Thursday 31 January 2013

Qistina Balqis (episod 2)

Heyy adik, matrik card mane??. Tegur makcik leha yang seperti biasa tercegat dihadapan pintu perpustakaan. Kebiasaan bagi pelajar lelaki untuk tidak menggantung kad matrik seperti yang disuruh..pffttt makcik leha ni, berkira betul, balas Syafiq. “ ada dalam beg ni. “ haa beg tu pun letak dekat rak, jangan nak mengada nak bawak masuk”, bual bicara biasa antara Syafiq dan makcik Leha. Dan mungkin semua pelajar di kolej ini merasainya juga. Rutin biasa Syafiq dan Aiman berada di perpustakaan semasa waktu rehat, kadang kala dipenuhi masa dengan menyiapkan tugasan namun selalunya untuk membaca surat khabar semata-mata.

“Ehh Syafiq, penuhlah tempat orang baca surat khabar hari ni”, bersuara Aiman seakan-akan musykil. “tulah kau Aiman, aku dah kata tadi makan jangan feeling sangat, nanti penuh tempat surat khabar tu”. “Ok tak ape, aku ada idea “, sambil tersenyum bijak kononya, “ ko ambik satu set surat khabar tu dengan slumbernya, than kita duduk dekat meja sebelah tangga, tempat biasa kita tu”. Perkara biasa seorang pelajar yang tidak berapa cakna dengan isu politik dan Negara, jadi mereka akan membaca surat khabar bermula dari belakang, student lelaki memang tiada benda lain untuk di‘update’, sukan lah pilihan pertama di hati.
Dah pukul 11 lah Aiman, jom lah kita, nanti tak pasal-pasal kena bebel dengan madam Norazimah tu”. Kalau setakat bebel aku tak kisah Syafiq oii, risau kena ketuk ketampi dekat luar bilik tutorial”..haha, ketawa dalam nada sopan mereka berdua disebabkan dalam library. “Ehemm, abang oii surat khabar ni, dah pandai baca letak lah semula”, tegur seorang student perempuan yang duduk study di meja belakang mereka tadi”. “Oppss, nak hantarlah ni, kemain marah lagi mak cik nih”, balas Aiman sambil membuat muka. Berlalulah dua orang pelajar perempuan tadi dengan senyuman tidak ikhlas dari mereka. “Kenal ker dengan dua orang tu Aiman?”, soal Syafiq sebab Aiman ni antara abang hotsentapp dekat kolej ni. Siapalah yang tidak kenal dengan kelibat Mohd Aiman bin Ismad, ayam tambatan dalam pasukan rugby kolej, ketua asrama delima ( asrama lelaki) serta exco majlis tertinggi jawatankuasa perwakilan pelajar. “Entahlah Syafiq, aku pun tak berapa kenal sangat dengan student perempuan dekat sini, tapi yang sebelah perempuan yang slumber tegur tadi, haa yang tu aku kenal, kenapa kau ade hati ker dengan beliau”, gurau dalam nada menyakat. “Ada-ada jer kau ni Aiman oii”. Berjalan pantas mereka ke bilik tutorial. Syafiq senyap seakan-akan sedang memikirkan sesuatu. “Alamak madam dah sampai lah Syafiq”, gelabah Aiman berlari mencari tempat duduk.

‘ok hari ni kita semua kan sambung semula topic covalent bond yang saya ajar minggu lepas’, dengan suara yang tegas, madam Norazimah memulakan sesi pembelajaran subjek kimia pada waktu tengah hari yang sangat mengantuk itu. “fuhhhh”, terkejut Syafiq, mana tidak ditiupnya angin ke dalam telinga. “hehe, jauh mengelamun, aku ingat ko focus ape yang madam ajar dekat depan tu, rupanya mengelamun”, membebel Aiman.

“Aiman, siapa nama budak perempuan yang tadi tu?..”kan aku dah cakap yang tegur aku dengan wajah kerek tu memang aku tak kenal”. “bukan yang tu Aiman oii, aku tanya yang sebelah dia tu”. Ohh er ker, budak yang comel sebelah minah kerek tu,, hmmm…..”
kredit

…………………………………
bersambung

No comments:

Post a Comment