yang hina, datangnya nur Islam yang dibawa oleh RasulAllah kita menjadi mulia”. Teringat bukan kisah ketika Umar datang ke Jurusalem untuk membuka pintu al-Aqsa. Jelas terpancar kesederhanaan pada beliau, namun sahabat menegur, “ aiyuhai amirul mukminin, kenapa engkau berpakaian sedemikian”, lantas dijawab Umar, “apakah kemewahan sedemikian ini yang kamu cari, tidakkah kamu ingat siapakah kamu sebelum datangnya Islam, kita hanya bangsa arab yang hina”.

Reality umat Islam hari ini langsung tiada perasaan izzah(bangga) akan keIslaman yang diperolehi, dan tidak perlu dipersoalkan kenapa umat Islam pada hari ini mundur. Budaya hedonism, bersuka ria, perbuatan yang melampaui batas menjadi ikutan. Budaya dan sunnah Nabi langsung disimpan di dalam masjid, al-Quran langsung dibiarkan berhabuk. Apabila isu agama dipermainkan, sibuk melenting dan marah kepada yang mempersenda. Walhal tidak pernah terfikir bahawa kita sendiri yang mempersendakan agama sendiri. Jangan kata tidak, tanya diri berapa kali hadirkan diri ke masjid, berapa helai tadabbur Quran hari ni, perkara sunnah apa yang kita lakukan hari ini. Cukupkah nilai untuk membayar tiket kesyurga. Cukupkah nilai menjadikan diri kita ini seorang Islam yang benar-benar rasa cinta akan Islam.

Benar kata nabi. “umat Islam dizaman ini terlalu ramai, namun hanya sekadar buih dilautan”. Tidak pernah bersatu, ada sahaja isu yang perlu diperdebatkan. Para pemuda langsung tidak hirau akan tanggungjawab mereka kepada Islam. Para pimpinan Negara langsung menyogok budaya bersuka ria dan menyuntik racun-racun kedalam minda remaja dan pemuda Islamic is nothing. Terbukti bukan, islam terkurung didalam masjid. Sekadar ritual untuk perayaan, hari kematian, pada masa itu baru jadi seorang Islam.

Kata Diana Amir, artis Malaysia yang comel dan terkenal “dulu saya memang tak pernah takut akan azab yang Allah berikan, since pernah dengar ostad dgn ostajah ckp, umat Islam ni comfirm masuk sorga, saya melakukan segalanya tanpa batasan agama. Than Allah tiupkan hidayah dalam hati…(tengok sendiri dalam youtube). Perubahan beliau selepas berasa izzah akan Islam, bagus bukan?. Kemewahan donia itu bukan sesuatu yang hakiki, namun ketenangan jiwa dan rohani itu sesuatu yang sukar dicari. How to find it? . back to fitrah, fitrah kejadian kita, Islam itulah, tiada jalan lain. Tanyalah mat gian yang seronok dengan dadah, comfirm tiada ketenangan selepas menikmati keseronokan dan khayalan dadah yang mereka ambil. Kalau kita dengar apa yang diceritakan oleh saudari Diana Amir memang best because cerita orang yg dapat hadiah terus dari Allah, memang teruja. “biarpun saya membawa imej Islam yang sebenar, rezeki yang Allah beri kepada saya itu tetap ada, biarlah job berlakon berkurangan, namun rezeki yang Allah aturkan kepada saya lebih berlipat ganda daripada kemiskinan yang ditakuti selepas perubahan dan kebanggaan kita terhadap Islam”. Semoga beliau thsabat(tetap) dalam perjuangan ini. insyaAllah, aminn.

Dan seorang sahabat pernah berkata bahawa beliau pernah merasa berada dalam zaman kegelapan ini, pada saat itu, mungkin kita terasa bangga dan teruja, since bila kita digelar budak nakal dan gila-gila, famous dan mudah didekati itu benda yang biasa. Namun kita hanya famous dalam kelompok kita sahaja. Orang sekeliling mudah untuk memperkotak katikan kita dalam sedar tidak sedar. Sebenarnya, mereka yang bukan dari kelompok kita, langsung tidak menghiraukan apa yang dilakukan oleh kita. Disamping mengharapkan kegagalan pula. Conclusion, nothing to izzah dengan perbuatan dan akhlak jahiliah kita tu. Alhamdulillah, ditiupkan hidayah olehNya didalam hati yang kelam, didatangkan sahabat-sahabat yang baik dan persekitaran yang baik bagi memimpin diri kearah yang baik. Hari ni aku benar-benar berbangga dengan Islam. Islam itulah segalanya. Berazam dengan penuhnya membina dan membangunkan semula khilafah yang telah lama terkubur. Sekiranya dahulu insan kerdil ini dipandang keji, namun telah diselamatkan oleh Allah dengan menghantar hidayah dan kasihnya. Dan membuat mataku mengerti akan kegemilangan Islam itu. Hati benar terasa akan keizzahannya itu. Dahulu, ada sahaja jelingan mata yang keji memandang diri yang penuh kejahilan, namun hari ni segalanya berubah, mata-mata yang mengeji itu dahulunya, mampir dekat seakan bergembira akan hadiah yang dimiliki, memberi sokongan dan bersedia utk bekerjasama. Alhamdulillah…namun kata Ibnu Rawahah R.A,

“sesungguhnya hati ini lebih cepat berbolak balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak”.

"Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaannya. Sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya."
(as-Shams, 91:8-10)

Setelah diberikan hidayah, ujian jua dihadirkan namun ia tidak lain, adalah hanya semata-mata untuk menyucikan hati dan menjadikan kita sebagai hamba yang sering berfikir dan merasakan akan kebesaranNya.

“barang siapa yang dunia nerupakan tujuan utamanya, maka Allah akan memecah-belahkan urusannya dan menjadikan kemiskinan dihadapannya, dan dia tidak akan mendapatkan dunia kecuali apa yang telah Allah tetapkan baginya. Barangsiapa yang akhirat menjadi niat tujuan akhirnya, maka Allah akan menghimpunkan urusannya (sehingga menjadi mudah), menjadikan kekayaan ada dalam hatinya dan dunia itu datang kepadanya, dan dunia itu sesuatu yang amat hina” (hadis riwayat Ibnu Majah).

Let change, Islam is truly the way of life.


No comments:

Post a Comment