Wednesday 6 February 2013

Qistina Balqis (episod 3)

“tikah, wahh rajinnya study”, sapa Diana yang sedap mengunyah keropok dihadapan pintu bilik. “tak study manelah, buat assignment ni jer”, kalau x siap assignment ni En. Amran cakap kena jalan itik pusing bilik tutorial tau”. “hmmm, aku musykil lah, sebenarnya kita ni study dekat kolej matrikulasi ker, study dekat sekolah rendah, pftttt,”keluh Diana yang seakan-akan tidak puas hati dengan cara yang dilayan terhadap mereka yang dikira sebagai lepasan sekolah kononnya. “apakan daya cik Diana oii, dorang tu kan pensyarah kita jugak, mungkin tahap umur kita ni memang sesuai dilayan sebegini kot”, sikap Tikah yang sentiasa memandang positif dan rajin serta genius sekali. Memang tidak perlu dipersoalkan mengapa beliau mendapat 4.0 pada semester pertama dahulu.

“petang macam ni, orang dah study lah Tikah, bebel Diana. ‘ehh, aku ada movie baru, kau nak tengok tak, jomlah. “kejap, bagi aku 5 minit, sikit lagi nak siap ni, aku malas lah nak tangguh benda yang nak siap”. Terbukti disitu attitude student 4.0. “ok fine, cik tikah aku tunggu dekat bilik aku, datang tau! ,seakan-akan ada unsur paksaan disitu.

“aku teringin giler nak kayuh basikal petang-petang macam budak laki dekat kolej ni, tapi tulah ramai sangat lelaki yang pusing-pusing kolej”, kata Hani sambil mengintai suasana petang dari celah-celah langsir. “nak buat macam mana, diskriminasi jantina semua ni”, balas Tikah dengan slumber. Disambut dengan ketawa. Beginilah citra hidup kolej di petang hari. Suasana bilik yang menempatkan 4 orang pelajar, memang pelbagai ragamnya.
…………………………….
“Tikah, ehemm kalau aku nak pinjam assignment yang kau dah siap petang tadi boleh?. “wahh kemain manja lagi menggoda suara kau er, kalau bab nak pinjam assignment, balas Tikah kepada sahabat karib beliau, Diana. “alaa, aku bukan tiru, sekadar rujukan jer, hehe. “er lahh Diana, aku mengiakan jer”.

“Kau kenal ker budak dua orang  yang kau marah dekat library tadi Diana?, slumber jer kau bagi lecture percuma dekat dorang tadi. “Haha, siapa tak kenal, mamat poyo, bajet bagus tu, Muhd Aiman, jejaka hotsentapp seluruh Malaya kot, sebenarnya Aiman tu satu MRSM dengan aku dulu, pernah sekelas sekali. “patutlah slumber jer ko kena kan dorang tadi, hehe kelakar pula aku tengok reaksi dorang tadi” balas Tikah. Diana seorang yang penuh dengan celoteh dan periang orang, lagi satu sifat yang susah ada dalam diri seorang perempuan, ‘hati kering’ , memang slumber untuk buat sesuatu yang dirasakan betul dan diterima akal fikiran. Dan disebabkan itu, orang disekelilingnya selalu berasa selesa dan tidak akan kering gusi apabila mendengar suaranya. Disamping itu juga, paras rupa yang manis dan selalu menjadi jelingan kumbang-kumbang dikolej, namun siapakah yang berani untuk mendekati beliau, bijak dan paling mustahak sekali, petah berbicara tetapi berbudi pekerti sebenarnya.

“ok dah siap”, jerit keriangan Diana, maklumlah dah siap assignment katakan. “Ehemmehemm, fikir dekat siapakah itu”, soal ceput emas mungkin dari Diana. “aku teringat dekat budak sebelah Aiman tadi, haha, tak tahu lah kenapa”, jawab Tikah sambil memusing-musingkan pen yang berada di jarinya. “haaa, ni kes bahaya Tikah, tak ka nada feeling kot dekat beliau”. “bukanlah, mamat sebelah Aiman tu alahai sopan, pemalu bebenor gayanya, puas aku curi-curi tengok dia, haha. “ehh, ada perasaan juga kau ni rupanya Tikah, ingatkan berperasaan dekat buku dengan pen jer, ehemm kau ni dah kena penyakit cinta pandang pertama kot”, dengan slumber keluar ayat sebegitu dari mulut Diana. “oiii, sedap betul mulut kau er, pandai-pandai jer kan”, bebel Tikah sambil jarinya laju mencubit bahu Diana.

kredit
…………………………………..
bersambung

1 comment: